Wednesday, December 30, 2020

ILHAM MELALUI ALAM

2020 akan meninggalkan kita. Tahun yang memberi pelbagai cabaran dan dugaan. Juga tahun yang membawa erti dan pengajaran bagi sesiapa yang mahu mengambilnya.

Saya juga sangat terkesan dari segala segi. Kesihatan, perasaan, pemikiran, kewangan dan perhubungan. 

Apa pun saya bersyukur kerana 2020 menemukan kembali diri saya yang hilang. Saya menemui juga keajaiban alam yang sudah lama saya miliki tetapi tidak begitu saya hargai.

Ya, alam yang melaluinya saya menyegarkan diri, meluahkan rasa dan mendapatkan ilham.

Saban pagi saya akan ke laman kecil rumah kami. Sesuatu yang saya tunggu. Ibarat anak kecil yang tidak sabar menunggu pagi untuk bermain di alam.

Laman Mak Long yang kecil itu cukup membahagiakan. 

"My sanctuary. A place where I retreat, being mindful and feel His presence."

Berjemur di bawah sinaran mentari pagi menyegarkan sekali. Apa sahaja masalah seakan terluah. Alam yang sedia mendengar dan membisikkan harapan baru.

Laman kecil kami sudah semakin menghijau. Mekar dengan bunga-bungaan dan pepohonan yang mengundang burung-burung yang berkicauan dan unggas yang berterbangan. 

Alam menjadi teman sejati. Damai jua hati ini. Alhamdulillah.

Sesungguhnya, Tuhan, alam dan manusia tidak boleh dipisahkan. 

Selamat datang 2021.
"Get connected. Execute!"



🌹Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringYou

Tuesday, December 22, 2020

ANAK LELAKI DAN AYAH

Anak lelaki perlu didedahkan dengan kemahiran hidup dari awal.

Contoh:  Anak sedara Mak Long Hafi, 11 tahun memanfaatkan masa cuti sekolah dengan menolong ayahnya ie adik Mak Long buat tile di porch rumah Mak Long.

Hafi banyak memerhati. Tolong sikit-sikit yang dia mampu. Tak paksa. Ajak dan dedahkan.

Ayah adalah "role model" terbaik untuk anak lelaki.

Ayuh bersama Mak Long Ahad ini.

Perkongsian "Boys VS Girls" di Laman Mak Long@ SifooTime 
Ahad 27 Dis 2020
10-11 Pagi.

Jumpa di sana insyaAllah.

🌾Mak Long
#LamanMakLong
Ibu Bapa Tenang Anak Cemerlang

Wednesday, December 16, 2020

Saturday, December 12, 2020

SAHABAT SEPANJANG JALAN

Wahai sahabat
Di dini hari aku mengingatimu
Kehangatan ukhwahmu menyelimuti kedinginan tengkujuh
Wajah-wajah kesayangan menyamankan aku

Wahai sahabat
Ayuh kita bersatu
Bersatu teguh bercerai roboh
Muafakat membawa berkat
Langkah awal sudah bermula
Tersusun bagai bangunan yang kukuh

Wahai sahabat
Andai aku pergi dulu
Sambunglah perjuangan ini
Usah berpecah
Teruslah melangkah bersama
Usahakan yang lebih baik

Wahai sahabat
Cita-citaku besar sekali
Laman Mak Long
Virtual Conference
Kompilasi buku keibubapaan
Memimpin pandangan umum
Membina modul keibubapaan untuk negara
Kita penulisnya
Kita mengamalkannya
Kita memperjuangkannya

Ya Allah
Mudahkan dan berkati usaha kami
Terimalah amalan kami
Jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

🌹Mak Long

LAMAN MAK LONG @SifooTime- PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN MEMIMPIN PANDANGAN UMUM MENGENAI KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN (PARENTING SKILLS)

Segalanya bermula kira-kira 26 tahun yang lalu.

Pada satu malam, sedang Mak Long (saya bahasakan diri dengan panggilan Mak Long) kusyuk membaca buku  A Book Of Child Care” oleh Dr Hugh Jolly, tiba-tiba kedengaran getus suami Mak Long (lebih dikenali dengan gelaran Pak Awang) “Nah ni bila dah lahir anak nanti kalau tak reti juga jaga anak, abang tak tahulah”. Ketika itu Mak Long sedang sarat mengandungkan anak sulong kami Nurin Husna.

Tahun 1995, the good old days, zaman sebelum adanya internet dan smartphone. Membaca buku, majalah dan suratkhabar adalah sumber ilmu, maklumat dan hiburan ketika itu. Saban hari Mak Long berusaha membaca bagi menyiapkan diri sebagai seorang ibu yang sudah sekian lama Mak Long impikan.

Mak Long berkahwin pada usia 28 tahun dan Pak Awang berusia 33 tahun. Pada usia begitu kami sangat teruja dan menganggap kami sudah bersedia untuk mempunyai anak.

Namun, segalanya tidak seperti yang dijangkakan. Mak Long akur bahawa menjadi ibu bukan seperti yang diimpikan dan bukan mudah untuk mempraktikkan ilmu yang ada. 

Menjaga si kecil pada awal kelahiran sahaja sesuatu yang sangat menguji. Mak Long sendiri sudah tidak mempunyai ibu untuk dirujuk di dalam pantang. Anak kami Nurin Husna pula seorang bayi yang perut meragam(cholic). Tiga bulan pertama tidak tidur lena, asyik menangis saja. Ada kalanya sepanjang malam langsung tak lena. Sudah tiada beza siang dan malam kami. Segalanya berpusatkan keperluan dan ragam si kecil.

Then I had an aha moment.

“Jika aku yang menyiapkan diri dengan ilmu menghadapi kesukaran begini, bagaimana pula orang lain yang tiada ilmu.”

Mengandung anak kedua selepas 11 bulan menambahkan lagi cabaran. Hakikat sebenar kehidupan berumahtangga semakin kami rasai. Maka bermulalah kehidupan berkeluarga kami yang penuh warna warni.  Kami harungi jua suka duka dalam ketidaksempurnaan dan segala kepayahan.

Kemudian timbul satu kesedaran diri. Ilmu sahaja tidak mencukupi. Ianya perlu disertakan dengan kemahiran daripada orang yang lebih berpengalaman dan ibu bapa perlukan sokongan dalam membesarkan anak-anak. Tapi di manakah perkara-perkara ini boleh didapati?

Mak Long tiada pilihan. Memilih untuk menjadikan masalah sebagai peluang untuk berubah ke arah kebaikan atau terus tertekan dengan keadaan. 

Bermulalah langkah meneroka dan membina skil keibubapaan sendiri. Bukan mudah. Banyak proses muhasabah dan mujahadah yang perlu dilalui.

Membuka TASKA pada tahun 1997 dan menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-knak (KAAK) memberi kesedaran yang lebih tinggi.  Banyak sekali yang Mak Long perlu pelajari berkaitan pertumbuhan dan perkembangan anak daripada jurulatih-jurulatih bertauliah dan berpengalaman.

Mak Long berazam mengamalkan kemahiran yang dipelajari kepada anak-anak sendiri dan anak-anak di TASKA.

Kemudian Mak Long berjinak-jinak dengan penulisan untuk berkongsi pengalaman dengan tajuk "Tip Keibubapaan" di blog sendiri rentis.blogspot.com dan berazam menjadi seorang juruatih yang bertauliah.

Fast forward

Zaman sudah berubah. Tapi fitrah ibu bapa dan fitrah anak tetap sama.

Sekarang lambakan ilmu dihujung jari, jadi kita perlu bijak menilai dan memilih ilmu yang betul. Ilmu yang diperolehi perlu disertakan dengan kemahiran yang ditimba daripada orang yang diiktiraf.

Laman Mak Long@SifooTime menyediakan alternatif kepada permasalahan ini.

Antara objektif penubuhan Laman Mak Long@SifooTime adalah:-

1. Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang skil keibubapaan melalui perkongsian oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan diiktiraf. 


Perkongsian di SifooTime pada setiap Ahad pukul 10-11 pagi dan 2.30-3.30 petang bermula 20 Disember 2020. Siri pertama terdiri daripada 21 jururulatih dengan perkongsian topik-topik keibubapaan mengikut kepakaran masing-masing.


2. Membina modul keibubapaan di bermula dari bayi hingga remaja.

Rumah madrasah pertama. Ibu bapa guru utama.

3. Memimpin pandangan umum berkaitan keibubapaan demi kesejahteraan semua kanak-kanak di Malaysia.

4. Mendapat perhatian kerajaan dan badan korporat untuk menjadikan skil keibubapaan sebagai skil wajib ada bagi ibu bapa melalui latihan berskala di tempat kerja. 

Produktiviti di tempat kerja adalah sangat berkaitan dengan prestasi pekerja sebagai ibu atau bapa di rumah.

5. Mengembalikan peranan ibu bapa dan memperkasakan institusi keluarga sebagai unit asas sesebuah negara. 

Keluarga bahagia negara sejahtera.

Surah Al-Furqan, Ayat 74:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
.
.
Terima kasih kepada sahabat Mak Long, Puan Norhanam Sulong yang memperkenalkan Mak Long kepada SifooTime.

Terima kasih juga kepada En. Saiful Rizal Limat atas kepercayaan yang diberikan kepada Mak Long untuk menerajui ruang Laman Mak Long @SifooTime.

Juga kepada semua jurulatih yang menyokong dan sedia berkongsi pengalaman.

Dan kepada semua sahabat RKSMAP, Mak Long Radio, Kelab Tinta Ori, Islamic Parenting MAMBS dan Simply Parenting.

Tidak lupa kepada suami dan anak-anak Mak Long yang sentiasa memahami dan memudahkan perjuangan ini.

Semoga usaha ini dimudahkan, diberkati dan diterima sebagai amal jamaei kita bersama.

"Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dijunjung"- Pepatah Melayu.

"Ibu bapa yang baik bukanlah yang banyak ilmu tetapi ibu bapa yang selalu refleksi diri, membuat penambahbaikan dan progres pada jalan kebenaran."- Mak Long.

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#LamanMakLong
rentis.blogspot.com






Thursday, December 10, 2020

Sunday, November 29, 2020

KREATIVITI DAN ESTETIKA-PROSES ATAU HASIL

Assalamualaikum. Salam keindahan dan kedamaian buat semua.
TIPS AMALI/RPA TASKA:
KREATIVITI DAN ESTETIKA-PROSES ATAU HASIL

Saya terpanggil untuk membicarakan  mengenai amali Kursus Asuhan PERMATA (KAP) dan amalan di TASKA dalam menulis dan melaksanakan RPA Kreativiti dan Estetika (Seni dan Kraf). 

Ramai yang suka bidang ini. Baik pendidik mahupun jurulatih. Mungkin kerana ianya dianggap mudah, menarik dan banyak aktiviti yang boleh dibuat oleh jurulatih bersama pendidik semasa KAP ataupun oleh pendidik bersama kanak-kanak di TASKA.

Apa pun ianya bukanlah semudah yang dianggapkan. Pendidik yang seharuskan mengembangkan fitrah kreativiti dan estetika kanak-kanak ada kalanya secara tidak sedar banyak membunuh kreativiti dan melenyapkan minat kanak-kanak terhadap seni dan kraf.

Jadi, bagaimana untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

1. USAH BERI KANAK-KANAK KERTAS YANG SUDAH DI LUKIS ATAU MENUNJUKKAN MODEL UNTUK BERKARYA.

Contoh pendidik memberikan kertas yang sudah ada lukisan bunga untuk kanak-kanak warna, kolaj atau buat capan.

Sebaiknya dapatkan pengetahuan/kebolehan sedia ada kanak-kanak dengan berbual atau bercerita mengenai bunga dan galakkan kanak-kanak melukis dahulu bunga mengikut kreativiti mereka. Kemudian baru warna, kolaj atau capan pada hasil lukisan mereka.

Pendidik boleh juga membawa jambangan bunga untuk kanak-kanak melukis melalui pemerhatian.

Apabila alam dan kanak-kanak berhubung, hasilnya sangat menakjubkan. Aktiviti melibatkan alam membantu kanak-kanak melahirkan idea-idea kreatif.

Ada yang menganggap kanak-kanak bawah 4 tahun belum boleh melukis. Sebenarnya kanak-kanak boleh menconteng, melakar dan melukis sendiri mengikut tahap kebolehan mereka jika diberi peluang sejak kecil.

Rujuk tahap lukisan kanak-kanak.

http://rentis.blogspot.com/2017/12/tahap-perkembangan-lukisan-dan-tulisan.html?m=1

2. USAH TERLALU MENGAWAL KANAK-KANAK

"Adik nak warna apa. Ini warna apa?." Itulah soalan yang biasa diutarakan pendidik kepada kanak-kanak. Seolah-olah pendidik mahu kanak-kanak memilih warna yang betul dan sangat penting untuk kanak-kanak menyebut dan menamakan warna dengan betul. 

Ianya sering mengganggu proses berkarya dan melahirkan idea. Kanak-kanak fitrahnya kreatif. Bebaskan sahaja mereka meneroka dengan cara dan pilihan mereka sendiri.

3. USAH MEMBANDING-BANDING HASIL KERJA KANAK-KANAK DAN MELABEL KANAK-KANAK 

Hasil kerja kanak-kanak dinilai. Ada yang diberi dua bintang. Ada yang dapat tiga bintang, yang cikgu rasa cantik dapat lima bintang dan ditampal. 

Ada kanak-kanak dilabel  "kurang kreatif" atau "tidak kreatif".

Tindakan membanding-bandingkan dan melabel menimbulkan perasaan tidak yakin, ragu-ragu atau rasa bersalah (teori erikson)

Hargai dan terima seadanya kanak-kanak dan hasil kerja mereka. Ianya satu proses yang hebat yang membawa kepada progres dari masa ke semasa seiring dengan bertambahnya kebolehan, pengetahuan dan kemahiran mereka.

4. USAH MENGUBAH HASIL KERJA KANAK-KANAK.

Seni dan kraf adalah media untuk menyuburkan kreativiti bukan setakat hasil yang dikagumi. Seni membuka peluang kepada kanak-kanak untuk belajar dari kebebasan meneroka dalam menyatakan idea kreatif mereka.

5. USAH MENGKRITIK HASIL KERJA KANAK-KANAK

Ini boleh membunuh kreativiti dan mematahkan semangat dan minat atau menjadikan kanak-kanak rasa "tidak cukup baik" ("I am not good enough"). Mereka mungkin rasa tidak "pandai" dan ini menghalang proses mengembangkan potensi diri mereka.

6. USAH TERLALU MEMUJI ORANGNYA TAPI PUJILAH USAHANYA

Ucapan pujian "pandainya" sudah menjadi amalan biasa. 

Pujilah usaha dan apa yg baik supaya kanak-kanak tahu apa tingkah laku, perbuatan dan aspek kreativii yang baik. 

Contoh, "Bagus adik dapat melukis dan mewarnakan bunga dengan cantik. Cikgu suka dengan pemilihan warna merah, kuning, oren dan campuran warna-warna yang digunakan. Hasilnya menarik sekali."

.
.
Peranan pendidik adalah sangat penting. Ia adalah antara faktor utama bagi melahirkan modal insan yang kreatif, innovatif dan menghargai kecantikan. 

Jadi pendidik mesti:-

1. KREATIF MERANCANG

Pendidik perlu merancang aktiviti dan menyediakan bahan dan persekitaran yang menggalakkan perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak.

2. BEBASKAN KANAK-KANAK MENEROKA

Pendidik mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai teknik, warna dan bahan dalam proses menghasilkan seni dan kraf. ( teori Piaget)

3. MENYOKONG DAN MEMBIMBING KANAK-KANAK

Pendidik menggalakkan kanak-kanak berkarya dengan cara "scalffolding" atau memberi bantuan apabila perlu dalam zon yang mampu dicapai kanak-kanak ( teori Vygotsky). 

4. MENGHARGAI KEUNIKAN DAN MEMPUNYAI NILAI ESTETIKA /KECANTIKKAN

Pendidik adalah contoh atau "role model" kepada kanak-kanak. 

Kreativiti dan estetika juga bukan hanya pada seni lukisan dan kraf. Ianya merentas kurikulum dan dalam kehidupan. 

Bagaimana pendidik mengaplikasikan seni seharian di TASKA, menilai dan menghargai keindahan akan menjadi ikutan kanak-kanak.

"Bagaimana acuan begitulah kuihnya"-Pepatah Melayu

“Every child is an artist. The problem is how to remain an artist once he/she grows up”-Picasso

"Setiap Anak Permata Negara"

Kredit gambar kepada adik Qasyaf dan Wannya Shamsida Binti Mohd Nor.

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringECCE
#KAPOnline

Tuesday, October 20, 2020

TIPS AMALI KAP/ AKTIVITI DI TASKA

Seringkali terjadi apabila RPA Awal Matematik dan Pemikiran Logik (AMPL) ditulis dan aktiviti AMPL dijalankan masa amali KAP atau aktiviti di TASKA , pendidik terperangkap dan menganggap objektif tercapai tetapi ianya sebenarnya jauh tersasar.. Mak long bagi contoh yang biasa berlaku.
.
.

Bidang: Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik.(AMPL)

Kanak-kanak: 3 tahun (3 orang)

Pengetahuan sedia ada: Kanak-kanak sudah boleh mengenal warna asas iaitu merah, kuning dan biru.

Objektif #1 : Mengelaskan merah dan kuning.(AMPL)

Objektif #2: Kanak-kanak boleh berlari bawa bola.(F)

Objektif #3: Kanak-kanak boleh mengambil giliran (SSEK)
.
.
Pendidik: Adik-adik, hari ini kita nak main bawa bola masuk dalam bakul.

Tengok ni. Bola kuning masuk dalam bakul kuning. Dan bola merah masuk bakul merah.

Berbaris dulu. Aisyah jalan dulu.

Kanak-kanak masuk bola betul. 

Pendidik: Pandai (sambil tepuk tangan). Siti pula.

Kanak-kanak masuk bola merah dalam bakul kuning.

Pendidik. Salah tu Siti.  

Kanak-kanak tukar ke bakul satu lagi.

Pendidik: Yeay. Pandai.

(Aisyah ambik bola). Aisyah, sekarang giliran Aiman pula. Aisyah tunggu dulu. Berbaris dibelakang.
.
.
Aktiviti dibuat sampai habis bola. Bakul merah ada semua bola merah dan bakul kuning ada semua bola kuning 

Pendidik: 😀(Objektif tercapai). Pandai semua. Terima kasih. Jom kita kemas dan masuk ke dalam TASKA.
.
.

Pemudahcara: 😈Wahai pendidik yang dikasihi. Objektif TIDAK TERCAPAI.
Mengapa?

1. Kanak-kanak ikut arahan bukan mengelaskan. Bila tak betul pendidik bagi tahu salah dan kanak-kanak tukar ke bakul satu lagi. Kalau ikut arahan lebih fokus kepada perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal (BKLA)

2. Aktiviti boleh jadi juga lebih kepada perkembangan Fizikal(F). Berlari bawa bola atau Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian ie mengambil giliran.(SSEK).

Jadi objektif FOKUS AMPLnya tidak tercapai. Memang nampak akhirnya bola kuning masuk bakul kuning dan semua bola merah masuk bakul merah.
.
.
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik (AMPL) berkaitan dengan akal dan pemikiran serta pembentukan KONSEP melalui PENEROKAAN, EKSPERIMEN Dan BELAJAR MELALUI BERMAIN yang BERMAKNA.

Jadi dalam contoh objektif mengelaskan pendidik perlu galakkan kanak-kanak MEMBANDINGKAN dalam PROSES MENGELASKAN.

Pengetahuan matematik menjadikan manusia dapat MENGURUS kehidupan dengan lebih bijak. Maka, pengetahuan awal matematik dan pemikiran logik seharusnya bertujuan menjadikan kanak-kanak dapat mengurus kehidupan mereka dengan lebih bijak.

Jadi aktiviti mesti BERMAKNA dalam kehidupan kanak-kanak. 

Contoh: Aktiviti mengemas lego selepas bermain.

Bekas lego tak perlu warna merah dan kuning. Boleh tampal stiker bewarna kuning dan merah di luar bekas untuk memudahkan.

Mulakan aktiviti dengan pendidik bersama mengemas. Masukkan yang kuning dahulu dalam satu bekas dan yang merah satu bekas. Kemudian galakkan kanak-kanak bersama mengemas. 

Sambil mengemas pendidik galakkan kanak-kanak membandingkan warna lego dan padankan dalam bekas yang ada lego merah/kuning. Guna kosakata yang tepat.  Ambil masa untuk bimbing kanak-kanak berfikir dan membuat perbandingan dalam proses membuat pengelasan.

Pujian: "Bagus, adik boleh mengasingkan lego mengikut warna merah dan kuning".
(Pujian harus diberi pada tingkahlaku atau perbuatan yang bagus supaya kanak-kanak rasa dihargai dan boleh mengulangi apa yang bagus bukan puji pada orangnya sahaja dgn berkata "pandai")

Nota: Lego merah dan kuning perlu banyak untuk aktiviti mengelaskan/mengasingkan.

Kemudian buat rumusan dengan kanak-kanak.

Apa yang adik-adik buat tadi?
Macamana kita kemas lego?
Macamana kita asingkan warna kuning dan merah? 
Kenapa kita perlu asingkan lego mengikut warna?

Minta respon kanak-kanak terlebih dahulu dan kemudian baru pendidik rumuskan dan kukuhkan.

"Ya. Kita banding dan lihat perbezaan warna sebelum kita meletakkan dalam bekas yang berlainan. Kita kemas lego ikut warna merah dan kuning supaya senang nak cari bila kita nak guna lego ikut warna."
.
.

Objektif gabungjalin untuk aktiviti ini lebih sesuai.

Objektif #2: Kanak-kanak boleh menggunakan kosakata merah, kuning dan asing/kelas dalam perbualan (BKLA)

Objektif #3: Kanak-kanak boleh bekerjasama mengasingkan mainan (SSEK)

Objektif gabungjalin mesti sesuai dengan tahap kebolehan kanak-kanak dalam bidang yang berlainan tetapi berkaitan objektif fokus dan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.

*Gambar sekadar hiasan. Tiada kaitan dengan amali.

Allahu 'alam


🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringECCE
#KapOnline

RPA KAP DAN BUDAYA COPY&PASTE

Mak Long sedang menyemak RPA Awal Matematik dan Pemikiran Logik (AMPL) dan didapati ada 6 RPA yang berulang-ulang dan sama sahaja setiap ayat dan langkah. Hmmm...

1. Tajuk: Tenggelamnya badanku 
2. Tajuk: Melihat wajah di cermin
3. Tajuk: Meneroka mainan
4. Tajuk: Mengelaskan batang ais krim
5. Tajuk: Melihat diri dalam cermin
6. Tajuk: Menyusun blok

Hari ini Mak Long dah mula 😈, google dan jumpa dari mana RPA ini di copy and paste. Adoilah peserta Kursus Asuhan Permata (KAP) Online....

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) diberi tugasan oleh Jurulatih kepada peserta KAP supaya mereka melalui PROSES BERFIKIR dalam merancang serta memahami KONSEP dan PROSES menulis RPA.

Jurulatih akan semak dan betulkan untuk memantapkan lagi kefahaman peserta.

Jadi kalau copy paste, macamana peserta nak membina dan menilai kefahaman berkaitan topik perkembangan yang dipelajari.

Maka jika begitu amalannya, adakah peserta yang mengikuti KAP dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran serta  professionalisme sebagai pengasuh/pendidik TASKA????

Renung-renungkanlah.

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"-Pepatah Melayu

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringECCE
#KAPOnline

Thursday, October 15, 2020

TIPS AMALI KAP-AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

TIPS AMALI AMPL

Mak Long nak share jugalah macam Puan Najmiyah Tajuddin pasal amali KAP.😀

Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik.

Tajuk Aktiviti: Main masak-masak.

Objektif: Mengenal sayur-sayuran

Umur kanak-kanak 3 tahun (3 orang)

_______

Pendidik: Adik-adik hari ni teacher nak ajar mengenal sayur-sayuran. Tengok sayur ni warna apa?

Kanak-kanak: Purple.

Teacher: Pandai..

Siapa tahu ini sayur apa?

Kanak-kanak:😕

Pendidik: Ini terung. Semua sebut "terung".

Kanak-kanak: Terung

Pendidik: Pandai (sambil tepuk tangan). Tengok sayur ni pula. Ini sayur apa. Warna apa.

Sekarang teacher kita nak main masak-masak. Tengok teacher ada bawa apa lagi....bla..bla..bla..

Kanak-kanak: 🙆(bila nak main ni)

_____________

Wahai pendidik. Relax. Tak payahlah formal dan nak "mengajar". Teruskan saja. 
.
.
Jom, mari kita main masak-masak.

Ajak kanak-kanak duduk. Mainlah potong-potong sayur sambil tu berbual dan mengenal jenis sayur-sayuran.

Ingat kanak- kanak belajar melalui BERMAIN (PIAGET) yang bermakna dan pendidik sebagai PEMUDAHCARA (Vygotsky). Kanak-kanak perlu mendapatkan pengalaman pembelajaran yang aktif dan bermakna melalui penerokaan, eksperimen dan bermain.
.
.
Satu lagi. Berbuallah sesuai dengan umur kanak-kanak dan gunalah bahasa yang betul. Bukan kanak-kanak menyebut 1 perkataan dan pendidik ulang sebut satu perkataan. Bilalah nak berkembang bahasa kanak-kanak.

Satu lagi habiskan ayat dalam satu bahasa. Contoh kalau BM guna sepenuhnya BM. Kalau tanya dalam BM. Galak anak jawab dalam BM.

Contoh bila kanak-kanak jawab "Purple"

Pendidik buatlah ayat penuh. Contoh "Terung ini warnanya ungu. Ada pelbagai jenis terung. Yang ini terung panjang. Yang ini pula terung bulat. Ada terung warna hijau. Macam yang ini."

*Gambar-sekadar hiasan. Tiada kaitan dengan amali.
Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringECCE
#kaponline

Wednesday, October 14, 2020

UPSTAIRS AND DOWNSTAIRS BRAIN

Di dalam buku Dr.Dan Siegel, The Whole Brain Child, beliau memperkenalkan konsep Upstairs brain and Downstairs brain.

Secara asasnya, Tingkat bawah (Downstairs brain) adalah bahagian yang mengawal fungsi-fungsi asas hidup. Amygdala, fight flight freeze mode berada di downstairs brain. Emosi. 

Tingkat atas (Upstairs Brain) adalah bahagian kotak Pemikiran Logik (Logical Thinking).

Beliau membayangkan jika kita menutup tangan kita seperti penumbuk di mana ibu jari di dalam, dan jemari yang 4 tadi menutupi ibu jari tadi, itu seumpama ibu jari adalah Downstairs brain dan 4 jemari lagi adalah upstairs brain. Jika kita gagal mengawal emosi, maka seumpama terbuka la 4 jemari itu.

Ruang eksplorasi Emosi membolehkan anak-anak mendapatkan saiz emosi yang sesuai dengan situasi, dan mempercepatkan proses mereka untuk mengemudikan kembali kotak PEMIKIRAN mereka. Bayangkan ibu jari yg berjaya ditutupi oleh 4 jemari itu tadi. Tanda pengemudinya adalah logikal thinking.

Berikan ruang untuk anak EXPLORE emosi dalam persekitaran yang selamat.

Kita manusia dikurniakan dengan emosi. Buatlah macam mana pon, jagalah anak macam mana pon, bahkan letaklah anak dalam balang kaca pon, anak pasti akan merasa emosi. 

Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan orang dewasa bukan untuk selamatkan anak2 daripada emosi. Tidak. 

Tugas kita adalah untuk BERSAMA mereka mengharungi setiap emosi, gembira, sedih, marah, geram, kecewa, risau, gelisah, menggelabah dan sebagainya.

Bahagian ini yang paling susah. Kerana, kebanyakkan kita dibesarkan tanpa keupayaan untuk "kekal berada di dalam emosi dan rasakan emosi itu sesungguhnya".  Kekal berada di dalam PRIMARY emotion. Sebab hanya dengan penerimaan emosi itu baharulah kita mampu keluar daripadanya dan berfikir secara waras.

Anak-anak kecil datang dengan saiz EMOSI yang BESAR. Jika marah, tenaga nya kuat, suara nya lantang. Bila gembira dia punya ringan badannya tu kita boleh nampak terlompat lompat macam ada spring di tapak kakinya, kalau sedih memang sungguh2 sedih, badan cengkung muka tunduk macam dunia tiada penghujungnya.

Begitu lah mereka. Apabila kita berikan ruang untuk mereka eksplorasi emosi, kita berikan mereka ruang mendapat saiz emosi yang bersesuaian dengan situasi.

Contoh; 
Jika diberikan "boundaries" yang tegas daripada awal, mereka akan rasa sedih  atau marah pada awalnya. Jika "boundaries" itu adalah boundaries yang memang penting dan bersesuaian dengan tahap perkembangan, kekalkan boundaries itu. Biarkan dia marah atau sedih. Tapi peluklah mereka. Usaplah mereka. Kalau mereka menolak, duduklah di sebelah mereka. Memang penentangan akan hebat seperti menjerit-jerit, boleh sampai muntah-muntah kalau memang dari kecil semua benda dia nak dapat. Emosi itu akan mengecil dari semasa ke semasa, bila kita berikan ruang mereka eksplore tanpa rasa prejudis. It's okay to be angry. But what is the right size? Namakan emosi itu, sedih? atau marah? mana yang datang dulu? 

Ketika anak sedang beremosi, kotak pemikiran hilang kawalan. Adalah penting, anak-anak kenal emosi2 ini dan saiz-saiz yang bersesuaian, supaya mereka boleh namakan, berikan masa untuk diri mereka sendiri utk berada dalam keadaan emosi tanpa membuat apa2 tindakan dan keputusan, dan kembali mengemudi kotak pemikiran dan membuat keputusan dan tindakan apabila emosi sudah reda.

#ummisreflection

Thursday, October 1, 2020

PERUBAHAN MENJANA PROGRES DIRI

"A wise man once said 'change is the only constant'."

Itulah hakikat hidup yang semakin saya fahami. Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. 2020 menuntut banyak perubahan di seluruh dunia.

Bagaimana saya melaluinya? Saya juga tidak terlepas dari ketakutan (FEAR). 

Ya. Ianya bukan mudah.

Bermula dengan ujian masalah kesihatan dan ditambah dengan hadirnya COVID-19 dan PKP, saya sudah hilang mata pencarian lebih 10 bulan contohnya. Itu hanya aspek kesihatan dan kewangan. Belum cerita kesan emosinya.

http://rentis.blogspot.com/2020/03/terima-hakikat-kalau-perlu-tutup-bisnes.html?m=1

Semasa PKP, sahabat saya, Acik Hanam menyarankan supaya saya menyertai cabaran menulis jurnal kesyukuran di telegram. Setiap hari selama sebulan saya mesti menulis kejadian, aktiviti dan perkara yang berlaku pada hari sebelumnya yang disyukuri dengan bimbingan Coach Saffuan.

Saya belajar menjadi lebih peka dan sedar untuk mensyukuri bukan sahaja apa yang ada dan diperolehi malah apa jua yang  dihajati tapi tidak diperolehi.

Kemudian Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA ) yang diumumkan kerajaan membawa harapan baru tetapi ianya menuntut perubahan yang besar. Kursus Asuhan PERMATA (KAP) mendapat dana PENJANA bagi tujuan melatih lebih ramai Pendidik TASKA tetapi kaedah latihan ditukar kepada latihan secara atas talian.

Macam-macam difikirkan dan diperkatakan. Tidak kurang juga perdebatan isu Kursus Asuhan PERMATA Online di media sosial.

Saya melihat ke dalam diri. Saya dapat rasai bahawa ketakutan yang membelenggu sudah diterjemahkan dalam pelbagai mechanisme membela diri.

Menafikan. 
Mengelak. 
Mencari alasan. 

Apa pilihan yang saya ada? Berubah atau "mereput"? Kursus Asuhan PERMATA Online perlu saya terima dengan positif.

Dan saya kata pada diri--bersyukurlah.

Nak tak nak saya perlu memberi ruang dan peluang pada diri untuk terokai cara baru.

"Go easy on yourself. Go easy on others. Allow yourself to make mistakes. Learn, unlearn and relearn."

Itu moto saya.

Teringat kata-kata HAMKA "Apa yang ada pada kita itulah harapan." 

Berbekal sumber yang ada, saya bangkit jua. Bermula dengan mengisi masa dengan menyertai kelas online. Saya menjadi peserta dahulu supaya dapat merasai proses belajar atas talian.

Kemudian saya cuba berjinak-jinak menyahut cadangan rakan-rakan. Buat live di fb.

Kemudian KAP Online bermula. Cabarannya...hmmm. Memang tidak selesa. Apa pun saya sentiasa ingatkan diri supaya bersabar dan bersyukur.

Sakit? Ya, sakitnya banyak. Allah saja yang tahu. Bukan mudah untuk buat apa yang kita tidak mahir dan tidak suka. 

Stres? Ya, stres juga. Di mana nak diluahkan? Orang lain juga stres. Bukan saya sahaja yang terkesan dengan COVID-19 ini. 

Syukur, saya masih ada alam yang sedikit di hadapan rumah. Laman yang sudah agak tidak terurus. Alam yang saban hari seakan menantikan perhatian.

Saya sulami senggang masa dengan menjaga balik pokok-pokok yang ada. Tambah pokok berbunga untuk menyerikan lagi dan sedikit ulam dan sayur. 

Di laman kecil itulah saya melepaskan tekanan dan mencari kembali kekuatan.

"I created a sanctuary where I practise mindfulness and gratitute. Where I enjoy my morning coffee and find my balance."
.
.
Sekarang selepas hampir tiga bulan melibatkan diri dalam projek KAP Online saya semakin merasai progres diri dengan "online teaching".

Alah bisa tegal hiasa.

Tak kenal maka tak cinta.

Saya mula menyukai "online teaching". Malah saya dapati ianya lebih mudah dan berkesan dari cara biasa. 

Memang banyak masalah dan cabaran yang dilalui. Tapi saya perlu sentiasa mencuba mencari cara yang efektif. Mencabar diri untuk terus berusaha.

Ia membuka ruang dan peluang baru. Antaranya saya sudah berjaya menyahut cabaran rakan-rakan yang mahukan saya membuat video berkaitan keibubapaan di youtube. 

Jangan lupa like, subscribe dan share  "Mak Long Channel" ya😀 Terima kasih kepada semua yang selalu memberi sokongan.

"I guess change is inevitable This is how we evolve."

Bersama kesusahan itu ada kesenangan. Maka nikmat Tuhanku yang manakah yang aku dustai.

Terima kasih Allah atas segalanya. Juga atas kurniaan alam untuk aku merasa damai dengannya dan merasai kebesaranMu

"Ya Allah, jadikan aku insan yang mampu bersabar dan bersyukur dalam apa jua. Juga insan yang terus melangkah dan progres pada jalan-jalan kebenaran."
.
.
"Sesungguhnya bahagia itu dekat. Ianya ada pada ketenangan hati. Gapailah ia. Sesiapa sahaja mampu memilikinya."

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringYou




Sunday, August 9, 2020

TRANSFORMASI DIRI IBU BAPA SUMBER PEMERKASAAN DIRI ANAK

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang."
.
.
Puan Aminah : Saya nak bertanya bagaimanakah cara untuk ‘unlearn’ gaya keibubapaan mak ayah kita dahulu dan ‘relearn’ cara keibubapaan yang lebih baik.

Mak Long: Alhamdulillah, syabas Puan Aminah kerana sedar bahawa gaya keibubapaan kita banyak dipengaruhi oleh cara kita dibesarkan atau gaya keibubapaan mak ayah kita dahulu. Ada perkara yang dirasakan perlu diubah.

Bukan bermaksud apa yang mak ayah kita lakukan dahulu salah kesemuanya. Cuma ada yang sudah kurang sesuai dengan zaman sekarang. Jadi kita perlu membuat penilaian dan perubahan atau transformasi dalam gaya keibubapaan mengikut zaman dan mengikut keunikan anak-anak kita sendiri.

Proses tranformasi untuk "unlearn and relearn" ini saya bahagikan kepada 10 langkah. 

1. Yang pertama adalah mengenal diri iaitu melihat ke dalam, muhasabah diri dan kenal pasti yang mana tentang diri kita yang terbawa-bawa cara atau gaya keibubapaan mak ayah yang dirasakan perlu diubah demi kebaikan anak-anak dan keluarga.

2. Apabila kita sudah kenalpasti apa yang perlu diubah, kita mesti mengaku bahawa  untuk berubah kita perlu melalui proses transformasi diri.

Usah membela diri. Itu tandanya kita tidak mahu berubah. Ada banyak cara membela diri. Contoh, menafikan, menyalahkan keadaan dan orang lain atau mencari pelbagai alasan alasan.

Sebagai ibu atau bapa kita adalah pemimpin kepada anak-anak. Jadi kita perlu berubah dan memperkasakan diri serta menjadi contoh kepada anak. 

Pemerkasaan diri kita sebagai ibu bapa akan memperkasakan kecemerlangan diri anak.

"Leaders work on themselves. They empower themselves and others."

3. Mencari ilmu dan kemahiran berkaitan perkara baru yang lebih baik yang mahu dipraktikkan. 

Ada banyak kaedah untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran keibubapaan. Kita boleh menyertai seminar, kursus, bengkel keibubapaan, membaca buku atau belajar dari orang-orang yang berpengalaman.

4. Apabila kita ada ilmu kita perlu beramal dengannya. Ianya memerlukan kesedaran diri yang lebih tinggi atau "being mindful" supaya mampu bertukar dari amalan yang biasa kepada amalan yang baru.

Sila rujuk artikle saya bertajuk "Ledakan Emosi--Mengapa Ianya Terjadi".

http://rentis.blogspot.com/2020/04/ledakan-emosi-mengapa-ianya-terjadi-dan_22.html?m=1

5. Perubahan yang dilakukan perlu diulang-ulang sehingga ianya menjadi budaya baru. Istiqamah. Menurut pakar ianya memerlukan amal yang konsisten selama 21 hari.

6. Selalu istighfar bila tersilap atau terlupa. Kita manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan. Mohon ampun, mohon petunjuk dan kekuatan dari Allah untuk istiqamah berubah . 

Ini adalah proses melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Mujahadah dalam memperbaiki amal. InsyaAllah besar ganjarannya.

7. Minta sokongan daripada orang-orang terdekat dalam proses "unlearn and relearn". Contoh, sokongan dari pasangan dan anak-anak.

Tapi kadang-kadang apabila kita mahu berubah kita kurang mendapat sokongan dari orang terdekat. 

Menyertai kumpulan sokongan secara fizikal boleh membantu. Sekarang ada banyak juga kumpulan sokongan di media sosial. Pilihlah yang sesuai dengan kita.

Saya suka membaca sirah untuk merawat hati. Juga baca al-Quran dan buku-buku untuk meningkatkan motivasi diri. 

Cuma kadang-kadang sedih dan kecewa itu ada. Terima dahulu apa sahaja perasaan yang kita rasai dalam proses berubah. Lepaskan dengan munajat dan penjagaan diri atau "self-care".

Proses berubah memang menyebabkan ketidakselesaan tetapi akhirnya ianya sangat berbaloi kerana kita dapat menyelesaikan banyak masalah dan kehidupan menjadi bertambah aman insyaAllah.

8. Fokus kepada usaha dan progres diri. 
Bila kita fokus kepada progres kita akan mencapai hasilnya.

"What you focus on grows"

Selalu ingat bahawa Allah menganjarkan usaha kita bukan hasilnya.

9. Apa pun untuk mendapatkan cara yang sesuai dengan anak-anak, kita perlu mencuba beberapa cara atau teknik sehingga kita menemui yang hikmah. Lain anak lain gaya dan caranya.

10. Catatkan proses transformasi yang dilalui dalam jurnal peribadi. Menulis mengukuhkan lagi kefahaman.

Kita boleh kongsikan pengalaman dengan orang lain melalui penceritaan, penulisan atau di media sosial untuk manfaat orang lain.

"Share it when you find the wisdom. Sharing is caring. Of course this is optional but it is highly recommended😃☕."
.
.
"Ibu bapa yang baik itu bukanlah yang tidak pernah melakukan kesilapan tetapi ibu bapa yang baik itu selalu refleksi diri, mencari ilmu dan memperbaiki tindakan supaya lebih rational dan progres pada jalan-jalan kebenaran dengan kesabaran."- Mak Long

Surah Aal-e-Imran, Ayat 135:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." 
(QS. At-Taghabun, 64 : 15)



Selamat berjaya.

Allahu 'Alam.

🌹Rosnah Ahmad/Mak Long
#IbuBapaTenangAnakCemerlang.

RESEPI NASI GORENG IKAN CAMPUR DAUN BELALAI GAJAH.

Nasi goreng ikan campur daun belalai gajah.

Mak Long cuba resepi kawan dari Raub share. Sedap jugak. Cuma Mak Long guna ikan..ala-ala Terengganu gitu. 

Banyak daun belalai gajah kat rumah ni. Senang sangat hidup. Cucuk batangnya aje. Daun ni katanya banyak khasiat.
.
.
RESEPI NASI GORENG IKAN CAMPUR DAUN BELALAI GAJAH.

Bahan:

Bawang kecil - 3 biji (dihiris nipis)
Lada merah - 5 tangkai (dihiris)
Ikan kembung goreng- 2 ekor (ambil isinya dan hancurkan)
Daun belalai gajah - ambil pucuknya dan daun yang lembut.
Nasi 2 cawan.
Minyak masak untuk menumis.
Garam secukup rasa.

Cara:

1. Tumis bawang dan lada hingga garing.
2. Masukkan ikan dan daun belalai gajah. Masak hingga layu.
3. Masukkan nasi dan garam secukup rasa. Kacau hingga masak.
4. Sedia dihidang.

Selamat menjamu selera.

I AM SPIRIT

In the valley
Deep down in the wilderness
I have fallen..

In the depths of despair
My true self reveal...

In the pit of loneliness
I am vulnerable
Humility hits me
No where to turn to
No one to reach out to...

In the midst of finding hope
I reach in...

In the quest of finding my own soul
I found The Creator...

In the knowing 
I rise.

🌹Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringYou

Saturday, August 1, 2020

PENGORBANAN SEORANG HAMBA

Aku wanita
Seorang anak 
Seorang kakak
Isteri dan ibu
Aku juga bekerja
Berniaga
Menyantuni ummah
Di medan pilihan
Seadanya aku...
Semampunya aku?

Apakah benar pengorbanan yang aku lakukan?
Cukupkah pengorbanan yang aku buktikan?
Untuk apakah pengorbanan yang aku berikan?

Ku hayati erti pengorbanan dan ketaatan
Ibrahim dan Ismail 
Pengorbanan seorang bapa
Ketaatan seorang anak
Demi Cinta Agung

Wahai Tuhan,
Pengorbananku terasa kecil sekali
Tidak setanding pengorbanan RasulMu
Pintaku padaMu 
Jika ada pengorbananku
Kau terimalah... 
Pengorbanan seorang hamba
Kerana Cintaku kepadaMu
Demi meraih redhaMu.

🌹Rosnah Ahmad/Mak Long
3 Zulhijjah 1441H

Sunday, July 26, 2020

KEKERASAN DALAM MENDIDIK BUKAN CARA YANG FITRAH


                     بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 "Dengan Nama ALLAH Yang Maha            Pengasih Lagi Maha Penyayang"

"Sayangkan anak, tangan-tangankan". Masih relevankah pepatah melayu ini sekarang?

Merujuk maknanya, pepatah ini bermaksud jangan terlalu memanjakan anak. Anak perlu dididik dengan lembut dan hanya boleh memukul jika kena pada tempatnya. Contoh ibu ayah mendidik anak untuk solat dari usia 7 tahun tapi anak masih enggan solat pada usia 10 tahun. Pukul pun ada caranya. Bukan mencederakan. 

Itu saya setuju.

Tangan-tangankan seperti memukul, menampar, mencubit atau apa juga kekerasan berbentuk fizikal sama sekali saya tidak setuju.

Begitu juga dengan mengherdik, menengking, memaki hamun, marah yang menghukum dan apa jua bentuk kekerasan kata-kata, saya tidak setuju.

Ada yang kata kalau begitu bagaimana hendak mendidik anak? Kalau asyik berlembut nanti anak-anak naik kepala.

Anak dilahirkan fitrah. Seharusnya ibu bapa mendidik secara fitrah. Jika tidak buruk padahnya.

Contoh, memukul atau merotan anak 6 tahun yang bergaduh dengan adiknya mungkin memberi hasil yang kita mahu tetapi emosi anak yang dirotan memberi kesan yang buruk. Anak itu dalam diam mungkin membenci adiknya dan di belakang ibu bapa masih mengenakan adiknya atau menyimpan dendam.

Ibnu khaldun mengatakan bahawa, 
“…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”

Apa pun dalam berlembut, ada masanya ibu bapa perlu bertegas, anak perlu tahu had dan sempadan atau "boundaries". 

Anak perlu ditegur dan dilarang bagi tujuan mendidik jika tingkah laku mereka menyalahi. Apa pun caranya ini bergantung pada umur dan tahap anak.

Anak faham "jangan" seawal 6 bulan. 

Tegur dengan tegas. Gunakan intonasi  yang menunjukkan perbuatan itu salah dan ekspresi wajah yang digunakan mesti menggambarkan ketegasan. Jika tidak anak sukar membezakan yang buruk dengan yang baik.

"Be firm and show that you mean well."

Tak perlu marah-marah, berleter atau memukul.

http://rentis.blogspot.com/2019/02/katakan.html?m=1

Ibu ayah yang tenang dan tegas biasanya "marah" pada tempatnya dan dalam keadaan sedar atau "mindful" untuk mendidik. Ia sangat berbeza dengan marah dalam keadaan tertekan. 

Berbanding ibu bapa yang tidak tegas,  yang berlembut setiap masa dan membiarkan saja apa yang anak mahu lakukan tanpa had dan peraturan dengan alasan anak masih kecil. Lama kelamaan mereka menjadi berserabut dan tertekan kerana tak tahan dengan karenah anak. Mereka mula bertukar menjadi "singa" yang menganas dan menggunakan kekerasan. 

https://rentis.blogspot.com/search?q=Teknik+sedar&m=1

Masalah adalah peluang untuk mendidik. Masa paling baik adalah apabila anak melakukan "kesilapan". Itulah masa paling berkesan untuk menerapkan nilai dan mendidik adab dan akhlaq.

Anak seawal 4 atau 5 tahun sudah boleh berfikir dan boleh diajak berbincang supaya mereka belajar berfikir dan menyelesaikan masalah.

http://rentis.blogspot.com/2018/11/bimbing-anak-berfikir-dalam-menangani_28.html?m=1

Anak yang dididik dari awal usia akan berkembang dengan baik dan mudah dibentuk insyaAllah. 

Mulakan dengan anak yang pertama. Kalau anak sulong dididik dengan baik, adik-adiknya juga mengikut contoh yang baik insyaAllah.

Proses mendidik anak-anak bukanlah sesuatu yang boleh kita ambil mudah.
Ibu bapa sebagai qudwah hasanah, contoh yang baik atau "role model" dalam rumahtangga yang aman dan sejahtera adalah yang terbaik untuk anak-anak.

Yang penting ibu ayah perlu ada skil dalam keibubapaan. 

Ibu bapa yang baik itu bukanlah yang tidak pernah melakukan kesilapan tetapi ibu bapa yang baik itu selalu refleksi diri, mencari ilmu dan memperbaiki tindakan supaya lebih rational dan progres pada jalan-jalan kebenaran.

Surah Aal-e-Imran, Ayat 135:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." 
(QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Allahu 'Alam

🌾Rosnah Ahmad/ Mak Long
#IbuBapaTenangAnakCemerlang







Thursday, July 23, 2020

BERDAMAI DENGAN PENOLAKAN ATAU "REJECTION"

Dalam apa jua usaha melakukan kebaikan atau perubahan kita tidak terlepas dari penolakan atau "rejection".

Contoh, cadangan kita ditolak, orang tidak membeli produk yang kita jual, "unfriend/block/left group" atau ada yang memperlekehkan apa yang kita buat.

Semua itu sebenarnya bukan dalam kawalan kita. Yang dalam kawalan kita adalah bagaimana kita mengurus emosi dan belajar dari apa yang berlaku.

"Reflect and learn".

Terima dahulu apa sahaja perasaan yang timbul--kecewa, sedih, marah dan sebagainya. Kemudian uruskan emosi dengan menerima realiti, memaafkan diri sendiri, orang lain dan bersangka baik. Setiap orang ada kehendak dan keperluan mereka tersendiri. 

Raikan perbezaan.

Belajar melepaskan emosi yang negatif dengan banyak beristighfar dan memohon ampun dariNya.

"Do not take it personal."

Ya, apa yang berlaku adakalanya tiada kena mengena dengan kita.

Contoh, kita menulis sesuatu pengalaman yang pernah dilalui dan ada orang yang sentap apabila membacanya. Dia mengganggap  penulisan itu ditujukan kepadanya dan marah-marah atau "backfire". Ia sebenarnya menunjukkan apa yang kita tulis menjadi "trigger" kepada luka dalam diri orang itu sendiri. 

Apa yang di luar adalah cerminan apa yang di dalam.

"So, be more mindful". 

Jadi tingkatkan kesedaran kendiri kita. Usah biarkan diri kita terkesan dengan ledakan emosi orang begitu. Doakan yang baik-baik untuk dia.
.
.
Kejayaan juga selalu dikaitkan dengan hasil. Contoh, orang yang disukai ramai atau ramai "follower" dan menjadi "influencer" dianggap lebih berjaya dari yang sebaliknya.

Begitulah kehidupan hari ini.

Hakikatnya, Allah menilai usaha kita bukan hasilnya.

Nabi Nuh contohnya berusaha sekuat tenaga berdakwah kepada kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran. 

Namun,  ternyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dapat menerima dakwahnya dan mengikuti ajakannya.

Menurut riwayat tidak melebihi bilangan seratus orang dalam tempoh 950 Nabi Nuh berdakwah. Mereka terdiri dari orang-orang yang miskin berkedudukan sosial lemah. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tinggi dan terpandang dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh dan mengingkari dakwahnya. 

Mereka sesekali tidak mahu melepaskan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala yang disembah. Bahkan mereka bersekongkol melumpuhkan dan menggagalkan usaha dakwah Nabi Nuh.
.
.
Maka, usah bersedih!

Ayuh! Bangkit dan terus berusaha.

Usaha tangga kejayaan.

Jika belum mencapainya, mungkin kita belum cukup bersedia untuknya.

Jadi, tingkatkan usaha dan jadikan penolakkan atau "rejection" sebagai pembakar semangat untuk terus mengorak langkah.

"Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".

Surah Al-Imran Ayat  139:

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

Allahu 'Alam.

🌾Mak Long
#closetoyourheart
rentis.blogspot.com

Thursday, July 9, 2020

TIP MENGAPA MESTI MENULIS--MENULIS ADALAH PROSES MENGENAL DIRI DAN BERMUJAHADAH

Ramai orang mahu menulis. Bercita-cita menjadi penulis yang baik.

Ramai juga yang tahu bahawa mereka sebenarnya boleh menulis.
.
.
Anda ada banyak sebab kenapa mahu menulis. Anda jelas apa yang anda mahukan dari menulis.

Tapi seringkali niat yang murni atau "The Big Why" sahaja belum cukup untuk merealisasikan impian anda.

Jadi apakah yang menghalang anda untuk menulis?

Anda perlu lakukan latihan refleksi diri ini. Senaraikan segala faktor atau perkara yang anda rasakan penghalang kepada impian anda untuk menulis. Usah fikir terlalu dalam. Senaraikan sahaja apa yang terlintas. Jujur dengan diri sendiri.

✏Faktor Yang Menghaĺang Saya Untuk Menulis:-

1.
2.
3.
.
.
Sambung baca seterusnya selepas anda sudah menulis semua faktor penghalang.
.
.
Syabas. Anda sudah lalui proses refleksi diri. Ini penting kerana ianya berkaitan dengan proses mengenal diri.

Ya, kita perlu mengenal diri. Antaranya kenal mechanisme membela diri atau "defense mechanism" kita yang menjadi penghalang kepada cita-cita untuk menjadi penulis. 

Ada banyak cara diri cuba mengelak dari menulis. Antara cara membela diri yang paling banyak digunakan adalah BED:

🎯B- Blame-Menyalahkan orang lain atau faktor luaran seperti anak masih kecil atau suami saya tidak begitu menggalakkan menulis.

🎯E- Excuse-Alasan. Memang kita boleh jadi sangat kreatif mencari alasan. Contoh, tiada komputer atau tak ada masa untuk menulis.

🎯D- Denial-Menafikan. Contoh, belum cukup ilmu atau merasakan diri tak pandai menulis.

Menulis halangan sebenarnya merupakan proses melihat ke dalam diri. Suara hati kita tahu jika kita menipu diri kita sendiri. Apa jua penghalangnya jika kita memilih jalan kebenaran kita tentu temui petunjukNya. 

Contoh, kalau kita kata kita tiada komputer, boleh menulis menggunakan handphone. Mudah saja. Ada caranya. Boleh belajar. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih.

Satu lagi perkara yang sering jadi penghalang adalah "FEAR--False Expectation Appering Real" atau ketakutan yang selalunya kurang berasas seperti takut orang kata, takut salah atau takut dikecam netizen.

"FEAR" bukanlah sesuatu yang buruk tetapi ianya perlu dikuasai bukan  menguasai kita.

"FEAR" juga boleh dijadikan sebagai peringatan. Contoh kalau kita takut salah kita akan lebih berhati-hati dan lebih ihsan dalam menulis. Iya, menulis untuk keberkatan dan pahala yang berpanjangan perlukan penelitian dan rujukan yang betul.

Sebenarnya ramai di antara kita sudah pun menulis, di media sosial; IG, FB, WA dan sebagainya. Tapi adakah kita sedar dan teliti bahawa apa yang kita tulis itu baik niat dan caranya.

Ingat! Niat tidak menghalalkan cara.
.
.
Seterusnya, kalau kita takut orang kata atau dikecam netizen. Periksa diri kita. Adakah itu ego atau hawa nafsu kita atau mungkin bisikan syaitan. Lawanlah. Itulah proses mujahadah. 

Tulis yang baik-baik insyaAllah akan diterima dengan baik. 

Jika kita dikritik, periksa hati kita, terima dan baiki sekiranya ianya betul. Abaikan sekiranya ianya tidak betul. Semua itu mehnah atau cabaran dalam perjuangan. 

Berdamai dengan diri dan orang lain. Banyakkan beristighfar, baca al-Quran dan memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Teruskan memperkaiki diri dan berkarya. Manisnya insyaAllah akan kita rasai. 
.
.
Kalau kita kata kita tidak mahir menulis. Belajar dan mulalah menulis. 

Bak kata A.Samad Said, "Mahir menulis dengan menulis".

Bak kata Mak Long, "Have faith!, Execute. Progress as you go." 

Bak kata pepatah melayu, "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".

Allahu 'Alam

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#CoachingPenulisanBersamaMakLong

Monday, July 6, 2020

"The Surrendered Wife" & "The Empowered Wife" by Laura Doyle Books Review

Saya kongsikan sedikit ulasan atau "review" buku-buku "The Surrendered Wife" dan "The Empowered Wife" oleh Laura Doyle. 

Bagus sekali cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam buku-buku ini. Ianya dapat membantu kita menjadi isteri yang lebih tenang, bahagia dan relaks ("calm, happy and relax") dan pada masa yang sama tidak mengenepikan apa yang kita inginkan dalam hidup. 

"On top of that, you’ll also find back your ever loving husband, insyaAllah".

Antara cadangan yang diberikan oleh penulis, Laura Doyle adalah:- 

1) "Self-Care"

"Self-care" harus diberi keutamaan atau fokus kerana kita sering mendahulukan orang lain dan keadaan di sekeliling yang tidak dapat dikawal sehingga kita lupa untuk menjaga kebajikan, keperluan dan kebahagiaan diri sendiri. 

Laura Doyle mencadangkan supaya kita memberi fokus kepada 3 "self-care routines" setiap hari.

Contoh: Rutin "facial" , baca buku, "hang out with friends (weekly usrah can be one)", buat "online promotions", istiqamah membaca al-Quran setiap hari atau apa sahaja yang membuat kita gembira. 

Suami juga seharusnya digalakkan supaya ada rutin "self-care" seperti keluar minum, main futsal, badminton dan main saham jika itu minatnya. 

Apabila kita peruntukkan masa untuk "self-care", insyaAllah kita menjadi seorang isteri yang bahagia dan menawan (happy & more attractive) di mata suami. Bukankah seronok mempunyai seorang isteri yang bahagia.

Isteri yang bahagia tentu sekali membahagiakan.

2) "Restore Respect"

Ini nampak mudah tapi bukan semudah yang disangka. Kita menganggap bahawa kita sentiasa menghormati suami tetapi kadang-kadang tidak sedar bahawa kita melakukan yang sebaliknya.

Contoh, bila tak suka kita "buat muka", berkasar atau tempelak ("being sarcastic") dengan memberi komen seperti "Kan saya dah cakap!" 

Perkara sebegitu mungkin nampak remeh tapi cukup untuk membuat suami rasa diri tidak dihormati isteri. Apatah lagi bila isteri komen balik apa yang suami cakap atau betulkan pendapat dia di hadapan orang lain. 

Banyak lagi contoh-contoh sebenar  yang penulis berikan dan cara yang lebih hikmah bagaimana isteri seharusnya memberi respon apabila perlu memperbetulkan apa yang suami cakap atau lakukan.

Kesannya, suami akan rasa aman, dihormati dan suka mendekati isteri.

3) "Let Go Of The Controlling Habit"

Perkara ini mungkin tidak begitu ketara atau "subtle" sehingga kita tak perasan. 

Contoh "control" ialah macamana suami pakaikan pakaian atau jaga anak. Atau macamana suami sidai kain. Semua kita nak komen dan komplen. Huhu... Ini yang merimaskan suami dan dia rasa dikongkong. Akhirnya kita buat semua benda.

Contoh lain, bila suami lambat buat sesuatu, kita cepat-cepat "take over" and buatkan. Akhirnya kita letih dan boleh jadi "tantrums". Suami menjauhkan diri dan tidak lagi mahu menolong kerana serik dan tak hendak cari gaduh.

Jadi lepaskanlah tabiat yang suka mengongkong dan rasa cara kita sahaja yang betul. Jadilah isteri yang memperkasakan bukan jadi macam mak-mak pada suami.

 "A husband doesn’t want to marry her mother."

4) "Receive Graciously"

Kita harus menerima dengan ikhlas setiap hadiah, ingatan atau perbuatan baik suami. Sekiranya suami beli benda yang tak kita sukai, ajar hati untuk menerima seadanya pemberian suami.

 " Afterall, it's the thought that counts."

Apa pun, adakalanya lebih senang berbuat begitu dengan orang lain berbanding dengan suami sendiri. 

Sebenarnya suami sangat suka memberi, tetapi mungkin bukan dalam bentuk "wifey" atau sepertimana kehendak isteri.

Belajarlah untuk menerima pertolongan suami dengan hati yang terbuka tanpa komen. Jika suami menawarkan diri untuk melakukan sesuatu, katakan "boleh,  silakan dan terima kasih" ("yes, please, thank you").

Contoh, suami beli hadiah atau barang dapur, walaupun kadang-kadang tersilap beli barang, jangan komen warna, jenis, harga terlampau mahal dan sebagainya. Terima dengan hati yang terbuka.

Isteri yang suka menerima hadiah atau pertolongan akan kelihatan lebih menarik atau "attractive" berbanding isteri yang asyik menolak dan terlalu banyak komen. 

5) "Vulnerable"

Menjadi seorang isteri yang berdikari tidak bermaksud kita sempurna dan tidak boleh menunjukkan kelemahan atau kekurangan diri. Malah adalah lebih baik mengakui kelemahan diri dari asyik marah-marah dan menyalahkan orang lain ("being independent doesn’t mean cannot being vulnerable. It’s better to admit our sadness or hurt instead of being angry and attacking").

Fokus kepada perasaan kita. "Focus on your feeling". Contoh, bila kita ajak suami keluar makan tetapi terlambat sampai dan kedai penuh. Daripada terus menyalahkan "awak la ni lambat", lebih baik alihkan fokus kepada perasaan sedih yang dirasai, "Ala, sedihnya tak dapat makan".

Suami biasanya akan lebih melindungi jikalau isteri meluahkan perasaan sedih atau kecewa. Sebaliknya, jikalau kita marah-marah dan menyalahkan, suami rasa defensif.

Satu perkara lagi, usah takut untuk berkata "tidak atau saya tidak boleh". "Don’t be afraid to say ‘no or I can’t."

Contoh, suami minta tolong beli barang dapur tapi kita penat. Katakan  "maaf, sayang tak boleh. Sayang penat". 

Atau kita rasa penat bila balik kerja and rasa nak tidur, beritahu dan izinkan diri untuk tidur sebentar. Selepas rehat dan "recharged", kita akan lebih bersemangat dan gembira. 

Suami tentu lebih suka membenarkan isterinya tidur dari menghadapi "tantrums" kita.

Contoh lain, kita suka masak tapi tak suka kemas dapur. Beritahu suami dengan baik bukan dengan nada menyuruh. Beritahu bahawa kita tak berapa suka kemas dapur selepas masak.

Bila suami mahu menolong, tapi sampai malam pun tak kemas, usah gusar....dia akan selesaikan esok pagi. Perkara yang tak penting. "Not a matter of life and death". Sebaliknya, jika kita komplen, ianya akan mematikan intimasi kita. Ya, besar kesannya.

6) "Gratitude" 

Perkara ini menuntut kita untuk melatih minda supaya selalu mensyukuri nikmatNya. 

Selalu fokus kepada usaha dan kebaikan suami. Kalau tadi kita belajar menerima, sekarang kita perlu belajar berterima kasih. Setiap perkara kita  perlu berterima kasih tanpa ada sebarang "tapi".

Kalau kita mahukan sesuatu, beritahu suami dengan jelas. Contoh, "saya nak sangat cincin baru”. Jika suami tidak dapat tunaikan sekarang, insyaAllah dia akan usahakan. Kalau tak dapat pun jangan marah. Bila dapat, terima dengan baik seadanya ("graciously") tanpa komplen seperti "ala.. saya nak yang lain". 

Berterima kasih pada suami bila dia buat kebaikan seperti beli barang dapur, sidai kain, jaga anak, beri ruang untuk kita keluar minum dengan kawan-kawan dan sebagainya. 

Bila kita latih diri supaya kira nikmat dari suami, kita akan nampak betapa banyak usaha yang dia buat untuk menggembirakan kita. 

Selalulah mensyukuri bukan mendustai kebaikan suami. Kesannya, dia akan rasa bangga, sangat dihargai dan terasa ‘hero’ kepada suri hati. Intimasi akan pulih dan hubungan kembali erat. Begitulah ajaibnya kebaikan.

Saya syorkan anda baca buku-buku ni untuk dapatkan kembali "the happy you". "You cannot change others but yourselves".

"Review" saya ini mungkin tidak sedalam yang dua buku ini kupaskan. Untuk lebih jitu, bolehlah beli dan baca sendiri. "Highly recommended".

Allahu 'Alam.

🌴Tom Fatimah.

Sunday, July 5, 2020

Woman of Substance

Behind the laundry, cooking and cleaning
Child-rearing and all the endless chores
There is a daughter, a wife, a mother
And an employee...

Dear woman,
Doing for others
Doesn't mean you have to neglect yourself
Priorities...
Have your "me-time"
For self-care
Because at the end of the day
A successful woman
Is an empowered woman
The one who sets her limits
Functioning and empower others to function
A leader who produce more leaders
At home and at work...

That is a woman of substance
A woman of power, a woman of positive influence and a woman of meaning
The woman who embraces her individuality and be happy the way she is
The woman who doesn’t let the high demands and expectations get them down. 
The woman who acknowledges that.. 
She matters!

🌹Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou


Friday, July 3, 2020

LATIH ANAK SUPAYA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA SEJAK KECIL

Izzuddin anak ketiga kami baru saja lulus ujian lesen memandu. Syukur, Alhamdulillah. Ketiga-tiga anak kami sudah ada lesen memandu.

Sejak anak-anak besar, saya jarang sekali memandu. Ke mana-mana biasanya anak akan hantarkan. Bukan tak boleh pandu sendiri tetapi saya beri peluang pada anak-anak untuk berbakti kepada maknya sementara ada.

Adat dunia. Dulu masa kecil maknya yang memandu. Sekarang tiba masa anak-anak pula melakukan yang sama. Saya pun dah semakin berumur. Sudah sepatutnya anak-anak menjaga kebajikan dan keperluan maknya pula.

.

Didiklah anak untuk berbakti kepada kedua ibu bapa. Bermula dari awal usia dengan perkara-perkara yang mampu mereka lakukan.

Usah biarkan anak leka dengan kesenangan dan kemudahan. Sudah menjadi fitrah ibu bapa menyayangi anak, menyediakan dan melakukan segalanya untuk mereka.

Namun anak-anak perlu dididik dan dilatih untuk berbakti kepada ibu bapa sejak kecil. Jika mereka merungut, nasihat dan tegurlah dengan baik. Ingatkan mereka ayat Quran berkaitan perintah Allah supaya anak berbakti kepada kedua ibu bapa.

Jika tidak dilatih dari kecil bimbang anak lupa berbakti kepada ibu bapa hingga dewasa atau hingga usia tua ibu bapa yang lemah dan perlukan bakti anak-anak.

Bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa, berbaktilah kepada keduanya. Amal bakti terhadap ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak. InsyaAllah.

Surah Al-Isra, Ayat 23:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Surah Al-Isra, Ayat 25:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan belas kasihan dan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil"

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Allahu  'Alam


🌹Rosnah Ahmad/Mak Long

#SentuhanBapaBelaianIbu

rentis.blogspot.com

t.me/RentisMakLong

Thursday, July 2, 2020

Bahagia

Mencari bahagia.
Jenuh mencari bahagia. 
Ke sana ke sini
Namun semakin lama semakin tidak ditemui
Letih...

Mengejar bahagia
Puas mengejar bahagia
Ke hulur ke hilir
Namun semakin dikejar semakin menjauh
Lenguh...

Mencipta bahagia
Ralik mencipta bahagia
Di status di skrin
Namun semakin hari semakin sukar memenuhinya
Lelah...

Mengapai bahagia
Sesiapa sahaja mampu mengapai bahagia
Bahagia itu dari dalam diri
Terbenam bagai permata di dasar hati
Terlindung keindahan cahaya
Cahaya atas cahaya...
Sumber kebahagiaan hakiki

Bahagia itu terletak pasa ketenangan hati
Hati yang bertuhan
Memiliki dan dimiliki
Tiada selain Dia
Itulah bahagia...
Bahagialah diri yang memilikinya.

🌹Mak Long

Tuesday, June 30, 2020

Silence

Listen to the silence
I learn to understand
I learn to appreciate
Not everything comes in words
Not everthing needs explanations

I listen to the silence
More and more
Nothing needs to be judged
Nothing needs to be assumed
Just be there
Be in the moment
Be present
Together in silence.

Leraikan dunia di hatiku

Di alam fana ini
Disimbah ujian
Dilimpah kenangan
Adakalanya meruntun rasa
Sakitnya mencengkam jiwa.

Tuhan...
Di mana Engkau dihatiku
Jika perjuangan ini buatMu
Seharusnya aku rasa manisnya

Tuhan...
Kau leraikan dunia di hatiku
Agar aku kecapi damai yang hakiki.


Monday, June 22, 2020

PLACE & TRAIN


🎯PLACE & TRAIN (Ambil Pekerja & Latih) bagi Industri PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TASKA)

REBUT SEGERA INSENTIF PROGRAM LATIHAN PERCUMA untuk BAKAL PEKERJA BARU anda mulai Julai – Disember 2020.

🎯Anda perlukan pekerja? Pengurus/penyelia/pendidik/pengasuhuntuk bekerja di TASKA anda.

🎯Apa manfaat yang majikan akan dapat.

✏Latihan PERCUMA (reskilling and upskilling) melalui dana PENJANA membantu majikan secara PERCUMA SEPENUHNYA (termasuk tempat tinggal dan makan minum). 

✏Kerajaan juga melalui HRDF & PERKESO akan menyalurkan insentif kewangan bagi setiap pekerja baru yang anda tawarkan pekerjaan antara RM500 sehingga RM1000 setiap bulan selama 6 bulan kepada pekerja tersebut melalui majikan. (kecuali institusi kerajaan) (tertakluk kepada syarat)*

✏Dilatih oleh trainer yang professional.

✏Modul latihan termasuk Kursus Asuhan Permata (KAP), Kepimpinan, Professionalisme, Imej diri, dan Bijak Wang.

Majikan yang layak memohon:

🌱Terbuka kepada pengusaha TASKA/ Institusi berkaitan yang berminat untuk mengambil pekerja Place & Train di seluruh negara.

🌱Majikan wajib mencarum PERKESO. Majikan yang tidak mencarum HRDF layak mohon. 

🌱Majikan bersedia memnawarkan jaminan kontrak kerja kepada bakal pekerja selama setahun.

✏CEPAT daftar sebelum 25 Jun 2020.

Hubungi 0139308873 (Rosnah Ahmad/Mak Long)




MOMEN BERSAMA SI KECIL: KONSEP BERMAKNA BENTUK SAHSIAH DIRI

Apalah agaknya Hamzah sedang buat sekarang. Rindu pada anak kecil yang bijak dan kelatah itu. Baru mencecah usia 3 tahun itu tapi sudah faham banyak makna kehidupan dan suka bertanya. Dua hari bersama Hamzah membuatkan hidup saya lebih ceria dan meriah.

Kelmarin ketika saya menghantar Hamzah dan nendanya ke Terminal Bas Kuantan, Hamzah yang memang suka menolong, menarik beg besar yang beroda. Kesian pula saya tengok. Yalah, beg yang ditarik hampir sama besar dengan tubuhnya.

"Hamzah, berat beg tu. Mari Wan tolong tarik".

Saya mencapai pemegang beg. Tiba-tiba Hamzah menunjukkan reaksi tidak puas hati.

Menyedari emosi yang ditunjukkan Hamzah, saya sedar bahawa niat saya untuk menolong tidak disukai Hamzah. Dia mahu buat sendiri.

Saya ubah cara.

"Mari kita tarik sama-sama", ujar saya sambil menarik beg bersama si kecil.

Hamzah membenarkan. Kami berjalan beriringan, bekerjasama menarik beg. 

"Tarik sama-sama beg jadi ringan kan Wan", kata Hamzah sambil mendongak memandang seakan meminta kepastian.

"MasyaAllah, bijak khalifah kecil itu," bisik hati saya.

"Ya Hamzah, yang berat jadi lebih ringan bila kita tarik sama-sama."

Hamzah tersenyum. Puas hati agaknya dengan penerangan saya. 

Saya melepaskan beg dan anak kecil itu berangkat pergi di pintu masuk balai menunggu. SOP tidak membenarkan saya menghantar hingga ke dalam. 

Lambaian Hamzah mengingatkan saya pada amanah yang besar. Amanah untuk terus istiqamah menyebarkan ilmu demi khalifah kecil generasi pewaris.
.
.
Konsep adalah asas yang penting dalam perkembangan awal matematik dan pemikiran logik. Ianya dibentuk melalui bermain dan interaksi sosial.

Dalam peristiwa tadi, Hamzah bukan sahaja sudah faham konsep berat dan ringan malah mengaitkan dengan kehidupan. Contoh, kerjasama menjadikan beg yang berat, ringan ditarik. 

Konsep yang bermakna juga membentuk sahsiah. InsyaAllah, Hamzah akan lebih empati bila melihat orang sedang membawa barang berat dan suka menolong.

Main sendiri atau "free play" baik untuk pembentukan konsep. 

Galakkan kanak-kanak kecil bermain sendiri dan berilah aktiviti yang bermakna. Bukan sekadar aktiviti yang "mengajar" konsep tetapi tidak bermakna. Contoh, minta anak bezakan yang mana ringan, yang mana berat. Aktiviti begini bukan sahaja tidak bermakna malah membosankan.

Aktiviti yang bermakna untuk pembentukan konsep adalah yang dikaitkan dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Contoh Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) "Mari mengemas meja makan"
http://rentis.blogspot.com/2014/11/mari-mengemas-meja-makan-rpa.html?m=1

Dikongsikan artikel saya berkaitan konsep.

✏"Matematik dan sains bermula dengan pembentukan konsep."
http://rentis.blogspot.com/2016/10/matematik-dan-sains-bermula-dengan.html?m=1

✏"Congkak dan Matematik"
http://rentis.blogspot.com/2007/05/tip-16congkak-dan-metamatik.html?m=1

✏"Bermain penting untuk pembentukan konsep"
http://rentis.blogspot.com/2019/08/bermain-penting-untuk-pembentukan-konsep.html?m=1

"Anak yang tidak dibenarkan bermain akan mati jiwanya"-Imam Al-Ghazali

Raikan fitrah. Santuni akhlak.

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
t.me/RentisMakLong
#SentuhanBapaBelaianIbu


Sunday, June 21, 2020

IBU BESARKAN ANAK TANPA AYAH ; IBU YANG PERKASA

Seronok tengok sana sini orang sambut Father's Day.

Aku tak pernah berpeluang sambut Father's Day dengan ayah sendiri. Terlalu awal dia pergi.

Membesar tanpa kasih sayang seorang ayah, sejujurnya, ada masa  rasa sedih pasti menerjah diri ini. Terutama bila tengok kawan-kawan ada ayah dalam hidup mereka.

Tapi, Alhamdulillah, aku menjadi manusia juga.

Ada ayah ke, tak ada ayah ke, bukan jaminan masa depan kita.

Sekarang, ramai sangat orang di sekeliling aku membesarkan anak-anak tanpa ayah. Samada bercerai hidup atau bercerai mati.

Bila rasa tertekan and sedih memikirkan nasib anak-anak yang membesar tanpa ayah, aku selalu ulang ayat yang sama.

"Aku, diri aku ni, ialah bukti, kau tak semestinya kena ada seorang ayah dalam hidup kau untuk berjaya menjadi manusia berguna. InsyaAllah, kau baik-baik saja tanpa ayah".

Apa pun masalah dan cabaran tetap ada. Hidup ni memang sentiasa menguji kita. Itulah hakikat. Ada bahagian masing-masing. Cumanya kau kena bertabah dan yakin.

Percayalah, aku menyaksikan sendiri bagaimana mak membesarkan kami adik beradik. Dia menyuntik inspirasi untuk aku menjadi orang yang berguna dalam hidup. Dia menyuntik semangat untuk aku keluar dari kepompong kesusahan. Dia seorang yang tabah. Dia seorang yang hebat. Dia ibu yang memperkasakan anak-anak.
.
.
Bagi kau yang sedang berjuang membesarkan anak-anak tanpa ayah, percayalah kau seorang yang mampu melaluinya. Kau wanita dan ibu yang terpilih. Perkasakan dirimu, supaya anak tak begitu terasa tak ada ayah. Kau sudah cukup untuk mereka. "You alone is enough for them."

"To all the single mothers out there, I would like to wish you all Happy Father's day."

"Congratulations for pulling out double duty. You've earned my respect."

"And to all real fathers in the world, Happy Father's Day".

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

al-Isra’:24

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Allahu 'Alam.

RynnMustafa
#PesanUntukAnak

Friday, June 19, 2020

RPA TASKA- LAGU DAN PERGERAKAN "OPEN SHUT THEM"

✏Bidang: Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal (BKLA)
 
✏Umur Kanak-kanak: 3 tahun

✏Bilangan Kanak-Kanak : 4 orang 

✏Tema: Anggota badan 

✏Tajuk: "Open Shut Them"

✏Pengetahuan Sedia Ada/ Kebolehan: Kanak-kanak sudah boleh mengambil bahagian dalam perbualan dengan aktif dan mengikut nyanyian mudah.

✏Objektif: 

1. Membolehkan kanak-kanak menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan mengikut lagu{BKLA} 
2. Membolehkan kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut nyanyian {Fizikal} (* Objektif gabungjalin)
3. Menggalakkan kanak-kanak gembira menyanyi dan mengikut pergerakan {SSEK} (*Objektif gabungjalin) 

✏Bahan: Tikar 

✏Ruang: Di bawah pokok di taman TASKA 

✏Langkah: (Nota: Pedagogi yang digunakan adalah bermain-permainan bahasa) 

1. Ucapkan salam kepada kanak-kanak. Ajak kanak-kanak ke bawah pokok di luar TASKA.
2. Mengajak kanak-kanak bekerjasama membentang tikar dan duduk di sekeliling pendidik.
3. Memastikan kanak-kanak selesa dan selamat dengan persekitaran ruang aktiviti.
4. Galakkan kanak-kanak menyebut perkataan (open, shut, clap, roll) dengan mengikut lagu.
5. Galakkan kanak-kanak melakukan pergerakan tangan dengan mengikut pendidik. 
6. Mengajak kanak-kanak menyanyi lagu dengan gembira dan mengikut pergerakan dalam nyanyian seperti berikut:

Open shut them 2x (*aksi mebuka dan menutup 2 tangan) 
Give a little clap clap clap (*aksi tepuk tangan) 
Roll them, roll them 2x (*aksi memusingkan 2 tangan seperti memulas) 
Roll them just like this (*aksi memusingkan 2 tangan dengan lebih laju) 
Wave them, wave them 2x (*aksi melambai 2 tangan) 
Blow a little kiss (*aksi flying kiss dan kemudian menangkap flying kiss rakan dan letakkan di dada tanda 
kasih) 
7. Pastikan lagu dan pergerakan tidak terlalu laju supaya kanak-kanak boleh mengikutnya. 
8. Mengulangi nyanyian supaya kanak-kanak dapat mengikut rangkap lagu 1-2.
9. Perlahankan tempo nyanyian atau pendekkan lagu jika kanak-kanak tidak boleh mengikut dengan baik, 
10. Memberi galakkan dan pujian pada kanak-kanak atas usaha mereka dalam proses menyebut, menyanyi dan 
melakukan pergerakan. 
11. Jika kanak-kanak boleh menyebut perkataan open, shut dan clap dalam rangkap 1 dan 2, galakkan kanak-kanak menyebut wave, blow, little kiss dalam rangkap lagu yang seterusnya. Ulang langkah 7-11. 
12. Galakkan kanak-kanak menyebut perkataan dalam nyanyian dan melakukan pergerakan dari mula hingga akhir. 
13. Ulang dan raikan mengikut minat dan tumpuan kanak-kanak. 
14. Berikan penghargaan atas usaha dan kerjasama kanak-kanak. 
15. Bawa kanak-kanak masuk ke dalam TASKA. 

✏Perhatian

Keselamatan 
1.Pastikan taman bebas dari serangga dan bahan berbahaya. 

Kebersihan
1. Pastikan kanak-kanak mengenakan kasut/selipar sebelum keluar ke taman. 
2. Pastikan kanak-kanak membasuh tangan dengan betul selepas aktiviti. 

Kesihatan.
1. Pastikan kanak-kanak selesa dan tidak terdedah pada cuaca yang panas terlalu lama.

🌾Rosnah Ahmad
t.me/RentisMakLong
#SentuhanBapaBelaianIbu