Pakar kanak-kanak mendapati kanak yang berumur antara 16 bulan ke tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums.Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat ini mempunyai kemahuan yang sangat tinggi dan mereka egosentrik atau mementingkan diri ( terutama pada umur sekitar dua tahun).
Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.Kanak-kanak peringkat ini juga akan mengamuk kerana kecewa atau frust apabila tak dapat melakukan tugasan atau memunipulasikan mainan sepertimana kehendak mereka. Mereka akan mengamuk apabila permintaan mereka tidak dipenuhi dan mendengar perkataan " jangan".
Walaupun mengamuk adalah sesuatu perkembangan yang normal tetapi sebagai ibu bapa kita mesti menolong anak untuk mengawal kelakuan ini. Ia hendaklah dibendung sejak mula perkembangan ini lagi. Jika tidak memang teruk padahnya. Saya pernah melihat ada anak yang masih mengamuk walaupun sudah bersekolah rendah.
Kita boleh mengawal tabiat mengamuk dengan cara:-
1. Mengalih perhatian anak bila nampak simptom seperti nak mengamuk ie kalau nampak muka anak merah atau mula nak menangis.
2. Tenang menghadapi kerenah anak. Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak. Ini tidak akan membantu . Cakap dengan anak dan terangkan kenapa dia tak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Sekiranya anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan yang lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya.
Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang kadang-kadang juga mujarap. Kadang kala ia tidak berkesan. Perlu bertegas dengan bercakap memandang mata anak dan nada suara yang tegas mengatakan tidak pada tempatnya dan kenapa tidak.
3. Sekiranya anak terus mengamuk cuba jangan peduli dan tinggalkan sekejap. Dr. Hugh Jolly dalam bukunya " A book of child care" memberikan tip ini dengan mengatakan- " A person performs better with audience" iaitu seorang akan memberikan persembahan yang lebih baik di hadapan penonton Saya dapati tip ini mujarab untuk kesemua anak-anak saya dan kebanyakkan anak-anak di taska. Jadi kalau anak terus mengamuk jangan perhatikan. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai apabila mengamuk. Ada juga yang menjadi selak dan sukar bernafas.
4. Bila anak berhenti mengamuk, bincang dengan mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Terangkan juga bahawa kita akan tegas dengan pendirian kita.
5. Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangkamasa mengamuknya juga akan lebih panjang.
Beberapa bulan lalu anak saya ‘Izzuddin mula mengamuk bila tak dapat kehendak hatinya. Jadi saya terus ambil pendekatan tidak ambil peduli. Setelah dua tiga kali, dia tak mengamuk lagi. Bila buat tak tahu dia akan berhenti mengamuk. Selepas itu dia pun mengendeng-ngendeng hendak dapatkan perhatian semula. Lepas tampak ‘Izzuddin berusaha, barulah saya memeluk, berbincang dan dia akan kembali tenang.
Seisi keluarga mestilah sepakat dan tegas dalam menangani masalah mengamuk ini. Jangan pula ibu tegas tapi ayah tidak atau sebaliknya. Ini tidak membantu anak untuk berubah.
Sekian. Wallahu'alam.
1 comment:
i agree.. anak saya kalau mengamuk seawal usia satu tahun lebih - saya biarkan sebab kalau saya pujuk masa dia mengamuk makin kuat mengamuknya, tapi bila saya biarkan, saya tidak marah, lama2 dia datang ke saya dan masa tu baru saya peluk dia, sebab kalau peluk masa dia mengamuk dia makin mengada2 kita pun jadi nak mengamuk, bukan itu sahaja silap haribulan tangan pun jadi sakit kena libas dgn anak kecik:)
Post a Comment