Mak Long sedang menyemak RPA Awal Matematik dan Pemikiran Logik (AMPL) dan didapati ada 6 RPA yang berulang-ulang dan sama sahaja setiap ayat dan langkah. Hmmm...
1. Tajuk: Tenggelamnya badanku
2. Tajuk: Melihat wajah di cermin
3. Tajuk: Meneroka mainan
4. Tajuk: Mengelaskan batang ais krim
5. Tajuk: Melihat diri dalam cermin
6. Tajuk: Menyusun blok
Hari ini Mak Long dah mula 😈, google dan jumpa dari mana RPA ini di copy and paste. Adoilah peserta Kursus Asuhan Permata (KAP) Online....
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) diberi tugasan oleh Jurulatih kepada peserta KAP supaya mereka melalui PROSES BERFIKIR dalam merancang serta memahami KONSEP dan PROSES menulis RPA.
Jurulatih akan semak dan betulkan untuk memantapkan lagi kefahaman peserta.
Jadi kalau copy paste, macamana peserta nak membina dan menilai kefahaman berkaitan topik perkembangan yang dipelajari.
Maka jika begitu amalannya, adakah peserta yang mengikuti KAP dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran serta professionalisme sebagai pengasuh/pendidik TASKA????
Renung-renungkanlah.
"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"-Pepatah Melayu
Allahu 'Alam.
🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringECCE
#KAPOnline
No comments:
Post a Comment