Penerokaan kehidupan yang perlu dirintis dan dikongsi bagi memudahkan perjalanan semua dalam dunia yang sementara ini. Moga usaha kerdil ini memberi manfaat serta dirahmati dan diberkatiNYA.
Thursday, October 7, 2021
Bayam Brazil Celup Tepung
Sunday, August 9, 2020
RESEPI NASI GORENG IKAN CAMPUR DAUN BELALAI GAJAH.
Sunday, April 12, 2020
UDANG MASAK TEMPOYAK
Saturday, April 4, 2020
PIZZA SARDIN TANPA YIS ALA MAK LONG NAH
Monday, April 17, 2017
Resepi Sardin Goreng Pedas Ala Kg Durian Sebatang Raub
(1/4Dikongsikan resepi sardin kegemaran keluarga saya.
Bahan-bahan
4 biji kentang sederhana besar- dihiris nipis.(1/4cm)
1 tin sardin saiz sederhana (saya suka pakai mackeral, sebab isi lebih besar)
7 tangkai lada kecil merah(kisar)-boleh tambah atau kurangkan ikut suka atau tidak pedas
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
( blh kisar sekali cili , bawang merah dan bawang putih. Kisar kering ie tidak campur air atau tumbuk semua bahan dgn lesung-lagi sedap dan ori)
1 biji bawang besar dihiris nipis
2 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Cara – Cara untuk memasak :
1) Gorengkan ubi kentang yg di hiris nipis. Angkat bila sudah masak.
2).Asingkan Ikan Sardin dengan kuah tersebut.
Panaskan minyak dan goreng Ikan Sardin dengan api yang perlahan. Berhati-hati kerana minyak akan meletup-letup. Pastikan tutup kuali. Kalau tak, habis dinding dapur penuh dengan minyak.😄
Bila dah separuh garing,angkat ikan tersebut. Lagi garing lagi sedap, sebab ada rangup2 sedikit ditepi2.
Boleh juga kalau tidak digoreng dahulu ikan sardin. Terus masak je, kurang berminyak untuk yg menjaga kesihatan.
3) Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar sehingga garing dan naik minyak.
4) Bila dah garing, masukkan pula kuah sardin yang kita asingkan tadi. Gaul sehingga masak dan sebati.
5) Masukkan kentang yang sudah digoreng tadi. Reneh sekejap.
6) Masukkan pula bawang besar
7) Akhir sekali masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, asam keping dan garam. Jika terlalu kering, anda boleh tambah air sedikit. Biar seketika sehingga mendidih dan naik minyak.
Sedap dimakan dengan nasi. Boleh jugak dicicah biskut tawar, lempeng atau jemput bilis.
Jika di keringkan boleh dibuat inti karipap sardin.
Selamat mencuba.
Rosnah Ahmad
#MasakMemasakMembawaBahagia
Sunday, December 20, 2015
Laksam
Terima kasih Shahrom atas perkongsian resepi.
Bahan untuk laksam
1 Paket tepung beras
2 sb tepung gandum
1800 ml air
garam secukup rasa.
Cara:
🌹Campur semua bancuh sampai sebati
🌹sapu minyak pada tutup periuk, tuang adunan dan ratakan (mcm buat lempeng), kemudian dikukus. Adunan dah mengelembung sikit, masaklah tu.. 😊
🌷🌷 kalau adunan tak cukup masak, bila kita nak menggulungnya dia akan pecah...
Bahan untuk Kuah
1 Kg ikan selayang @ kembung
2 Labu bwg besar
1 sudu serbuk lada hitam
1/2 Kg santan
Garam secukup rasa
Cara:
🌷 blender isi ikan. Campur kesemua bahan, masak sampai naik wap
🎀🎀 kuah dia tak perlu masak sampai mendidih, cukup sekadar naik wap je.
🎀🎀 selalu mengacaunya supaya isi ikan tak bergentel
Sedia dihidang dengan ulam kesukaan dan sambal belacan.
Ps Petua sambal cik nah..lada kering yg di rendam air panas; cili hidup dan belacan. Tumbuk atau kisar.
🌺🌺 Ok selamat mencuba... 😎😎
Monday, December 7, 2015
Karipap Pusing Sardin
Terima kasih kepada sahabat saya Fauzian Sahar yang kongsikan resepi maknya kepada saya masa kami belajar dulu.
Karipap pusing ini sudah menjadi kegemaran keluarga dan kawan- kawan saya. Proses membuatnya juga menjadi aktiviti bersama yang bahagia.
Saya dan keluarga suka inti sardin. Boleh juga buat inti ayam atau daging.
Bahan:
Bahan A:
4 cawan tepung gandum
I biji telur
I sudu kecil garam
Air sejuk
Cara:
Gaul tepung dengan telur dan garam hingga sebati
Masukkan air sejuk, uli hingga lembut
Bahan B:
2 cawan tepung gandum
Margerin/butter
Campur dan uli hingga sebati (lihat gambar di bawah)
Inti sardin:
I tin sardin mackeral
3 biji kentang dipotong dadu
2 biji bawang besar dimayang
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji lada kecil merah ( tambah jika suka pedas)
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis
1 keping asam keping
Cara:
Tumbuk/kisar lada, bawwng merah dan bawang putih
Tumis hingga masak
Masukkan sardin dan kentang
Masak hingga kentang lembut
Masukkan asam keping dan garam secukup rasa
Masukkan bawang besar yang di mayang
Hancurkan sardin
Angkat dan sejukkan.
Cara mencanai kulit seperti gambar di bawah.
Boleh digoreng terus atau dibekukan. Keluarkan dan goreng terus. Tidak perlu tunggu lembut semula.
Goreng dengan api sederhana hingga garing.
Masak-memasak membawa bahagia.
Selamat mencuba.