Showing posts with label Mengenal Diri. Show all posts
Showing posts with label Mengenal Diri. Show all posts

Friday, May 8, 2020

BERHENTI MENJADI MANGSA, IZINKAN DIRIMU MENJADI BERLIAN.

Kehidupan adalah ujian dan banyak cabaran yang perlu dilalui. Ramai antara kita pernah menjadi mangsa kepada penderaan fizikal dan emosi sejak kecil.

Tanpa sedar ramai yang terus membiarkan diri menjadi mangsa hingga berfikiran dan berperasaan sebagai mangsa.

Orang begini banyak menyalahkan keadaan dan orang lain. Selalu sahaja berfikiran negatif dan bersangka buruk. Merasa diri tidak disayangi dan dihargai. Ada yang sampai trauma dan kemurungan.

Kesan mentaliti mangsa ini membawa mudharat bukan sahaja kepada diri malah kepada keluarga. Contoh, seorang ibu akan marah-marah, memukul atau menjerit pada anak tanpa sedar. Dia juga akan selalu menyalahkan dan konflik yang berpanjangan dengan pasangan.

Berhentilah menjadi mangsa! Kita adalah sebaik-baik kejadian ciptaan Yang Maha Esa. Ianya amanah untuk kita menjaga hak dan kebajikan diri. Usah menzalimi diri sendiri. Usah terlalu bersedih. Usah berputusasa. Rahmat dan pertolongan Allah itu dekat. 

Bagaimana seseorang melihat dan merasai ujian dan masalah menjadikan dirinya mangsa yang "sakit" atau berjaya menjadi lebih baik. Umpama berlian yang terjadi akibat tekanan demi tekanan.

Izinkan diri untuk menjadi berlian. Setiap ujian dan masalah adalah persediaan bagi kita untuk lebih bersinar. Tukar corak pemikiran dan perasaan daripada mangsa kepada juara. Contoh, sorang ibu yang tertekan dengan karenah anak-anak merasakan ianya bukan masalah tetapi peluang untuk meraih pahala dengan menimba ilmu yang berkaitan dan berubah ke arah yang lebih baik. Proses tranformasi diri yang memerlukan ibu ini mengenal, menerima kekurangan diri dan bermujahadah mencari ilmu serta membudayakan cara dan gaya hidup yang lebih baik.

Syukuri, maafkan dan sayangi diri. Setiap dari kita tidak sempurna tetapi kita mampu untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, insyaAllah.
.

“Keduanya berkata, ‘Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang merugi.” (Al-A’raf: 7: 23)
.

"Jadilah orang bahagia dan membahagiakan. Usah biarkan dirimu terperangkap dalam emosi yang mengganas. Usah rugikan diri sendiri kerana dirimu berharga".

Allahu 'Alam.

🌾Mak Long
#EmpoweringYou!
Jumaat, 15 Ramadhan 1441H

Saturday, March 2, 2019

SANTUNI FITRAH! SUMBER HIKMAH DIRI

MASALAH dan CABARAN membuka ruang untuk seseorang memahami dan menerima kenyataan tentang dirinya.
Cabaran dari segi mental, emosi dan fizikal menunjukkan ada sesuatu atau BLOK yang tidak selari dengan FITRAH diri. Ia boleh menyebabkan tekanan dan penyakit jika tidak ditanggani dengan baik.

Sesungguhnya kami jadikan manusia dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (rohani dan jasmaninya )- Al-Quran: Surah Al-Balad Ayat 4

BLOK juga menunjukkan ada kisah lampau dan gangguan yang menghantui atau " unfinished business" yang menghuni dalam minda bawah sedar.

Blok berhubung rapat dengan karaktor dan sering menggunakan tenaga untuk MENGELAK, MELUPAKAN atau MEMINDAHKAN blok-blok ini kepada bentuk yang lain. Contohnya kita memberi pelbagai alasan untuk mengelak dari melakukan sesuatu kerana takut untuk melalui perubahan.

Blok perlu dilepaskan dan disembuhkan sekiranya seseorang mahu menghilangkan tekanan atau kesakitan. Ia adalah satu proses mengenal diri dengan mendapatkan kesedaran yang lebih tinggi (higher consciousness), menerima kebenaran tentang sesuatu blok dan berusaha melakukan perubahan diri.

Blok mempunyai banyak HIKMAH. Ada cahaya di sebalik penyebab kepada blok kerana cahaya inilah yang melepaskan kita dari kesakitan dan kesengsaraan.

Sebagai contoh, mekanisme membela diri atau mengelak menyembunyikan dari kita bagaimana perasaan kita yang sebenarnya. Mekanisma ini menghalang kita dari mengetahui siapa diri kita dengan membina perisai yang tebal untuk mempertahankan diri kita dari kesakitan dan ketakutan. Ianya juga membina EGO palsu untuk menyelamatkan diri.

EGO menjadi penghalang kepada pencarian permata yang akan membuat jiwa kita mahu menemui punca masalah dan menerima kekurangan diri. Permata itu akan sentiasa menjadi tenaga penyembuh dan agen pengislahan diri dari dalam diri kita.

Sumber kebijaksanaan dan hikmah itu ada dalam diri kita yang fitrah. Ianya perlu digali dan disantuni bagi menuju kecemerlangan dan ketenangan.
Wallahu'alam.

Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringYou!

Sunday, May 8, 2016

Amal

Assalamualaikum..salam penuh kesyukuran🌳🌴🌺

Apabila diri diuji
Usah berputus asa dengan rahmat Allah yang maha luas
Berdampinglah dengan kasihNya yang dekat
Bertaubatlah
Sucikan jiwamu
Jiwa yang bercahaya
Kembali damai
Mampu mencari jalan keluar
Masalah seringkali membawa insan kembali padaNya
Muhasabah diri
Sedar hakikat diri...
Hakikat dunia...
Hakikat hidup...
Segalanya milikNya
Dijadikan hidup dan mati
Untuk menguji
Amal....

Wallahua'lam.

Rosnah Ahmad
#mengenaldiri