Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, November 9, 2018

TIPS BACAAN AL-QURAN

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni.
‎هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..

‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .
1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد
Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat,

‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس
3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .
Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.

‎٤- للقرآن هيبة ووقار
4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

‎ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس
Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

‎فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

‎٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة.
5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

‎وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !
Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).

‎٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد
6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

‎وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،
Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

‎وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

‎٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فور حديثه.
7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

‎بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

‎٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة
8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

‎أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً
adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.

‎٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

‎١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به
10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.

‎وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة
Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.

‎لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

‎١١-مهمة:
‎شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
11. (PENTING!!)
Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.

‎فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

‎وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

‎١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد
12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

‎قف .. عند بعضها
Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.

‎وارفع يديك واسأل الله من فضله
Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.

‎فلها أثر على القلب كبير .
Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

‎١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها
13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

‎فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .
Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan.
Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

‎وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .
Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

‎١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .
14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

‎-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .
Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

‎١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ،
15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

‎تقبل الله منا ومنك .
Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

*Terjemahan oleh: BroSyarief.

Tuesday, November 6, 2018

Kata-kata Yang Baik Menurut Al-Quran

Terima kasih Shamsida Binti Mohd Nor atas perkongsian yg sgt bermanfaat ini.. semoga kita sentiasa menyantuni keluarga dan masyarakat dgn kata2 yang baik.

Kata-kata yang keluar dari percakapan seorang manusia dapat dikategorikan dalam beberapa bentuk, ini digambarkan dalam AlQuran:

1-Qaulan Kareema= perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًا إِمَّا
يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Your Lord has commanded that you worship none but Him, and that you be good to your parents. If either of them or both of them reach old age with you, do not say to them a word of disrespect, nor scold them, but say to them kind words.

[Quran 17:23]

2-Qaulan Maisuro= kata-kata yang menyenangkan hati.

وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمُ ٱبْتِغَآءَ رَحْمَةٍ مِّن رَّبِّكَ تَرْجُوهَا فَقُل لَّهُمْ قَوْلًا مَّيْسُورًا

Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.

But if you turn away from them, seeking mercy from your Lord which you hope for, then say to them words of comfort.

[Quran 17:28]

3- Qaulan Sadida= mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran)

وَلْيَخْشَ ٱلَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا۟ مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَٰفًا خَافُوا۟ عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْيَقُولُوا۟ قَوْلًا سَدِيدًا

Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

Those who are concerned about the fate of their weak children, in case they leave them behind, should fear Allah, and speak appropriate words.

[Quran 4:9]

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَقُولُوا۟ قَوْلًا سَدِيدًا

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),

O you who believe! Be conscious of Allah, and speak in a straightforward manner.

[Quran 33:70]

4-Qaulan Maarufa=kata-kata (secara sindiran) yang sopan

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِۦ مِنْ خِطْبَةِ ٱلنِّسَآءِ أَوْ أَكْنَنتُمْ فِىٓ أَنفُسِكُمْ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَٰكِن لَّا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّآ أَن تَقُولُوا۟ قَوْلًا مَّعْرُوفًا وَلَا تَعْزِمُوا۟ عُقْدَةَ ٱلنِّكَاحِ حَتَّىٰ يَبْلُغَ ٱلْكِتَٰبُ أَجَلَهُۥ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ فَٱحْذَرُوهُ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

You commit no error by announcing your engagement to women, or by keeping it to yourselves. Allah knows that you will be thinking about them. But do not meet them secretly, unless you have something proper to say. And do not confirm the marriage tie until the writing is fulfilled. And know that Allah knows what is in your souls, so beware of Him. And know that Allah is Forgiving and Forbearing.

[Quran 2:235]

5- Qaulan Maarufa=kata-kata (secara sindiran) yang sopan

وَلَا تُؤْتُوا۟ ٱلسُّفَهَآءَ أَمْوَٰلَكُمُ ٱلَّتِى جَعَلَ ٱللَّهُ لَكُمْ قِيَٰمًا وَٱرْزُقُوهُمْ فِيهَا وَٱكْسُوهُمْ وَقُولُوا۟ لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوفًا

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Do not give the immature your money which Allah has assigned to you for support. But provide for them from it, and clothe them, and speak to them with kind words.

[Quran 4:5]

Friday, September 11, 2015

Mengumpat ( GHIBAH )

Terima kasih atas peringatan ini...

5 Zulkaedah 1436H
20 Ogos 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم

Mengumpat (Ghibah)

Secara sederhana,  ghibah adalah perbuatan mengatakan aib dan keburukan orang lain di belakangnya.

Pengertian ghibah ini secara jelas disebutkan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Ghibah adalah engkau mengatakan saudaramu dengan apa yang ia tidak suka (untuk dikatakan).” Lalu ada sahabat bertanya, “Bagaimana jika saudaraku itu memang seperti apa yang aku katakan, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika saudaramu memang seperti apa yang engkau katakan, sungguh engkau telah mengumpatnya. Dan jika saudaramu itu tidak seperti apa yang engkau katakan, sungguh engkau telah memfitnahnya.” 
(Hadith Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

Mahasuci Allah yang senantiasa menyembunyikan aib dan keburukan kita. Tanpa kasih sayangNya, kita hanyalah selongok daging hina, yang penuh dengan cela dan kekurangan. Kerana itu, sungguh tidak patut apabila kita sebagai manusia yang jauh dari kesempurnaan malah senang membuka aib dan mengatakan keburukan orang lain.

Imam Al-Ghazali menyebutkan beberapa faktor yang mendorong seseorang berbuat ghibah.

Pertama, melepaskan kemarahan. Jika sedang marah, seseorang akan dengan mudah menyebutkan keburukan. Kata-katanya seakan-akan tidak terkawal untuk mengatakan aib dan terlalu marah dengan kata-katanya yang penuh celaan dan makian.

Kedua, menyesuaikan diri dengan kawan-kawan, dengan berborak dan menyokong percakapan mereka, walaupun perbualannya itu sedang mengatakankan aib seseorang.

Ketiga, ingin lebih dahulu menceritakan hal buruk seseorang yang ditakuti akan mengatakan hal yang buruk mengenai dirinya pada orang yang disegani.

Keempat, ingin melepaskan diri dan tidak bertanggungjawab dari perbuatan buruk yang dikaitkan kepada dirinya.

Kelima, ingin membanggakan diri, mengangkat dirinya sendiri dan menjatuhkan orang lain.

Keenam, hasad dengki. Boleh jadi ia mendengki orang yang disanjung, dicintai dan dihormati ramai orang, kemudian ia berharap sanjungan itu lenyap dari orang tersebut, tetapi tidak menemukan caranya kecuali dengan memalukan orang tersebut di hadapan ramai orang.

Ketujuh, mengisi waktu lapang dengan gurau senda atau gurauan belaka, lalu mengatakan aib orang lain agar orang-orang mentertawakannya.

Kelapan, meremehkan dan merendahkan orang lain untuk menghinanya. Penyebabnya adalah kesombongan yang membuat seseorang memandang orang lain lebih rendah kedudukannya.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Celakalah bagi orang yang mengatakan sesuatu agar ditertawakan oleh orang-orang kemudian dia berbohong. Celakalah baginya, celakalah baginya”.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Suatu ketika Jabir ibn Abdullah RA dan para sahabat lainnya pergi bersama Rasulullah SAW, lalu tercium bau bangkai yang busuk. Rasulullah SAW pun bertanya kepada para sahabat:
"Apakah kalian tahu bau apa ini? Ketahuilah, bau busuk ini berasal dari orang-orang yang berbuat ghibah (mengumpat)".
(Hadith Riwayat Ahmad)

Kerana perbuatan ghibah ini berkait rapat dengan lisan yang mudah bergerak dan berbicara, kita hendaknya selalu memperhatikan apa yang akan kita ucapkan. Jangan sampai tanpa disedari kita terjatuh dalam perbuatan ghibah. Dan bila kita boleh menjaga lisan ini dari menyakiti orang lain dengan tidak menggumpatnya atau membuka aib, InShaAllah kita akan menjadi Muslim sejati.

Justeru, jagalah lidahmu dan jangan melakukan ghibah.

Saturday, August 29, 2015

Hiasi diri dengan akhlak lemah lembut dan santun

Assalamualaikum...

Tazkirah buat diri ini...

Hias diri dengan akhlak lemah lembut dan santun.

Kita wajib memiliki akhlak yang lemah lembut dan santun dalam menyampaikan nasihat.

Allah SWT memerintahkan Nabi Musa AS dan Harun AS saat berdakwah kepada Firaun.

''Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan dia sadar atau takut.'' (QS Thaha:44)

Mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat...

Wallahu'alam...

Friday, August 28, 2015

Surah Abasa-awas jangan mengabaikan

Peringatan untuk diri...jangan sesekali mengabaikan walau siapa pun yg dtg kepada kita...spt kisah nabi didatangi seorang buta...

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ (١) أَن جَآءَهُ ٱلۡأَعۡمَىٰ (٢) وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّهُ ۥ يَزَّكَّىٰٓ (٣) أَوۡ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكۡرَىٰٓ (٤) أَمَّا مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ (٥) فَأَنتَ لَهُ ۥ تَصَدَّىٰ (٦) وَمَا عَلَيۡكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ (٧) وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسۡعَىٰ (٨) وَهُوَ يَخۡشَىٰ (٩) فَأَنتَ عَنۡهُ تَلَهَّىٰ (١٠) كَلَّآ إِنَّہَا تَذۡكِرَةٌ۬ (١١) فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُ ۥ (١٢) فِى صُحُفٍ۬ مُّكَرَّمَةٍ۬ (١٣) مَّرۡفُوعَةٍ۬ مُّطَهَّرَةِۭ (١٤) بِأَيۡدِى سَفَرَةٍ۬ (١٥) كِرَامِۭ بَرَرَةٍ۬ (١٦) قُتِلَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُ ۥ (١٧) مِنۡ أَىِّ شَىۡءٍ خَلَقَهُ ۥ (١٨) مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُ ۥ فَقَدَّرَهُ ۥ (١٩) ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُ ۥ (٢٠) ثُمَّ أَمَاتَهُ ۥ فَأَقۡبَرَهُ ۥ (٢١) ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُ ۥ (٢٢) كَلَّا لَمَّا يَقۡضِ مَآ أَمَرَهُ ۥ (٢٣)

TERJEMAHAN

1.  Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,

2.  Karena Telah datang seorang buta kepadanya

3.  Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),

4.  Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?

5.  Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup

6.  Maka kamu melayaninya.

7.  Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).

8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),

9.  Sedang ia takut kepada (Allah),

10.  Maka kamu mengabaikannya.

11.  Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

12.  Maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya,

13.  Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan

14.  Yang ditinggikan lagi disucikan,

15.  Di tangan para penulis (malaikat),

16.  Yang mulia lagi berbakti.

17.  Binasalah manusia; alangkah amat sangat kekafirannya?

18.  Dari apakah Allah menciptakannya?

19.  Dari setetes mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya

20.  Kemudian dia memudahkan jalannya

21.  Kemudian dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur,

22.  Kemudian bila dia menghendaki, dia membangkitkannya kembali.

23.  Sekali-kali jangan; manusia itu belum melaksanakan apa yang diperintahkan Allah kepadanya,

Bersabarlah dalam memberi peringatan

Tazkirah buat diri...Bersabarlah dalam memberi peringatan...

Al-Mudatsir 1-7,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

يا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيابَكَ فَطَهِّرْ (4)وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5)

وَلا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ (6) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (7)

1). Hai orang yang berselimut,
2). Bangunlah, lalu berilah peringatan!
3). Dan Tuhanmu agungkanlah!
4. Dan pakaianmu bersihkanlah,
5). Dan perbuatan dosa tinggalkanlah,
6). Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.
7). Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah .(QS.Al-Mudatsir-1-7)

Sunday, February 22, 2015

Kebebasan Yang Mutlak

Dari buku Reclaim Your Heart

Surah Al-Hajj, Verse 73:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ لَن يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ وَإِن يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئًا لَّا يَسْتَنقِذُوهُ مِنْهُ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ

Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.
(Indonesian)

Ayat ni dlm mksudnya

Jika kita kejar apa yg selain Allah kita jd lemah

Walau kita capai apa yg dihajati..ia masih tidak mencukupi

Dan terus mengejar yg lain...kita tidak akan sampai kepuasan yg sebenar.

Apa pun kita boleh bebaskan diri dari penghambaan pada dunia.

Surah Al-Baqara, Verse 256:
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Indonesian)

via iQuran

Apabila kita berpegang pada yg Maha Kuat...kita akan kuat..dn dgn kekuatan itu akan hadir kebebasan yg mutlak.

Wallahualam

Monday, December 15, 2014

Kisah Buya Hamka dan Soekarno

Perkongsian dari Watsap group...

Pada 1964, ulama besar nusantara, Buya Hamka pernah ditahan secara zalim oleh Presiden Indonesia Soekarno,dengan tuduhan kononnya terlibat dalam rencana pembunuhan beliau. Hamka ditahan tanpa bicara, bahkan buku-bukunya dilarang untuk diedarkan.

Setelah Buya Hamka dibebaskan, taqdir Allah, akhirnya Soekarno digulingkan, dikenakan tahanan rumah, kehidupannya mulai terasing, lalu dalam keadaan uzur beliau meninggalkan pesan buat orang yang pernah dizaliminya, Buya Hamka. Ia berbunyi, “Bila aku mati kelak, minta kesudian Hamka untuk menjadi imam solat jenazahku..”

Apabila pesan itu disampaikan, Buya Hamka terkejut, tanpa fikir panjang, beliau melawat ke Wisma Yaso, tempat jenazah Bung Karno disemayamkan. Sesuai dgn wasiat Soekarno, Buya Hamka pun memimpin solat jenazah tokoh yang pernah menghumbankannya ke penjara itu. Dengan ikhlas beliau menunaikan wasiat itu, mereka yang hadir pun terharu.

Lalu, apakah Buya Hamka tidak menaruh dendam pada Soekarno? Dengan tulus ikhlas beliau mengatakan, “Aku tidak pernah dendam kepada orang yang pernah menyakitiku. Dendam itu termasuk dosa. Selama dua tahun empat bulan aku ditahan, aku merasakan itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga daripada Allah kepadaku, sehingga aku mampu menyelesaikan kitab tafsir Al-Qur’an 30 juz. Jika bukan dalam tahanan, tidak mungkin aku punya waktu untuk menyelesaikan pekerjaan itu…”

Kesimpulannya: Maafkanlah sesiapa pun yang memusuhimu, jangan sesekali menyimpan dendam, ketahuilah bahawa pasti ada hikmah di sebalik segala-galanya...