Monday, May 25, 2026

Kebaikan Yamg Melimpah Dari-Nya

Assalamualaikum. 

Mohon izin ml bermonolog sikit di sini... Nak senyapkan sikit fikiran ni ... 

Bismillah... 

Hari ni hari Arafah. Allahuakbar . 

Hari yg mustajab doa.. 

Pada usia yg sudah melepasi emas ini melihat ke belakang menjadi sesuatu yg rutin... 

Banyak sekali penyesalan.. 

Di celah2 penyesalan itu ada rasa syukur yg sukar diungkap.. takdir diri yang dijalani. Merasai adanya Tuhan yang seringkali dilupakan. Tuhan yang ada di kala diri ini alpa.. Tuhan yang Melindungi, Mengasihani, Merahmati... 

Doa... 

Ya doa itu harapan.. 

Opps... Payah nak di rungkai.. 

Apa pun alhamdulillah.. ml jumpa tulisan seorang yg  ml kenal.. sahabat seperjuangan yg jauh lbh muda yang sedang berada di tanah suci. 

Membaca tulisannya tadi umpama membaca apa yg ml mahu ungkapkan.. 

https://www.facebook.com/share/18ghmfE8yg/

Ni ml petik sikit dr artikel tu

Hari ini ustazah membawakan satu doa ringkas daripada Surah al-Qasas ayat 24. Doa Nabi Musa AS ketika baginda melarikan diri dari Mesir dalam ketakutan diburu Firaun. Baginda tiba di Madyan dalam keadaan letih, keseorangan dan tidak punya apa-apa. Setelah membantu dua wanita memberi minum ternakan mereka, baginda pergi ke tempat teduh lalu berdoa:

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Ustazah menjelaskan, Nabi Musa AS membaca doa ini dalam keadaan baginda tidak mempunyai tempat tinggal, pekerjaan, keluarga atau jaminan keselamatan. Jika mahu, baginda boleh sahaja meminta satu-persatu apa yang tiada padanya.

Tetapi baginda tidak meminta secara spesifik.

Baginda hanya menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Allah dan mengakui bahawa dirinya sangat memerlukan khayr, segala bentuk kebaikan daripada Allah.

Dan itulah yang menyentuh hati saya.

Kerana dalam hidup ini, kadang-kadang kita terlalu sibuk menyusun apa yang kita rasa terbaik untuk diri kita. Sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan daripada apa yang kita sendiri sangka kita mahukan.
.
.


"Ya Allah kami sangat berhajat kepada segala kebaikan yang Engkau turunkan kepada kami."

Hari Arafah...doaku untuk aku dan kamu.

Ya Allah..Terimalah Qurban kami hanya kerana-Mu dan tetapkan kami pada jalan taqwa..

Selamat Hari Raya Qurban 1447H. 

Maaf atas segala kekhilafan.


🌹ML
9 Zulhijjah 1447H

Wednesday, April 22, 2026

HADIRLAH CINTA

Buat kamu anak2 ku

Terimalah...

HADIRLAH CINTA

Anakku,
Aku tahu kau sedang dalam pencarian
Untuk mengisi kantung bahagia
Yang kau impikan
Kerna...
Aku juga pernah sepertimu

Anakku,
Cinta itu mungkin kau sangka indah sekali

Iya indah anakku,
Namun...
Cinta manusia itu tiada yang kekal
Hadirnya bersama ujian
Bersama pengorbanan
Yang mungkin tidak dihargai
Ada kalanya mengecewakan
Payah juga adanya ...

Anakku,
Cinta itu ada yang sedia menyambutmu
Cinta yang setia
Dekat sekali denganmu
Dia cinta yang abadi
Yang menantimu
Di situ kau akan temui bahagia...

Dan..
Anakku
Cinta yang menantimu itu
Ku doakan kau temui jua dalam mencari cinta manusia
Kerna cinta itu jauh lebih berharga
Jauh lebih bermakna...

Iya anakku,
Teruslah mencari cinta
Menemui bahagia yang kau dambakan
Kerna yang kau temui itu mampu dimiliki oleh sesiapa pun

Anakku,
Doaku sentiasa mengiringimu
Melangkahlah dengan yakin
Kau akan temui yang dicari
Kekasih yang mengerti
Yang bersamamu selalu
Yang memberi ketenangan dan kasih sayang yang tak pernah pudar

Anakku,
Ketahuilah
Tiada yang lebih membahagiakan aku
Dari melihat kau bahagia.

🌹ML
#closetoyourheart

Sunday, March 15, 2026

KEMBALI KEPADA FITRAH-Mendidik melalui teladan


Assalamualaikum. Salam 26 Ramadan 1447H buat semua. 

Syukur alhamdulillah kita masih berada dalam madrasah Ramadan.  

Ramadan semakin meninggalkan kita. 😭

Ramadan, bulan kerehatan untuk kita mendidik diri supaya kembali kepada fitrah.  Bulan untuk kita beramal dan refleksi diri supaya lebih sedar hakikat dan tujuan Allah jadikan kita. 

"Tanggungjawab yang kita ada lebih banyak dari masa yang kita ada."-Hassan Al-Banna

Ya, banyak amanah yang perlu kita lunaskan. Antaranya adalah mendidik anak-anak.

Saya sering ditanya, apakah cabaran dalam mendidik anak-anak?

Mendidik anak-anak adalah ibadah yang panjang. Menjadi ibu yang sudah melebihi 31 tahun memang banyak cabarannya. Bagi saya cabaran yang paling besar sebagai ibu sejak anak dilahirkan hingga ke hari ini adalah memperbaiki diri sendiri kerana fitrah anak itu belajar dari pemerhatian dan peniruan. 

Allahuakbar. 

"Children see, children do".

Siapa pun kita sudah tentu mendirikan rumahtangga dengan harapan yang murni dan tinggi. Dua insan dari latarbelakang, pendidikan, budaya dan keluarga yang berbeza bersatu untuk memikul tanggungjawab memimpin dan memperkasakan diri, pasangan dan anak-anak.

Meniti usia saya yang sudah mencapai emas tahun ini menyaksikan pelbagai perubahan zaman. Dari zaman tiada letrik di rumah hingga   zaman mediasosial dan AI yang sangat mencabar.

Proses yang panjang ini tidak dilayari tanpa badai dan gelora. Seringkali fiitrah diri terabai dan diabai. 

Apa pun zaman terus berubah tapi ingatlah bahawa fitrah manusia tidak berubah. 

Syukur Allah menghadiahkan Ramadhan, bulan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk supaya kita tidak tersasar jauh. Kembali mendidik diri dengan amalan sebagaimana junjungan besar Nabi Muhammad sebagai suri teladan.

Ayuh, marilah kita menghisab diri dan mengislahkan diri supaya kita dapat mendidik generasi pelapis.

Ada hak dan keperluan anak-anak pada setiap peringkat umur yang wajib kita berikan. Ada juga anak-anak yatim yang perlu kita santuni. Amanah yang besar yang harus kita gembelingkan usaha bersama.

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah  kami. Jadikan kami dikalangan orang-orang beriman, orang-orang yang mendapat petunjuk dan orang-orang yang beruntung. Kembalikan kami kepada fitrah dan bantulah kami mendidik anak-anak kami dengan fitrah. Jauhi kami dan ahli keluarga kami dari azab api neraka".

Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat beramal. Semoga bertemu Lailatulqadr.

Allahu'Alam.

🌹Mak Long
#closetoyourheart
rentis.blogspot.com