Penerokaan kehidupan yang perlu dirintis dan dikongsi bagi memudahkan perjalanan semua dalam dunia yang sementara ini. Moga usaha kerdil ini memberi manfaat serta dirahmati dan diberkatiNYA.
Tuesday, October 20, 2020
TIPS AMALI KAP/ AKTIVITI DI TASKA
RPA KAP DAN BUDAYA COPY&PASTE

Thursday, October 15, 2020
TIPS AMALI KAP-AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK
Monday, October 28, 2019
PENDEKATAN INTEGRATIF LEBIH FITRAH UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH
"Tadika ini ada berapa subjek dan buku kerja apa yang digunakan?"
Itulah antara soalan lazim dari ibu bapa apabila mencari tadika untuk anak.
Kurikulum di prasekolah atau tadika bukanlah dijalankan mengikut subjek yang terpisah-pisah dengan buku-buku kerja bercetak yang menentukan objektif atau hasil.
Pendekatan integratif adalah lebih sesuai dengan fitrah kanak-kanak prasekolah.
📌Apa itu pendekatan integratif?
Prof Madya Dr Mastura Badzis dalam kertas kerjanya bertajuk "Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif" menghuraikan integratif bermaksud ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak di peringkat awal usianya perlulah suatu yang komprehensif dan bersepadu bukannya terpecah-pecah mengikut subjek kerana ini akan menjadikan kanak-kanak menjadi keliru dan seolah-olah ada ‘batasan’ dalam mendalami sesuatu ilmu atau pengetahuan yang didedahkan kepada mereka. Jika sesuatu pengalaman pembelajaran yang didedahkan kepada kanak-kanak adalah berasaskan ‘subjek’ maka sudah pastinya perasaan dan naluri ingin tahu mereka terbatas dengan pemfokusan kapada subjek dan mereka akan menjadi ‘rigid’ sebaliknya jika pendedahan pengalaman pembelajaran adalah berasaskan kepada penggarapan aspek perkembangan dan bersesuaian dengan tahap dan kebolehan kanak-kanak, nescaya kanak-kanak akan lebih kreatif, memiliki daya kemahiran berfikir yang tinggi serta memperolehi kemahiran meyelesaikan masalah yang dapat membentuk semangat jati diri dan keyakinan yang tinggi.
📌Jadi bagaimanakah pendekatan integratif dijalankan?
Ianya bermula dengan guru membuat rancangan pelajaran yang bertujuan mewujudkan persekitaran pengajaran yang merangsang kanak-kanak menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara komponen atau tunjang perkembangan yang berbeza-besa, menghargai unsur kepelbagaian, dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat yang sama.
Contoh: Rancangan pelajaran harian kanak-kanak 5 tahun yang merangkumi kompenon fizikal(motor halus), bahasa, kreativiti & estetika dan sosioemosi.
1. Galakkan kanak-kanak menghasilkan model ahli keluarga bertemakan "Keluarga Saya" menggunakan doh pelbagai warna.
2. Galakkan kanak-kanak melukis dengan meniru model ahli keluarga yang dihasilkan pada sehelai kertas kosong dan mewarnanya. Kanak-kanak menamakan ahli keluarga dan menulis "ibu, ayah, abang, kakak atau adik" dengan bimbingan guru.
3. Galakkan kanak-kanak bercerita mengenai "keluarga saya" berpandukan lukisan mereka dengan yakin kepada kawan-kawan.
Dalam contoh ini guru menggunakan pendekatan integratif yang mengabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik supaya kanak-kanak mudah memahami, memaknai dan menguasai sesuatu perkara.
📌Peranan Guru Sebagai Pemudahcara
Pendekatan integratif memberi tumpuan kepada strategi yang BERPUSATKAN kanak-kanak dan PEMBELAJARAN AKTIF dengan guru berperanan sebagai PEMUDAHCARA atau fasilitator.
Guru membimbing kanak-kanak dalam PROSES pembelajaran berbanding kaedah mengajar berpandukan "work sheet" yang dibuat oleh guru atau menggunakan lembaran buku kerja bercetak yang memfokuskan kepada HASIL yang tidak mengambilkira kepelbagaian dan kreativiti kanak-kanak.
Guru sepatutnya mengembangkan potensi kanak-kanak berasaskan apa yang ia tahu kerana ini menjadikan mereka lebih berminat untuk mendalami sesuatu perkara.
“Berbicaralah dengan manusia mengikut kadar kemampuan akalnya” Begitulah pesanan rasul s.a.w. kepada umatnya.
Rujukan:
http://www.mindamadani.my/topik/umum/item/185-pendidikan-anak-anak-di-peringkat-awal-umur-berasaskan-binaan-kurikulum-yang-integratif.html
Wallahu 'Alam.
🌾Mak Long
#IbuBapaTenangAnakCemerlang
rentis.blogspot.com
t.me/RentisMakLong
Friday, September 27, 2019
KESILAPAN DALAM MERANCANG RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) DI TASKA-CARI AKTIVITI SEBELUM KENALPASTI KEBOLEHAN KANAK-KANAK
Langkah pertama dalam merancang RPA adalah mengenalpasti umur dan kebolehan kanak-kanak bagi bidang perkembangan yang dirancang. Kemudian tentukan objektif yang sesuai bagi meningkatkan kebolehan sedia ada kanak-kanak (Rujuk tahap perkembangan atau milestone mengikut umur). Selepas itu barulah tentukan aktiviti yang sesuai untuk mencapai objektif. Aktiviti ada banyak dan boleh dipilih bergantung kepada minat kanak-kanak dan kreativiti pendidik.
Contoh bagi perkembangan fizikal (motor halus). Umur kanak-kanak 2 tahun. Pertama kenalpasti dahulu kebolehan sedia ada kanak-kanak yang dijaga contoh kanak-kanak sudah boleh mencarik. Objektif yang meningkatkan kebolehan dipilih adalah mengupas. Jadi aktiviti boleh jadi mengupas kulit limau, mengupas telur atau mengupas kulit bawang merah.
Mencari aktiviti dahulu kemudian baru mencari kebolehan atau terus sahaja mencari objektif adalah langkah yang salah. Ia seperti memaksa kanak-kanak melakukan sesuatu yang tidak mampu dicapai atau melakukan sesuatu yang sudah dikuasai sahaja. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dirangsang mengikut tahap umur dan kebolehan bagi mencapai progres perkembangan mengikut tahap atau "milestones" setiap perkembangan.
Ianya juga menjadikan aktiviti itu tidak mampu dicapai atau terlalu mudah yang menyebabkan kanak-kanak tidak berminat atau bosan. Yang lebih teruk ianya boleh memudharatkan kanak-kanak. Contoh kanak-kanak 1 tahun setengah tahun yang belum ada kemahiran memulas dan memutar disuruh melakukan aktiviti yang memerlukan kemahiran memulas dan memutar seperti memerah, membuka penutup botol susu atau melukis mengikut garis bengkang bengkok.
Seterusnya rancang bahan dan langkah yang sesuai bagi mencapai objektif. Bahan yang baik adalah yang maujud atau konkrit dan langkah pelaksanaan mestilah menggunakan strategi yang sesuai dengan pedagogi seperti bermain, meneroka dan mengeksperimen.
"Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal"
Allahu 'Alam.
🌾Mak Long
#SetiapAnakPermataNegara
rentis.blogspot.com
Ikuti catatan Mak Long di Channel Telegram klik t.me/RentisMakLong
Thursday, February 7, 2019
SHOW AND TELL-KERETA SAYA
1. Kereta mainan (yang dibawa sendiri dari rumah)
6. Galakkan kanak-kanak berani dan yakin bercerita di hadapan kawan.
7. Galakkan kanak-kanak mengambil giliran dalam bercerita.
1. Pastikan kanak-kanak membawa mainan yang selamat.
1. Pastikan kanak-kanak kereta mainan yang dibawa itu bersih.
1. Pastikan tidak memaksa kanak-kanak jika mereka tidak dapat bercerita dengan baik. Galakkan dengan lembut dan ikut kemampuan mereka.
Tuesday, February 5, 2019
LOMPAT BERHALANGAN
LOMPAT BERHALANGAN
Umur kanak-kanak: 4 tahun
Bil kanak-kanak: 5 orang
Tema: Keluarga Saya
Tajuk: Lompat Berhalangan
Pengetahuan sedia ada/kebolehan: Kanak-kanak boleh melompat mengelilingi halangan dengan menggunakan 2 kaki.
Objektif:
1. Kanak-kanak boleh melompat mengelilingi halangan menggunakan 1 kaki. (F)
2. Kanak-kanak boleh mengikut peraturan (SSEK)
3. Kanak-kanak boleh mengambil giliran (SSEK)
Bahan:
1. Kon (3)
2. Masking tape/Tali rafia
3. Tuala tangan
Ruang: Ruang luar
1. Bawa kanak-kanak ke ruang lapang di luar taska
2. Bermesra dengan kanak-kanak dengan menyanyikan dan bergerak mengikut lagu “ Lompat si katak lompat”.
3. Galakkan kanak-kanak sama-sama menyusun peralatan untuk permainan. (garis mula, jarak 1m, kon, jarak satu meter dan garis penamat). Pendidik menunjukkan contoh permainan lompat berhalangan terlebih dahulu.
4. Galakkan kanak-kanak beratur di belakang garisan permulaan.
5. Galakkan kanak-kanak melompat satu kaki mengelilingi halangan hingga ke garisan penamat.
6. Beri pujian dan galakkan kepada kanak-kanak apabila mereka berusaha melompat satu kaki mengelilingi halangan. Jika kanak-kanak tidak boleh melompat mengelilingi halangan dengan satu kaki, beri sokongan dan galakan.
7. Galakkan kanak-kanak mengambil giliran dan tidak berebut.
8. Galakkan kanak-kanak mengikut peraturan lari berhalangan sepanjang masa bermain.
9. Jika aktiviti terlalu mudah, teruskan aktiviti dengan menambah lagi kon menjadi 2 atau 3 halangan.
10. Perhatikan kemampuan kanak-kanak dan galakkan kanak-kanak melompat 1 kaki mengelilingi 2 atau 3 halangan mengikut kemampuan.
11. Galakkan kanak-kanak bekerjasama mengemas peralatan.
12. Bawa kanak-kanak masuk ke taska dan mencuci dan mengelap tangan.
13. Ucap terima kasih kepada kanak-kanak dan pulangkan kanak-kanak kepada pengasuh.
Keselamatan
1. Pastikan kanak-kanak memakai pakaian dan kasut yang sesuai.
2. Pastikan ruang luas, kering, tidak beralun dan tiada batu supaya kanak-kanak dapat berlari dengan selesa dan selamat.
Kesihatan
1. Pastikan aktiviti tidak dilakukan terlalu lama dan meletihkan kanak-kanak.
Kebersihan
1. Pastikan ruang dan peralatan yang digunakan bersih.
2. Pastikan kanak-kanak membasuh tangan dengan bersih dan lapkan tangan selepas aktiviti.
#EmpoweringYou!
JOM MAIN LAMBUNG BOLA SAMA-SAMA
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) DI TASKA
JOM MAIN LAMBUNG BOLA SAMA-SAMA
Bidang: Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohaniaan (SSEK)
Umur kanak-kanak: 3 tahun
Bil kanak-kanak: 4 orang
Tema: Diri Saya
Tajuk: Jom Main Lambung Bola Sama-sama
Pengetahuan sedia ada/kebolehan: Kanak-kanak suka melihat kanak-kanak lain bermain tetapi jarang melibatkan diri bersama.
Objektif:
1. Kanak-kanak boleh bermain bersama kawan-kawan (SSEK)
2. Kanak-kanak boleh bekerjasama (SSEK)
3. Kanak-kanak boleh melambung bola dengan lebih tinggi (F)
Bahan:
1. Bola sederhana besar
2. Kain (anggaran 3 meter panjang dan lebar)
Ruang: Ruang depan
Langkah: (Nota:pedagogi yang digunakan adalah permainan fizikal)
1. Bermesra dengan kanak-kanak dengan berbual tentang keseronokan bermain bersama kawan-kawan.
2. Bawa kanak-kanak ke ruang hadapan dan galakkan kanak-kanak berdiri dalam bulatan.
3. Terangkan peraturan permainan lambung bola dengan kain( bola diletakkan di tengah kain, lambungkan bola bersama-sama dengan mengangkat bucu kain dan bola mesti sentiasa mesti berada di atas kain).
4. Galakkan setiap kanak-kanak memegang kain di setiap bucu dan tidak melepaskannya semasa bermain.
5. Mulakan permainan dengan menggalakkan kanak-kanak bermain bersama melambung bola agar bola tidak terkeluar daripada kain.
6. Sekiranya bola terjatuh, galakkan kanak-kanak berhenti bermain, bekerjasama mengambil bola dan meletakkan semula di atas kain.
7. Apabila kanak-kanak sudah boleh bermain bersama melambung bola dengan kain, galakkan kanak-kanak melambung bola dengan lebih tinggi.
8. Beri pujian pada usaha kanak-kanak dan beri galakan serta bimbingan sepanjang proses bermain.
9. Bersoal jawab dan membuat rumusan dengan kanak-kanak selepas bermain. Contoh: ”Seronok tak dapat bermain bersama kawan-kawan?”
10. Galakkan kanak-kanak bekerjasama mengemas peralatan
11. Berikan penghargaan dan ucap terima kasih kepada kanak-kanak atas kerjasama yang diberikan.
12. Kembalikan kanak-kanak kepada pengasuh.
Perhatian:
Keselamatan
1. Pastikan lantai tidak licin.
2. Pastikan bola tidak berat
Kebersihan.
1. Pastikan kain dan bola yang digunakan bersih.
Kesihatan
1. Pastikan kanak-kanak tidak melambung bola terlalu cepat supaya tiada kanak-kanak rasa ketinggalan atau tidak mampu mengikut permainan.
Disediakan oleh: Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringYou!
Saturday, February 2, 2019
AKTIVITI BAYI DI TASKA
WEB AKTIVITI MINGGUAN TASKA-2 TAHUN, BAHAN ASAS-KERETA MAINAN
Kalau ada silap, bagi tahu ye.
Wednesday, January 30, 2019
BAHAN MAUJUD DAN KURIKULUM INTERGRATIF DALAM PENDIDIKAN AWAL
Penggunaan bahan maujud atau konkrit dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak peringkat awal (lahir hingga 8 tahun) adalah lebih efektif berbanding penggunaan bahan abstrak seperti gambar dan buku latihan atau buku aktiviti. Kanak-kanak bermain, meneroka, mengeksperimen dan membina pengalaman pembelajaran yang lebih luas, mendalam dan bermakna apabila bahan maujud digunakan dalam proses pembelajaran.
Kurikulum awal kanak-kanak juga seharusnya dijalankan secara integratif. Maksudnya, ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang didedahkan kepada kanak-kanak perlu bersepadu merentas bidang perkembangan atau tunjang pembelajaran bukan dipecahkan mengikut subjek supaya kanak-kanak belajar sesuatu yang saling berkait. Ini akan mencambahkan pengetahuan, kemahiran dan minat kanak-kanak serta pembelajaran memberi lebih MAKNA kepada kehidupan mereka.
Contoh pada musim buah, rambutan digunakan sebagai bahan asas sepanjang minggu merentas bidang perkembangan di TASKA atau tunjang pembelajaran di TADIKA.
Kanak-kanak mengenal jenis dan ciri-ciri buah rambutan. Rambutan yang sudah masak warnanya merah dan rasanya manis. Hijau tandanya rambutan masih muda dan rasanya kelat. Yang kuning mengkal dan masam. Ada juga yang berlainan jenis buah rambutan seperti rambutan gading warnanya kuning bila ranum.
Rambutan juga digunakan untuk mengembangkan bahasa, sahsiah dan kerohanian kanak-kanak dengan bercerita berkaitan pokok rambutan, khasiat buah rambutan dan menghayati kebesaran Allah dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Boleh bacakan ayat Al-Quran yang berkaitan tumbuh-tumbuhan seperti:
"Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan."- An-Nahl-11
Proses pengajaran dan pembelajaran dikembangkan lagi dengan kanak-kanak melukis kebun buah-buahan dan mengecat menggunakan berus.
Sila rujuk WEB mingguan aktiviti TASKA untuk kanak-kanak 4 tahun yang dirancang menggunakan bahan maujud dan kurikulum integratif merentas bidang perkembangan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156929830804231&id=697059230
"Ilmu perlu disampaikan secara berperingkat-peringkat berdasarkan tahap keupayaan pelajar. Pelajar tidak sepatutnya dipaksa untuk mengingati sesuatu subjek pada peringkat awal pengajaran. Sesuatu subjek perlu diajar secara berterusan, tidak terpisah dan sistematik." - Ibnu Khaldhun
🍁Rujukan:Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif- Dr. Mastura Badzis http://www.mindamadani.my/topik/umum/item/185-pendidikan-anak-anak-di-peringkat-awal-umur-berasaskan-binaan-kurikulum-yang-integratif.html
Allahu A'lam.
🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#SentuhanBapaBelaianIbu
Saturday, January 26, 2019
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)TASKA ( Edited version 26 Januari 2019)
Di kongsikan nota berkaitan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) TASKA Mak Long. Boleh je nak share kpd yang berminat. Moga bermanfaat.
Goto https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156918761684231&id=697059230 jika tidak blh buka direct disini.
#1. SOP RPA BERMAKNA TASKA
https://drive.google.com/file/d/1_d2_9qYObg67tUEfXocCjh60GCA65OfQ/view?usp=drivesdk
#2. LPKT SKM4 RPA BERMAKNA TASKA-Rosnah Ahmad
https://drive.google.com/file/d/1Q5RgJVJ23xBfy2lacUBbNHW1WBa6anCu/view?usp=drivesdk
#3. CONTOH WEB AKTIVITI MINGGUAN TASKA
https://drive.google.com/file/d/1HqJFkWWAiqXRM2Re7910FQAdeZQM7DGo/view?usp=drivesdk
#4. CONTOH RPA
https://drive.google.com/file/d/1LY4VIEOd4FMAKPvPK5l51yQl1a9YU7VA/view?usp=drivesdk
#5. CONTOH TEMA PILIHAN TASKA
https://drive.google.com/file/d/1gNH-MkI3zsB3pOMvWdJC9hEjP5z8URyU/view?usp=drivesdk
"If you fail to plan, you plan to fail"
Allahu A'lam.
🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
rentis.blogspot.com
#EmpoweringYou!
Friday, November 2, 2018
RPA DI TASKA-MAKAN IKAN BAIK UNTUK SAYA
Thursday, November 1, 2018
RPA TASKA -MOVEMENTS OF MY HANDS
Sunday, August 20, 2017
Usah abaikan yang fitrah
TASKA&TADIKA terlalu banyak membuang masa menyediakan persekitaran dan membuat bahan bantu mengajar yg menarik sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting yang sesuai dengan fitrah anak iaitu persekitaran yng natural, perancangan pengajaran dan pengajaran yang bermakna dengan bahan yang konkrit/maujud...
Adakah anda setuju??
Rosnah Ahmad aka Mak long
Sunday, November 30, 2014
RPA- Apa yang tenggelam, apa yang timbul
3. Duit syiling (4) 8. Buah oren
4. Kertas kecil (4) 9. Tuala tangan (4)
5. Pemadam (4) 10.Kain buruk
2. Kemudian berbual dengan kanak-kanak tentang pelbagai benda dalam dunia persekitaran.
Saturday, November 29, 2014
Mari Mengemas Meja Makan (RPA)
1. Pinggan (5)
2. Cawan(5)
3 Sudu (5)
4. Alas meja
5. Besin sederhana besar (3)
6. Tuala tangan (5)
5. Galakkan kanak-kanak bekerjasama menolong mengemas meja makan.
6. Galakkan kanak-kanak berdikari mengurus diri selepas makan.
7. Galakkan kanak2 berbual tentang sikap baik, menolong, bekerjasama dan berdikari.
1. Pastikan peralatan yang selamat digunakan seperti pinggan, cawan dan sudu plastik.
2. Pastikan kanak-kanak membasuh dan mengelap tangan dengan betul sebelum dan selepas aktiviti.
1.Pastikan peralatan yang digunakan bersih.
Tuesday, November 18, 2014
Bas sekolah saya
Aktiviti minggu akhir persekolahan di tadika.
Tema-Persediaan Ke sekolah.
1.Mula dengan aktiviti bercerita mengenai persediaan ke sekolah.
Cerita tentang kegunaan dan ciri-ciri bas sekolah.
Seterusnya kanak-kanak melukis bas sekolah mengikut kreativiti masing-masing.
2.Aktiviti menggunting kertas warna mengikut garisan yang dilukis kanak-kanak.
3. Membuat kolaj kereta pada lukisan kanak-kanak menggunakan kertas yang sudah digunting. Galakkan kanak-kanak berkongsi gam. Keringkan.
4. Menulis dan mengeja menggunakan buku tulis...Ali ke sekolah menaiki bas..
5. Aktiviti berkongsi cerita secara individu hasil lukisan oleh kanak-kanak.
Aktiviti dijalankan dari pagi selepas circle time hingga waktu balik..PDP bersepadu yang memfokuskan proses dan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak...
Wallahua'lam...