Showing posts with label Menu sihat. Show all posts
Showing posts with label Menu sihat. Show all posts

Friday, December 28, 2018

Salad Campur Fremented Vegie (Purple Cabbage)

MENU SIHAT MAK LONG
Salad Campur Fremented Vegie (Purple Cabbage)
Bahan-Bahan:
1. Spinach (Bayam organik yg jenis daun kecil). Boleh je nak ganti atau tambah sayur lain seperti timun atau tomato atau ulam-ulam.
2. Bawang besar-1 biji
3. Cili-5 tangkai
4. Fremented cabbage (ni Mak Long buat sendiri dengan kobis ungu dan bawang besar)
5. Minyak zaiton
Cara:
Potong kecil-kecil semua bahan dan gaul rata. Sedia dihidang.
Tak perlu tambah asam atau garam sebab kobis peram tu dah masam dan masin.
Boleh dimakan dengan nasi atau roti atau dibuat sandwich atau flatbread.
*Boleh rujuk
https://youtu.be/97GGCaHq6Zo
untuk khasiat dan cara buat fremented vegies. Kita sesuaikanlah dengan agama, budaya dan apa yang ada dalam persekitaran kita.
Selamat mencuba
Wallahu'alam.
Rosnah Ahmad/MakLong
#EmpoweringYou!
#MakanYangHalalDanBaik.

Saturday, December 5, 2015

Resepi Donat Pelbagai

Dikongsikan resepi dari apuan Zuriada semasa Karnival Keluarga Rahmah di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan Pahang.

Boleh dibakar, kukus dan di pelbagaikan jadi donut, pizza, pau goreng dan roti.

Selamat mencuba

Friday, November 13, 2015

Sambal Ikan Terengganu

Saya kongsikan resepi sambal ikan ala Terengganu.

Bahan:

1 kg ikan selayang
I biji kelapa parut
6 ulas bawang merah
I inci halia
3 batang serai
Garam secukup rasa
I sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus

Cara:

1.Rebus ikan. Ambil isi dan tumbuk
2.Mayang bawang merah atau tumbuk
3. Hiris serai dan tumbuk
4. Ketuk halia
5. Campur semua bahan, lada hitam dan garam secukup rasa. Boleh tambah gula jika suka. Goreng dengan api perlahan hingga kering.

Sedap dimakan dengan nasi dan ulam atau nasi kerabu. Juga dengan nasi impit.

Selamat mencuba.

Saturday, December 6, 2014

Jemput Bilis Oat

Bahan:

Emping oat yang saya blend sendiri
Tepung mil penuh
Bawang merah yang dimayang
Ikan bilis
Lada sulah
Daun bawang
Daun sup..

Oat dan tepung sama banyak...

Campurkan semua bahan. Campur air sejuk  sedikit demi sedikit sehingga bahan bersatu.

Goreng dengan minyak sayur dengan kuali non stick supaya tidak perlu pakai banyak minyak.

Saya tidak masukkan garam kerana ikan bilis sudah ada rasa masin.

Sekian. Selamat mencuba.

Wallahua'lam.

Saturday, November 29, 2014

Tip Menu Sihat-Kangkung Goreng

Tip menu sihat dan jimat masa di dapur.

Apabila mengoreng kangkung saya suka masukkan rencah bilis. 

Tumis bawang putih, bawang merah yang dimayang halus dan bilis yg ditumbuk sedikit dengan minyak sedikit sahaja (minyak sayur). 

Masukkan kangkung. Sudah masak masukkan minyak zaitun dalam 2 atau 3 sudu besar...

Saya tidak letak garam sebab bilis biasa sudah ada rasa masin.

Cara yg sama saya masak kangkung belacan..cuma tambah belacan dan lada jarum yg ditumbuk.

Selamat mencuba...

Wallahua'lam...


Tip Menu Sihat- Kurma Ayam

Saya jarang menggunakan santan apabila memasak

Tipnya..guna susu segar atau susu kambing yang diisi setelah masak..akhir sekali

Atau kisar tomato untuk pekatkan kuah untuk kari biasanya.

Untuk kurma saya lenyek kentang yang dah empuk sedikit untuk pekatkan kuah.

Saya juga tuangkan sedikit  minyak zaitun di akhir...

Selamat mencuba