Tuesday, May 1, 2007

TIP 12: "I WANT TO MARRY YOU MOM"

Anak lelaki memang aktif dan agak lasak berbanding anak perempuan. Tetapi mereka mempunyai kelebihan  tersendiri.

Suatu ketika dulu saya pernah membaca sebuah buku yang dipinjam dari seorang kawan yang bertajuk ‘Boys will be boys'. Dinyatakan bahawa anak lelaki kebanyakannya "adores" atau sangat sayang dan menyanjungi ibu mereka sehingga menyimpan hasrat bila besar nanti hendak berkahwin dengan ibu.

Perkara ini benar-benar berlaku pada saya. Pada usia anak lelaki kedua saya sekitar 4 tahun dia berkata " bila besar nanti Muhammad nak kahwin dengan mak". Teringat betapa gembiranya saya kerana ini menunjukkan dia sangat mengagumi dan menyayangi saya. Sekarang anak ketiga saya Mohammad Izzuddin( 3 tahun) juga menunjukkan ciri-ciri yang sama.

Memang benar, hubungan antara anak lelaki dan ibu sangat isimewa tetapi kita kena berlaku adil pada anak perempuan. Anak perempuan juga ada cara tersendiri menunjukkan mereka mengagumi ibu. Anak perempuan saya sejak kecil suka meniru cara saya berpakaian dan berdandan.

Apa pun sebagai ibu, kita mesti merebut peluang keemasan ini untuk menerapkan nilai-nilai dan akhlak mulia apabila anak sangat sayang pada kita. InsyaAllah apa yang dinasihati mudah menjadi ikutan anak.

Wallahua'lam.

No comments: