Di dalam buku Dr.Dan Siegel, The Whole Brain Child, beliau memperkenalkan konsep Upstairs brain and Downstairs brain.
Secara asasnya, Tingkat bawah (Downstairs brain) adalah bahagian yang mengawal fungsi-fungsi asas hidup. Amygdala, fight flight freeze mode berada di downstairs brain. Emosi.
Tingkat atas (Upstairs Brain) adalah bahagian kotak Pemikiran Logik (Logical Thinking).
Beliau membayangkan jika kita menutup tangan kita seperti penumbuk di mana ibu jari di dalam, dan jemari yang 4 tadi menutupi ibu jari tadi, itu seumpama ibu jari adalah Downstairs brain dan 4 jemari lagi adalah upstairs brain. Jika kita gagal mengawal emosi, maka seumpama terbuka la 4 jemari itu.
Ruang eksplorasi Emosi membolehkan anak-anak mendapatkan saiz emosi yang sesuai dengan situasi, dan mempercepatkan proses mereka untuk mengemudikan kembali kotak PEMIKIRAN mereka. Bayangkan ibu jari yg berjaya ditutupi oleh 4 jemari itu tadi. Tanda pengemudinya adalah logikal thinking.
Berikan ruang untuk anak EXPLORE emosi dalam persekitaran yang selamat.
Kita manusia dikurniakan dengan emosi. Buatlah macam mana pon, jagalah anak macam mana pon, bahkan letaklah anak dalam balang kaca pon, anak pasti akan merasa emosi.
Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan orang dewasa bukan untuk selamatkan anak2 daripada emosi. Tidak.
Tugas kita adalah untuk BERSAMA mereka mengharungi setiap emosi, gembira, sedih, marah, geram, kecewa, risau, gelisah, menggelabah dan sebagainya.
Bahagian ini yang paling susah. Kerana, kebanyakkan kita dibesarkan tanpa keupayaan untuk "kekal berada di dalam emosi dan rasakan emosi itu sesungguhnya". Kekal berada di dalam PRIMARY emotion. Sebab hanya dengan penerimaan emosi itu baharulah kita mampu keluar daripadanya dan berfikir secara waras.
Anak-anak kecil datang dengan saiz EMOSI yang BESAR. Jika marah, tenaga nya kuat, suara nya lantang. Bila gembira dia punya ringan badannya tu kita boleh nampak terlompat lompat macam ada spring di tapak kakinya, kalau sedih memang sungguh2 sedih, badan cengkung muka tunduk macam dunia tiada penghujungnya.
Begitu lah mereka. Apabila kita berikan ruang untuk mereka eksplorasi emosi, kita berikan mereka ruang mendapat saiz emosi yang bersesuaian dengan situasi.
Contoh;
Jika diberikan "boundaries" yang tegas daripada awal, mereka akan rasa sedih atau marah pada awalnya. Jika "boundaries" itu adalah boundaries yang memang penting dan bersesuaian dengan tahap perkembangan, kekalkan boundaries itu. Biarkan dia marah atau sedih. Tapi peluklah mereka. Usaplah mereka. Kalau mereka menolak, duduklah di sebelah mereka. Memang penentangan akan hebat seperti menjerit-jerit, boleh sampai muntah-muntah kalau memang dari kecil semua benda dia nak dapat. Emosi itu akan mengecil dari semasa ke semasa, bila kita berikan ruang mereka eksplore tanpa rasa prejudis. It's okay to be angry. But what is the right size? Namakan emosi itu, sedih? atau marah? mana yang datang dulu?
Ketika anak sedang beremosi, kotak pemikiran hilang kawalan. Adalah penting, anak-anak kenal emosi2 ini dan saiz-saiz yang bersesuaian, supaya mereka boleh namakan, berikan masa untuk diri mereka sendiri utk berada dalam keadaan emosi tanpa membuat apa2 tindakan dan keputusan, dan kembali mengemudi kotak pemikiran dan membuat keputusan dan tindakan apabila emosi sudah reda.
#ummisreflection
No comments:
Post a Comment