Thursday, April 30, 2020

JOM BUAT DAN NIKMATI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU BERSAMA KELUARGA

Lompat tikam, kuih bakar, kuih kasui, putri mandi, badak berendam, onde-onde, cendol, bubur lambuk, bubur kacang, temosa, karipap dan keropok lekor adalah antara juadah tradisi yang keluarga kami buat untuk berbuka puasa. Ada yang jadi ada yang tak berapa jadi. 😂Biasalah. Jarang-jarang sekali buat kuih muih tradisional melayu ni. Biasa kami beli di bazar Ramadhan je. Mudah, cepat dan banyak pilihan. Tahun ini Ramadhan dan PKP memberi ilham dan keseronokan yang berbeza di dapur kami.

Memasak kuih muih tradisional melayu sering membawa Mak Long mengimbau kenangan semasa kecil bersama Arwah Emak di Raub, Pahang. Begitu juga Pak Awang suami Mak Long, bersama Arwah Cik di Kampung Buluh Gading, Kuala Terengganu. Kami berkongsi cerita mengenai proses memasak dahulu yang biasanya memakan masa yang lama dan sedikit sebanyak perbezaan resepi orang Pahang dan Terengganu.

Damai sekali membicarakan kisah dan keenakkan air tangan ibu-ibu kami yang tiada tandingannya. Bahagia sekali apabila dapat memasak bersama dan menikmati masakan sendiri. Anak-anak juga dapat mengenali dan menghargai asal usul mereka. Itulah antara hikmah Covid-19 dan PKP kepada kami. Indah sekali. Alhamdulillah.

Ada yang baru, yang lama jangan dilupakan. Anak-anak kita semakin hari semakin tidak mengenali kuih muih tradisional melayu. Nama kuih pun ada yang pelik seperti badak berendam, tahi itik, puteri mandi dan nekbat.

Kuih muih tradisional melayu banyak menggunakan ramuan alam dan lebih enak jika menggunakan sumber yang asli seperti daun pandan, santan, pulut, beras, sagu, kapur dan gula melaka. 

Cara penyediaan yang kita anggap rumit sebenarnya tidaklah seperti yang disangkakan. Tambahan pula dengan adanya peralatan moden yang memudahkan.

Apa pun kuih muih tradisional melayu perlu dipelihara untuk diri dan generasi kita kerana ianya bukan sahaja sedap dan berkhasiat malah mencerminkan identiti diri kita. 

Banyak sekali resepi-resepi kuih tradisional melayu dikongsikan di laman sosial yang boleh kita cuba. Libatkan anak-anak dalam proses mencari resepi dan memasak. Tentu ianya memberi keseronokan. Kalau tak jadi, jangan kecewa. Cuba lagi. Boleh juga post di group fb masak tak jadi😀.

Yang penting proses yang dilalui bersama mengeratkan hubungan dan menyuburkan kasih sayang. Semoga ianya menjadi kenangan indah untuk diimbau oleh anak-anak kita nanti. Walau siapa pun mereka dan di mana mereka berada, insyaAllah mereka sentiasa ingat asal usul dan kasih sayang di rumah bersama keluarga tercinta.

Kita adalah "masterchef" di dapur kita. Teruskan memasak dari hati dengan zikir, doa dan kasih sayang. Air tangan ibu tentu sekali yang paling enak bagi seorang anak.

"Kanak-kanak membina identiti diri melalui persekitaran sosial mereka."-Erik Erikson

"Masak memasak membawa bahagia"

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#DudukRumah
Hari ke 44
7 Ramadhan 1441H

Wednesday, April 22, 2020

LEDAKAN EMOSI- MENGAPA IANYA TERJADI DAN TEKNIK BAGAIMANA MENANGANINYA

Puan Siti: Mak Long, saya rasa bersalah sangat dengan suami dan anak-anak. Saya gagal lagi mengawal emosi. Habis semua orang kena marah.

Mak Long: Oh, mesti Siti sedih dan menyesal.

Puan Siti: Betul Mak Long. Saya menyesal sangat sebab semalam tak pasal pasal Kakak Sarah (5 tahun) dan Alia (3 tahun) kena marah. Ayahnya pun kena jugak. Saya rasa saya seorang ibu dan isteri yang teruk. 

Mak Long: Oh, Siti kecewa dan merasa diri tidak cukup baik. Boleh cerita apa sebenarnya yang berlaku semalam?

Puan Siti: Ceritanya semalam saya mulanya elok je. Saya bekerja dari rumah sepanjang PKP ni. Dalam pukul 12.30 saya ke dapur. Rasa semangat nak masak untuk makan tengahari. Dah rancang nak masak kurma ayam dan sayur campur. Saya minta tolong suami tengok-tengokkan anak-anak dan suruh Sarah main dgn adiknya. Tengah menumis, Alia datang ke dapur minta nak minum air. Saya kata sekejap. Alia merengek. Saya panggil suami dari dapur dan terus menumis. Tiba-tiba dengar benda jatuh. Rupanya  Sarah cuba hendak ambilkan air di atas meja makan untuk adiknya. Habis tertumpah semua, dengan bekas air sekali jatuh ke lantai.

Tiba-tiba saya meletop. Tengking dan marah pada anak-anak. Lintang pukang budak-budak tu lari. Saya pergi ke ruang tamu marah suami yang sedang membaca surat khabar. Yang geramnya dia tercengang-cengang macam tak tahu kenapa saya marah-marah. Huhu...
.
.
Pernah tak kita menghadapi situasi yang sama atau hampir sama dengan Puan Siti? Dan ianya mungkin berulang-ulang. Kita merasa penat, sedih dan kecewa. Kita mengkritik diri tidak cukup sabar; tidak cukup baik. Kita menghukum suami tidak menolong dan tidak memahami kita. Kita menyesal kerana melepaskan marah pada anak-anak.

Ledakan emosi begini perlu dihentikan dari berulang lagi. Mungkin PKP ini masa yang sesuai untuk kita mulakan. Bukan virus Covid-19 sahaja harus dihentikan semasa PKP ini.😀

Persoalannya, mengapa ledakan emosi begini berlaku dan bagaimanakah cara mengatasinya?

Masalah dan cabaran membuka ruang untuk kita memahami dan menerima kenyataan tentang diri. Pasangan dan anak-anak adalah orang yang paling sering menguji kesabaran kita.

Jika emosi negatif kita meluap maknanya ada sesuatu yang terpendam atau blok yang tidak selari dengan fitrah diri. Contoh, kita merasa tidak fahami, tidak dihargai, tidak didengari atau rasa terbeban dengan kerja-kerja pejabat dan kerja-kerja rumah. Ini menyebabkan tekanan dan jika dibiarkan berlarutan, ia menjadi seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletop seperti apa yang berlaku kepada Puan Siti. Suami dan anak-anak menjadi mangsa.

Blok juga menunjukkan ada kisah lampau dan gangguan atau "unfinished business" yang menghantui dan menghuni dalam minda bawah sedar kita. Contoh, semasa kecil kita selalu dimarahi apabila menumpahkan air. Jadi secara tidak sedar, kita akan marah apabila anak melakukan perkara yang sama.

Blok perlu dilepaskan dan disembuhkan sekiranya kita mahu menghilangkan tekanan atau kesakitan. Kita perlu lebih memahami dan menerima kekurangan diri, menundukkan ego supaya dapat menghentikan tingkah laku lama dan membudayakan tingkah laku yang baru; "the new normal".

Dikongsikan Teknik S.E.D.A.R yang Mak Long amalkan.

S-SEDAR & SOKONGAN

Selalu berada dalam keadaan SEDAR iaitu memusatkan fikiran kita supaya berada dalam masa sekarang atau "mindful". 

Contoh, waktu memasak kita perlu fokus sepenuhnya kepada memasak. Lupakan kerja yang kita lakukan sebelum ini atau usah fikirkan kerja yang akan kita lakukan selepas ini.

Dengan ini kita lebih peka kepada keadaan fizikal dan emosi kita.

Lihat pada cara pernafasan, degupan jantung dan keadaan fizikal kita. Sekiranya kita merasa sesuatu yang tak kena, terima apa sahaja perasaan yang sedang dilalui. Jika emosi negatif seperti penat, stres, marah, sedih atau tidak puas hati, tenangkan diri dengan diam dahulu, tukar posisi ie jika berdiri duduk atau baring. 

Boleh juga gunakan terapi air dan alam seperti minum air, mandi, wuduk dan ambil udara luar. Amalkan teknik pernafasan dengan menarik nafas yang dalam dan melepaskan dengan teratur untuk memenangkan diri.

Apabila kita kembali tenang barulah kita boleh berfikir dan bertindak dengan rational.

Sokongan- Ya! Kita bukan "supermom" atau "superdad" yang hebat melakukan semua perkara. Mintalah sokongan pasangan dan keluarga. 

Agihkan kerja-kerja rumah. Jika perlu dan mampu, "outsource"kan kepada pembantu rumah atau gunakan khidmat pembantu yang datang berkala.

Sokongan emosi juga penting. Luahkan perasaan kepada pasangan dengan matang. Usah biarkan diri dibelenggu rasa tidak dihargai, didengari atau disayangi. 

Usah rasa terasing dalam menghadapi masalah. Orang lain juga melaluinya. Sertai kumpulan sokongan dalam komuniti atau di media sosial supaya kita dapat berkongsi rasa, ilmu dan pengalaman untuk kebaikan bersama.

E- EHSAN DAN EMPATI

Rasa bersalah itu fitrah. Ia menunjukkan ada penyesalan atas perbuatan kita tetapi usah mengkritik dan mengutuk diri sendiri. Terima dan iktiraf bahawa diri kita tidak sempurna. Berdamailah dengan diri sendiri dan bersifat ehsan kepada diri dengan kebaikan dan kata-kata yang baik. 

Berdamailah dan ehsan dengan orang lain kerana mereka juga tidak sempurna. 

Ehsan menjadikan kita lebih tenang dan empati kepada diri dan orang lain. Kita tidak terlalu menekan diri dan lebih bertimbang rasa dengan orang lain.

Beri hak kepada diri dengan menjaga kebajikan diri sendiri atau "self-care" setiap hari. Mungkin kita perlu bangun setengah jam awal untuk dapatkan masa tanpa gangguan.

Kita juga bukan robot. Kita perlu ada waktu-waktu senggang sepanjang hari untuk berehat sebentar. Contoh, ambillah 30 minit selepas waktu kerja untuk berehat sebelum beralih kepada kerja-kerja di dapur. 

Masa yang diperuntukkan untuk satu-satu tugas juga mestilah realistik dan tidak melakukan banyak perkara dalam satu masa supaya tidak tergesa-gesa dan kelam kabut.

D-DOA DAN DALAM DIRI ADA 2 ILHAM

Melunaskan tugas dan tanggungjawab setiap hari bukanlah mudah. Doa adalah senjata kita. Selalulah berdoa dan berzikir. Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.

Surah Al-Baqarah ayat 153:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."

Mohonlah petunjuk dari Allah. Ianya memerlukan kita untuk selalu melihat ke dalam diri dan mengaku kesilapan. Usah menafikan, mengelak, menyalahkan orang lain atau mengungkit.

Dalam diri kita ada sumber hikmah yang perlu digali. Allah mengilhamkan dua pilihan dalam diri kita iaitu jalan taqwa dan jalan fasik. Pilihlah jalan taqwa supaya kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung BUKAN memilih jalan fasik iaitu jalan orang-orang yang rugi. 

Contoh: Pilih untuk bertenang dan menjadikan apa yg berlaku sebagai peluang untuk mendidik anak bukan beremosi dan marah pada anak. 

Ledakan emosi kita menyebabkan anak berasa takut dan respons lawan-atau-lari atau "fight-or-flight response" diaktifkan. Jadi jangan hairan kalau anak melarikan diri atau melawan jika dia selalu dimarahi.

Surah Ash-Shams, Ayat 7-10

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
.فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

A-ANAK DAN AMANAH

Tugas mendidik adalah tanggungjawab ibu bapa. Rutin sepanjang hari adalah masa yang sesuai untuk mendidik secara natural.

Jadi kita perlu lebih bijak dan realistik dalam menetapkan masa. Contoh, jika memasak masa itu perlu ditambah supaya anak dapat bersama dalam proses sebelum, semasa dan selepas memasak.

Raikan anak-anak yang fitrahnya memang suka menolong. Berikan tugasan yang sesuai dengan umur mereka. Anak 5 tahun contohnya, sudah boleh mengupas kulit bawang atau memotong sayur. Anak 3 tahun suka meniru kakaknya.

Latih anak skil urus diri supaya boleh berdikari. Proses urus diri memerlukan masa, bimbingan, meraikan kreativiti, membenarkan anak melakukan kesilapan dan belajar daripada kesilapan.

Contoh: Letakkan air dalam jag yang kecil, sediakan cawan plastik, letakkan pada paras yang mudah untuk anak mengambil dan menuang air sendiri. Sediakan juga kain buruk yang mudah dicapai untuk mengelap jika anak menumpahkan air.

R-REFLEKSI DAN RATIONAL

Kita perlu selalu refleksi diri untuk menilai apa yang berlaku, memperbaiki diri dan lebih rational dalam tindakan.

Refleksi dan rational adalah satu proses yang berterusan dan panjang.

Orang yang baik itu bukanlah yang tidak pernah melakukan kesilapan tetapi orang yang baik itu adalah orang yang selalu refleksi diri, mencari ilmu dan memperbaiki tindakan supaya lebih rational dan progres pada jalan-jalan kebenaran.

Surah Aal-e-Imran, Ayat 135:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."
.
Semoga usaha kita menyantuni diri dan keluarga dimudahkan Allah SWT dan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung.
.
“…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…” -Ibnu Khaldun

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
rentis.blogpot.com
#EmpoweringYou!
#DudukRumah
Hari ke 37

Tuesday, April 21, 2020

KESAN MEDIA SOSIAL KEPADA PEMIKIRAN DAN PERASAAN

"Suka tengok post dia kat insta. Cantik rumah dia, anak dia comel comel belaka. Suami dia rajin menolong kerja-kerja rumah dan bawa dia dan anak-anak bercuti. Cantik sangat gambar-gambar mereka pergi bercuti sekeluarga. Masa PKP ni pun dia ajar anak-anak di rumah, masak sedap sedap dan rumah dia tersusun rapi. Dia isteri dan ibu yang bertuah dan sempurna."

Begitulah cerita seorang wanita kepada Mak Long dengan nada yang agak tertekan dan kesal. Beliau seterusnya meluahkan beberapa masalah berkaitan suami dan anak-anaknya.

Secara tak sedar media sosial sudah mempengaruhi pemikiran dan perasaan wanita ini. Dia membanding-bandingkan diri, pasangan, anak dan kehidupannya dengan orang lain.

Media sosial sebagai medan perolehan dan perkongsian ilmu yang bermanfaat boleh membawa kepada stres dan kerisauan apabila kerap membaca atau melihat posting orang lain yang kebiasaannya hanya membawa berita, cerita dan gambar yang menunjukkan kejayaan, kegembiraan dan kebahagiaan sahaja. 

Harga sebuah kejayaan yang dipaparkan juga semakin hari semakin tinggi. Masyarakat menganggap seseorang yang berjaya itu sempurna dari segala segi. Mereka juga kelihatan bahagia sekali.

Maka kita mudah terperangkap dalam sindrom "saya tidak cukup baik" atau "I am not good enough". Kita merasakan diri dan kehidupan kita tidak sempurna. Jadi untuk merasa "cukup baik" kita perlu memiliki apa yang orang lain ada dan berbuat seperti orang lain. Akhirnya kita berbelanja di luar kemampuan dan sentiasa mahu update posting yang indah-indah sehingga keterlaluan dan kepenatan. Pasangan dan anak-anak juga tertekan dengan sikap kita yang mahukan kesempurnaan.

Apa pun kita perlu sedar kesan media sosial kepada pemikiran dan perasaan supaya tidak terikut-ikut dengan trend dan gaya hidup orang lain tanpa prinsip.

Setiap dari kita dan setiap keluarga itu unik. Kejayaan dan kebahagiaan tidak hanya tertakluk kepada apa yang dimiliki. Terima diri dan ahli keluarga kita tanpa syarat dan bandingan. Syukuri nikmat dan hargailah apa yang ada. Sumber hikmah dan bahagia itu ada dalam diri dan dalam rumah bersama keluarga kita. Kita jaga kita.

Surah Al-Furqan, Ayat 74:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa".

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
rentis.blogspot.com
#SentuhanBapaBelaianIbu
#DudukRumah
Hari ke 36

Sunday, April 19, 2020

✏JOM MELUKIS

Buntu memikirkan aktiviti untuk anak semasa PKP ini atau tak tahu kertas kerja apa nak beri pada anak.

Mak Long mencadangkan supaya ibu ayah memberi kertas kosong dan peralatan melukis kepada anak. Galakan mereka menconteng, melakar dan melukis. Lebih baik jika diadakan sudut melukis di rumah atau sediakan kotak mudah alih yang diisi dengan peralatan untuk melukis.

Banyak kebaikan menconteng, melakar dan melukis kepada anak. Ianya proses latihan motor halus, meningkatkan kreativiti, meluahkan perasaan dan imaginasi. Kita juga boleh membantu anak meneroka dan memahami perasaan melalui lukisan mereka.

Rujuk artikel "Tahap perkembangan lukisan dan tulisan kanak-kanak"
https://rentis.blogspot.com/2017/12/tahap-perkembangan-lukisan-dan-tulisan.html?m=1 dan artikel "Memupuk minat menulis secara kreatif"https://rentis.blogspot.com/search?q=Memupuk+minat+menulis&m=1

Yang penting kita bebaskan sahaja anak melukis. Usah dikongkong. Galakkan sahaja. Hayati puisi " Bebaskan Sahaja" yang Mak Long nukilkan suatu ketika dahulu.

BEBASKAN SAJA

Akan tiba ketika
Kau dapati aku
Gemar sekali menconteng
Puas menconteng
Lembut cari jemariku melakar dan melukis

Bebaskan saja
Aku menconteng dan melakar
Melukis dan mewarna
Mengikut kreativitiku

Aku lakar rumah berbentuk bulat
Kau kata rumah berbentuk segiempat
Aku warna tayar kereta merah
Kau kata tayar warnanya hitam
Aku warna kelapa hitam
Kau kata kelapa warnanya hijau
Aku warna rambutan hijau
Kau kata rambutan warnanya merah
Aku lukis kapal  terbang  kecil
Kau kata kapal terbang itu besar
Bukan kecil seperti burung

Lalu kau berikan aku gambar kapal terbang untuk aku warna
....sedih

Bebaskan saja
Usah dikongkong pemikiranku
Hasil yang kau mahu membelengguku
Menyekat kreativitiku

Ketahuilah
Ada makna disebalik lukisan
Ada cerita disebalik luahan
Ada imaginasi disebalik ciptaan
Ada tanggapan disebalik pilihan
Itulah rumah mengikut kreativitiku
Pada ketika tahap aku hanya mampu melakar bentuk bulat
Tidak salah untuk aku impikan tayar kereta yang berwarna merah
Kelapa kulihat hitam selepas dibakar
Rambutan kulihat hijau ketika putik
Kapal terbang jauh di langit kelihatan kecil sekali
Seperti seekor burung yang sedang terbang

Bebaskan saja
Biarkan saja aku lalui proses
Menconteng, melakar, melukis, mewarna
Sesukaku, semahuku
Sediakan peralatan yang sesuai
Berikan sokongan dengan kata-kata yang baik
Terima seadanya karyaku
Cantik sekali jika ditampal di dinding rumah kita

Hargai setiap usahaku
Imaginasi pemikiranku yang masih bebas
Galakkan saja kreativitiku berkembang
Seiring peningkatan kebolehanku
Keunikan potensi diriku
Anugerah Ilahi
Buat setiap insan kecil
Sepertiku.
.
.
Puisi ini berkaitan tahap kanak-kanak peringkat awal (lahir hingga 6 tahun) yang masih dalam pemikiran bebas dan bagaimana merangsang kemahiran jari dan kreativiti mereka.

Sungguh banyak manfaat melukis pada anak. Ibu ayah juga boleh turut melukis bersama anak. Tentu anak merasa seronok dan ibu ayah bahagia.

Mak Long pun suka melukis. Jom melukis😁.

"Imaginasi bebas melahirkan lukisan yang cantik"

Allahu 'Alam.

🌾Mak Long
#SentuhanBapaBelaianIbu
#DudukRumah
Hari ke 34

Saturday, April 18, 2020

NOTA "EVERYDAY ENGLISH" PERCUMA KEPADA YANG BERMINAT

Teringat bengkel "Everday English" Mak Long ie lebih kpd komunikasi harian di taska tadika dan rumah.https://rentis.blogspot.com/2018/12/english-workshop-bersama-mak-long.html?m=1

https://rentis.blogspot.com/2007/05/tip-11-buka-dan-tutup.html?m=1

Ada skrip yg Mak Long susun ikut locality ie masa makan, tidur dsbnya.

Mak Long share nota ppt. Blh print dan tampal kat ruang yg berkenaan. Ianya untuk cikgu guna frasa yg betul supaya anak2 dengar yang betul dan dpt ikut yang betul.

Silakan ambil kpd yg berminat dan panjang2kan. Moga bermanfaat.

https://drive.google.com/file/d/1jM03zEjDb-WE4-8PhbTHgygxlbYkAnzc/view?usp=drivesdk

Allahu 'Alam

🌾Mak Long
#EmpoweringYou

Friday, April 17, 2020

STRES BERPUNCA DARI SIKAP CUBA MENJADI SEMPURNA DAN MENCARI KESEMPURNAAN

Sikap cuba menjadi sempurna menyebabkan kita mudah penat dan "keterlaluan" atau "overwhelm". Ini menyebabkan kita stres. Apabila kita stres, kita mudah marah, rasa diri tidak dihargai atau menyalahkan orang lain. Kita tidak sedar kitalah puncanya.😀

Lebih parah lagi, apabila kita cuba menjadi sempurna kita mengharapkan kesempurnaan daripada orang lain. Kita lebih fokus kepada hasil yang kita mahukan. Proses yang berlaku menjadi tidak harmoni. Hubungan juga boleh terjejas.

Contoh: Ibu minta tolong anak basuh pinggan tetapi mengharapkan anak membasuh pinggan ikut cara yang dia mahukan. Jadi ibu memberi banyak arahan yang spesifik dan mengawal bagaimana anak membasuh pinggan. Kalau hasilnya berbeza, mungkin cara susun yang berbeza, ibu tidak berpuashati, meminta anak mengalihkan dan menyusun semula. 

Tindakan ibu itu menyebabkan anak berasa terkongkong, tidak boleh berfikir, tidak dihargai dan tidak bebas melakukan sesuatu mengikut kreativiti sendiri. Proses itu bukan sahaja menekan ibu tetapi juga memberi tekanan kepada anak. Lain kali mungkin dia tidak mahu atau mengelak daripada membasuh pinggan kerana tidak suka dengan cara ibu. Ibu pula stres kerana penat, berasa dirinya sahaja yang kena buat kerja rumah dan anak malas menolong. Apabila ibu stres, hilanglah seri di wajahnya dan dia mudah berleter. Anak menjadi rimas. Hubungan ibu dan anak terjejas.

Sempurna itu bukanlah sifat manusia. Apa yang sama mengenai sifat manusia adalah kita semua tidak sempurna dan kehidupan kita jauh dari kesempurnaan. 

Kejadian manusia tidak sempurna bermula dari kisah Nabi Adam AS yang melakukan kesilapan memakan buah pohon yang dilarang Allah kerana tipu daya iblis. Nabi Adam AS tidak menyalahkan iblis malah memohon ampun kepada Allah SWT dan mengaku menaniaya diri sendiri; dan Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke dunia sebagai Nabi.

Sebaliknya iblis angkuh dan sombong mengingkari perintah Allah SWT supaya sujud kepada Adam AS. Allah SWT mengeluarkan Iblis dari syurga dan iblis meminta supaya Allah SWT memanjangkan umurnya hingga hari kiamat untuk menyesatkan manusia.

Apabila kita menerima dan mengiktiraf hakikat diri dan kehidupan kita tidak sempurna kita lebih rahmah atau "compassionate" terhadap diri sendiri dan orang lain. Maka kita menjadi lebih tenang dan lebih santun dalam mendidik dan berinteraksi dengan orang lain.

Jika kita tersilap, kita segera istighfar, refleksi diri dan memohon petunjuk. Kita berusaha berubah dan progres.

Progres itu penting. Untuk progres, prosesnya mesti tenang. Ianya bermula dengan diri dan dalam diri kita. Raikan usaha dan perbezaan. Kita hanya bertindak sebagai pemudah cara. Kita boleh menegur atau memberi cadangan tetapi perlu berhemah. Yang mana perlu sahaja dan tidak terlalu banyak pada satu masa. Suasana menjadi lebih harmoni dan hubungan menjadi lebih baik. Kita memperkasakan diri dan orang-orang disekeliling kita.

Persoalannya, kenapa kita cuba menjadi sempurna dan mengejar kesempurnaan dalam kehidupan terutama kaum hawa. Kajian mendapati ianya disebabkan gerakan estim kendiri atau" self-esteem" yang mendesak kita untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara. Menjadi biasa-biasa atau "average" tidak cukup baik. Jadi ramai yang bersaing untuk menjadi terbaik dalam apa jua supaya merasa diri "cukup baik" hingga kadang-kadang menjatuhkan orang lain dengan pelbagai cara.

Baca di sini untuk lebih lanjut: "The Space Between Self-Esteem And Self-Compassion" oleh Dr Kristin Neff
http://rentis.blogspot.com/2020/04/catatan-space-between-self-esteem-vs.html?m=1

Ya Allah, jadikan kami antara orang-orang yang beruntung yakni yang selalu menghisab diri, memohon ampun serta mengharap rahmatMu dan jauhi kami dari sifat sombong dan angkuh.

Surah Al-Araf, Ayat 23:
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami, dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari kalangan orang-orang yang rugi".

"Practice makes improvement"

"Kembalikan peranan ibu bapa, perkasakan institusi keluarga"

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#SentuhanBapaBelaianIbu
#DudukRumah
Hari ke 32

Thursday, April 16, 2020

CATATAN "THE SPACE BETWEEN SELF-ESTEEM AND SELF-COMPASSION"- KRISTIN NEFF TED TALK

Salam. Semalam Mak Long mendengar Ted Talk Kristin Neff bertajuk "The Space Between Self-Esteem and Self-Compassion". https://youtu.be/IvtZBUSplr4

Menarik sekali perkongsian Kristin Neff dengan tonasi suara yang lunak. Ianya membawa Mak Long berfikir dan reflek diri. Bagaimana Mak Long menyantuni diri sendiri; menyantuni diri dengan baik dan belas kasihan atau sebaliknya melayan umpama musuh? 

Mak Long catatkan ted talk ini.
Moga beroleh manfaat. Allahu 'Alam.

✏SELF-ESTEEM VS SELF-COMPASSION.

Compassion is important not only to others but to ourselves. The importance of including oneself in the circle of compassion, of treating oneself with the same kindness, care and concern that we treat a good friend. Compassion is needed especially in difficult times of our life.

Self-compassion offers a lot of benefit that self-esteem doesn't.

So let's first look at the meaning of self-esteem.

📌SELF-ESTEEM

It is the global evaluatian of self-worth, a self-judgement--am I a good person or am I a bad person.

For many years pychologists saw self-esteem as the marker of pschological health, and there is a lot of reason for that.

There is a lot of research that shows if you have low self-esteem, you hate yourself, you going to be depressed, anxious and all sorts of pychological problems. If it gets really bad; you might consider suicide.

However, high self-esteem is also problematic. The problem is not if you have it, it is how you have it. 

In American culture, to have high self-esteem is to feel special and above average. It is not okay to be average. It is considered an insult to be average.

So what happens if we all want to be above average?

We started playing the little game, we started finding ways to puff ourselves up and put others down so we can feel better about ourselves in comparison.

Some people take this to an extreme. You may or may not know, there is an epidemic of narsarsist in American culture. Reserch tracking the narcarsism levels of college undergraduates for the past 25 years and they are at the highest level ever recorded. A lot of pychologists believe it is because of the self-esteem movement in schools.

There is a lot of nasty social dynamics that stem from needing to feel better than others, to feel good about ourselves. There is also an epidemic of bullying in schools.

Why do kids bully? Why do kids who are forming their sense of self feel they have to bully others.

It's partly to build their own self-esteem, to feel stronger and more powerful than the other kids they are bullying.

Why are we prejudice? Why we feel better as a group or community than others?

Another problem with self-esteem is it is contingen on success. We only feel good about ourselves when we succeed in the domains of life that are important to us. 

What happens if we fail? What happens if we don't meet our ideal standards?

We feel lowsy, we feel teribble about ourselves. It is worse for women. Research shows the number one domain in which women invest in self-esteem is the perception of how attractive they are and the standards for women are so high.

Therefore, how do we get of the treadmill, this constant need to feel better than others; so that we can feel good about ourselves????

That's where self-compassion comes in.

📌SELF-COMPASSION

Self-compassion is not about judging ourselves positively. 

Self-compassion is a way of relating to ourselves kindly, embracing ourselves as we are, flaws and all.

📌3 CORE CONCEPTS OF SELF-COMPASSION

📚1. Self-kindness

Kindness vs harsh judgement.

Treating ourselves like we treated a good friend with encouragement, understanding, empathy, patience and gentleness.

Check how we treat ourselves especially on bad days where things aren't going very well. Often, we are harsher to ourselves and more cruel in the language we use. We say things to ourselves we would never say to someone we care about. We say to ourselves probably we wouldn't say to someone we didn't like very much. We are our own worst enemy.

With self-compassion we reverse the pattern and start treating ourselves like we treat our good friends.

📚2. Common Humanity

Self-esteem asks--how I am different than others?; self-compassion asks--how I am the same as others?

What are the ways we are the same as others; what does it mean to be human? All of us, the entire globe, we are imperfect people and our lives are imperfect. That is the shared human being experience. 

Often what happens though, irrational, when we notice something is wrong with ourselves, we haven't reach our goal or we are struggling in life, we feel as if "something has gone wrong here", "this isn't normal" and "I shouldn't be failing to reach my goals".

The feeling of abnormality, of separation from others is so pyschologically damaging. We make it so much worse we are isolated in our suffering and our imperfection. When in fact, that is precisely what connects us to other people.

📚3. Mindfulness

Mindfulness means being in with what is in the present moment. 

We need to turn toward, acknowledge, validate and accept we are suffering to feel compassionate about ourselves. Oftentimes, we are not aware of our own suffering and the suffering comes from our own harsh self-criticism. We get so lost in the role of self-critic, so identified with the part of ourselves that put the back up straight saying,  "you are wrong, you should have done better" without noticing the pain we are causing to ourselves.

If we don't know what we are doing to ourselves with our harsh self-criticism, we cannot give ourselves the compassion we need.

So if we know it is painful, why do we do it?

There is a lot of reasons for self-criticism but the number one reason is we believe that we need self-criticism to motivate ourselves. If we are to kind to ourselves, we are self-indulgent and lazy.

So the question is: is it true?

Actually, research shows just the opposite. Self-criticism underminds our motivation.

When we critisize ourselves, we are tapping at our bodies' threat-defense system, the reptilian brain. The system evolved if there is a threat to our physical person, we would release adrenaline and cortisol that prepare for fight-or-fight response. The system response cause threats to own bodily self. Modern time threats, typically, not to one self but one self-concept.

When we think a thought about ourselves that we don't like, there is some imperfection, we feel threatened so we attack the problem meaning we attack ourselves.

What self-criticism, it is a double whammy, we are both the attacker and the attacked.

So self-criticism releases a lot of cortisol. If you are constantly self-critic, you have high level of stress and eventually the body shuts down to protect itself and you become depressed. And depression is not a motivational mindstate.

Fortunately, there is another way to feel safe, that is by tapping into the mammalian caregiver system. What is unique about mammals, they are born immature in which the infant want to be close to the mother and stay safe. Which means we are programmed to response to warmth, gentle touch and soft vocalisation.

When we give ourself self-compassion, reseach shows we actually reduce our cortisol levels and release ocytoxyn and opiates which are the feel-good hormones.

Thus, when we feel safe and comforted, we are in our optimal mindstate to do our best.

Self-compassion very strongly related to mental well-being, less deppresion, less anxiety, less stress, less perfectionism. It is equally strongly related to positive states, like happiness, life satisfaction, it leads to greater motivation, taking greater self-responsibily and making healthier life style choices.

This also linked to having more sense of connections to others, better interpersonal relationship.

It is actually very easy too see when we think about how to best motivate our children. For example, a son coming home from school with a failing math grade. The father has two different ways to motivate the child.

The first is when the son shows the failing math grade, he father give harsh critivism by saying, "I am ashamed of you, you' ll never amount to anything." Doesn't that make you cringe? Isn't that often precisely the type of language we use with ourselves?

What will happen to that son? Will he try harder? He will for a short term but eventually he is going to lose faith in himself. He will become depress and probably give up math because the consequences of failing math again is too dire.

But what if the father take a more compassionate approach. The son comes home, shows him the failing math grade and the father says "Uhh, ouch, it must be hurting. Give me a hug. I still love you. It happens to everyone. I know you want to go to get your math grade up because you want to go to college."

Here is what compassion says: "What can I do to help? How can I support you?"

The more loving and compassionate the father is, the better state, emotionally the son will be to do his best.

There has been an increase in the number of research carried out on self-compassion in recent years. Research finds self-compassion offers the benefit of self-esteem without the pitfalls. It is associated with strong mentel health. It is not associated with narsarcism, or constant social comparison or ego-defense aggression.

It also provides a much stable sense of self-worth than self-esteem does because it is there for you precisely when you fail. Just when self-esteem deserts you, self-compassion steps in. It gives you the sense of feeling valuable not because you have reached some standards or judge yourself positively but you are human worthy of love at that moment.

People sometimes think self-compassion is self-indulgent or selfish. It is not because the more we are able to keep our hearts open to ourselves, the more we have available to others.

So let's be more compassionate to ourselves. Especially women. You know how to do it. You know how to be a good friend. You know what to say to comfort someone when they are in need. You just have to remember to be a good friend to yourself.

It is easier than you think and it really could change your life. That is why self-compassion is an idea worth spreading.

Thank you.
Kristin Nelf

Catatan:
🌾Mak Long
#DudukRumah
Hari ke 30


Sunday, April 12, 2020

UDANG MASAK TEMPOYAK

Hari ini Mak Long masak udang masak tempoyak, goreng kacang bendi dan ikan untuk makan tengahari. 

Mak Long kongsikan resepi udang masak tempoyak kegemaran anak-anak. Ini resepi ala orang Raub. Tidak menggunakan bawang. Senang dan cepat. 

Bahan-bahan:

Setengah kilo udang besar(dibersih)
15 biji cili api (boleh tambah jika nak lebih pedas atau kurangkan)
2 sudu besar tempoyak 
2 inci kunyit hidup
2 cawan santan pekat atau setengah biji kelapa (boleh diganti dengan susu cair)
2 biji tomato (dipotong 6)
Garam secukup rasa.

Cara Membuat:

1. Kisar cili, kunyit hidup, tempoyak dan secawan air. Masukkan dalam periuk.
2. Masukkan santan dan kacau hingga mendidih. 
3. Masukkan udang, tomato dan garam. Biarkan mendidih sebentar. Jangan terlalu lama nanti udang keras dan tomato terlalu lembut.
4. Sedia dihidang.

Kalau yang suka petai boleh juga letak petai. Mak Long suka juga tapi tak dapat cari petai masa PKP ni.

Selamat mencuba😁

"Masak memasak membawa bahagia."

🌾Mak Long
#DudukRumah
Hari ke 26


Saturday, April 11, 2020

ALAM YANG DIRINDUI

ALAM YANG DIRINDUI

Assalamualaikum. Salam keindahan dan kedamaian buat semua di mana jua berada. 

Cuaca mendung di Kuantan. Hari ini masuk hari ke 26 PKP.  Puas juga duduk dalam rumah. Mak Long bersyukur boleh keluar menjengok sedikit kehijauan di laman yang kecil di hadapan rumah teres kami. Alhamdulillah. Rindu nak ke pantai, sungai dan balik kampung bertemu alam dan mendengar keriuhan suara anak-anak bermain di alam yang Mak Long rindui.

Namun sebelum ini pun keriuhan suara kecil itu semakin lama semakin kurang. Tidak seperti dulu lagi. Ibu bapa sekarang ramai yang tak begitu suka anak bermain di alam. Mereka kata kotor, bahaya dan tak ada masa nak bawa anak ke taman setiap petang. Sekarang anak-anak kita kena berkurung dalam rumah kerana PKP. Kesian. Riuh bermain di dalam rumah sahaja sepanjang masa. Semoga keruihan  mereka menjadi halwa telinga ibu ayah bukan sebaliknya.

Kita sudah semakin jauh dari alam. Kita lupa untuk menghargai alam. Kita menggunakan alam sesukanya tanpa memikirkan implikasinya. Kita tidak memulihara alam. Kita lupa betapa pentingnya alam kepada kehidupan. Kita tak sedar kesan tiadanya interaksi alam kepada jiwa.

Alam dan manusia tidak boleh dipisahkan. Alam membawa kita mengenal tuhan. Alam ada peranannya dalam mendidik jiwa.

Teringat puisi bertajuk " Mana Dia" yang Mak Long tulis dahulu. Ianya agak panjang tetapi hayatilah bait-baitnya.

Mana dia
Sinar mentari pagi
Embun di dedaun
Kicauan burung
Lambaian pepohon
Tiupan angin
Haruman bungaan
Rama-rama dan unggas bertandang...

Mana dia
Hijaunya rumput
Lembutnya tanah
Putihnya awan
Jernihnya air sungai
Birunya laut
Merdunya desiran ombak
Damainya ikan-ikan yg berenang
Anggunnya camar yang berterbangan
Banyaknya batu dan cengkerang yang boleh dikutip
Luasnya hamparan pasir yang boleh dibina

Mana dia
Cahaya senja nan merah
Mentari berlabuh
Malam yang damai
Berteman pungguk berjaga
Suara cengkerik menyanyi
Pekat malam dihiasi sinar rembulan
Kerdipan bintang-bintang bertaburan

Mana dia
Rintik hujan yang nyaman
Suara kodok yang memanggil
Tupai yang berlari
Daun semalu yang kucup dan terkulai
Bumi yang basah
Berudu yang berenang dilopak air
Pelangi yang indah selepas hujan

Mana dia
Warna-warna alam
Flora dan fauna
Yang ada hanya
Hutan batu
Jeriji yang memagari
Bunga-buangan plastik
Diwarnakan meriah
Mungkin indah di matamu
Tidak dimataku
Biarkan saja perabut dan dinding berwarna asli
Biarkan saja aku kenal
Warna-warna alam
Usah biarkan diriku dalam dunia fantasi
Realiti membuatku bahagia
Imaginasiku membawaku mencipta
Biarkan saja karya dan lukisanku mewarnai
Bukankah lebih harmoni
Bukankah lebih indah
Lukisanku dengan warna-warna alam
Yang tersirat penuh makna

Mana dia
Keindahan alam
Ciptaan Yang Maha Besar
Bawalah aku melihat dan merasai kebesaranNya
Hubungi jiwa halusku dengan yang ciptaanNya
Biar aku bermain dan meneroka alam
Dengan deriaku
Agar aku faham dunia persekitaranku
Tentu sekali damai jiwaku
Tenang hari-hariku
Membawa aku berfikir
Tentang kejadian langit dan bumi
Tentu banyak sekali persoalanku
Hingga akan tiba ketikanya
Aku akan bertanya...
Siapa yang menjadikan alam ini?
Soalan fitrah dari seorang khalifah kecil
Yang masih suci
Ibarat sehelai kain putih
Yang sedia diwarnai.

Entah bila PKP akan berakhir. Semoga kita mengambil pengajaran atas apa yang berlaku. Hendaknya kita lebih menghargai dan menjaga alam selepas PKP ini.

Anak-anak perlu bermain di alam. Jiwa suci mereka harus dihubungkan dengan alam supaya tersemai benih iman seawal usia. Rujuk peranan alam dalam mendidik di sini. http://rentis.blogspot.com/2007/08/semai-iman-anak-melalui-interaksi.html?m=1

Sementara itu, manfaatkanlah alam yang sedikit sepanjang PKP ini. Boleh diusahakan menaman sayur sayuran dalam pasu bagi yang tiada laman. Libatkan anak-anak dengan elemen alam yang banyak semasa proses memasak. Main air juga baik. Kalau ada pasir biarlah anak main. Tentu mereka seronok.

Rujuk artikel "Main air baik untuk perkembangan anak." http://rentis.blogspot.com/2019/09/main-air-baik-untuk-perkembangan-anak.html?m=1

Bersabarlah wahai anak. Alam sedia menantimu. Kita boleh menang melawan virus ini bersama, insyaaAllah. Kita bisa bermain lagi di alam yang indah kurniaan Ilahi buat kita semua.

"Kanak-kanak yang tidak dibenarkan bermain akan mati jiwanya"-Imam Al-Ghazali.

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/ Mak Long
rentis.blogspot.com
#SentuhanBapaBelaianIbu
#DudukRumah
Hari ke 25

DAMAI YANG HILANG

Mencari
Ku mencari damai
Jauh aku berjalan
Menempuh jalan berliku
Namun tiada ketemu
Malah terasa semakin jauh

Mencari
Ku mencari damai
Damai yang hilang
Ku temui jua...
Dekat denganku

🌾Nah
#DudukRumah

MEMASAK DARI HATI YANG MURNI DENGAN ZIKIR DAN DOA BAWA BAHAGIA PADA DIRI DAN KELUARGA


Salam semua. Masak apa hari ini? Mak Long hari ini masak capati dan kari ayam. Itu antara masakan kegemaran Mak Long.
Tiba-tiba kenangan bersama arwah emak kembali menerjah fikiran dan menyentuh kalbu. Indah sekali. Terbayang arwahnya membongkok mencanai di sisi dapur, memasak capati di atas kuali leper, membalik balikkan capati dan meleser minyak sapi di atasnya sesudah masak. Anak-anak sedia menunggu di sisi untuk berbahagi rezeki.

Kini segalanya sudah berlalu. Tiada lagi momen sebegitu di rumah kecil itu. Tiada lagi hati semurni itu. Tiada lagi wajah sedamai itu. Tiada lagi air tangan seenak itu😢. 

Adik beradik yang masih ada perlu meneruskan warisan dan berbahagi rezeki yang ada di waktu senang dan susah.

Sekarang Mak Long lebih mengerti 
mengapa emak begitu rajin memasak dan suka memasak masakan kegemaran anak-anak. Ada yang tersirat dan ada bahagia yang digapai. Terserlah kedamaian diwajahnya walau dalam susah payah prosesnya pada masa dahulu tanpa peralatan moden. Memasak dari hati dengan kasih sayang dan penuh pengharapan. 

PKP disambung lagi. Ayuh kita cipta momen-momen berharga bersama anak-anak di rumah. Contohnya memasak. Proses memasak dari hati yang suci serta zikir dan doa insyaAllah membawa bahagia dari dalam diri dan rumah kita. Bersama anak-anak kita. Juga pasangan kita. 

Boleh dapatkan doa dan zikir semasa memasak di sini http://rentis.blogspot.com/2007/05/tip-32-himpunan-doa-untuk-anak.html?m=1

Hargailah masa sekarang. Usah terlalu risau masa akan datang kerana belum tentu ia milik kita. Mungkin juga peluang bersama setiap hari sebegini tidak datang lagi. Moga ianya menjadi memori terindah buat kita semua. 

Bagi yang nak resepi capati Mak Long,  ianya macam dalam ni https://youtu.be/7U6fugdaBBQ
Cuma biasanya arwah emak tidak menggunakan minyak semasa mengoreng. Dia ratakan sedikit minyak sapi apabila sudah masak sementara masih panas. Capati enak dimakan dengan kuah dal, kari ikan, kari daging, kari ayam atau kari kambing. Boleh juga dimakan dengan sardin atau gulai. Boleh buat "wrap" dengan sayuran. Makan begitu saja pun sedap. Nak pulak masa masih panas.

Kalau nak buat frozen, goreng separuh masak dan simpan dalam tempat disimpan beku atau "freezer". 

Selamat mencuba😃.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

 “Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”

"Masak memasak membawa bahagia"

🌾Mak Long
#SentuhanBapaBelaianIbu
#DudukRumah
Hari ke 25


Friday, April 10, 2020

SUSUN ATUR DALAM RUMAH BANTU IBU BAPA LATIH ANAK URUS DIRI DAN BERDIKARI DENGAN LEBIH BERKESAN

Anak: Mak, tak ada pun stokin kat dalam almari ni.

Mak: Ada kat dalam tu. Cari dengan mata bukan dengan mulut.

Anak: Tak ada. Abang Ngah dah cari.

Mak: Kalau mak jumpa kang. Siap! (dengus maknya sambil menghampiri almari dan mengambil stokin)

Ni apa😈mata letak kat mana. Huhh. Cari tak jumpa sokmo. 

Pernah tak anda mengalami situasi begini contoh anak lelaki tidak jumpa barang peribadi dan keadaan menjadi kelam kabut terutama di waktu pagi? Harap dialognya tidak seperti di atas. Huhu. Kadang kala si suami pun sama. Sabar jelah kan.

Pernah tak mak-mak terfikir kenapa ianya kerap berlaku dan ada tak jalan untuk mengatasinya?

Ada. InsyaAllah ada jalannya jika kita memahami ciri-ciri perbezaan lelaki dan perempuan. Dalam situasi tadi pandangan mata lelaki dan perempuan berbeza.

Pandangan mata perempuan lebih melebar manakala pandangan mata lelaki lebih tajam. Mata lelaki melihat umpama teropong, jelas dan lebih fokus berbanding perempuan. Mata perempuan  melebar untuk melihat lebih banyak iaitu meliputi lebih dari 180 darjah.

Ia dijadikan begitu supaya sesuai dengan peranan dan tugas masing-masing. Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, otak lelaki dipersiapkan untuk memburu manakala perempuan mengurus rumahtangga. 

Kerana mengambil kira perbezaan pandangan mata ini, Mak Long menggunakan laci untuk suami dan anak-anak lelaki supaya memudahkan mereka menyimpan dan mengambil barang kepunyaan masing-masing. Mak Long juga melabel laci mengikut kategori seperti baju, seluar dan stokin. Ia sangat membantu terutama pada waktu pagi yang sibuk kerana ia memudahkan mereka mencari barang keperluan peribadi.

Mak Long dan anak perempuan lebih selesa menggunakan almari untuk pakaian.

Di dapur Mak Long menggunakan laci juga untuk mengasingkan perkakas dapur seperti sudu, garfu, senduk dan sebagainya. Mak Long beli rak bertingkat plastik yang banyak dijual di kedai. 

Untuk perkakas lain yang besar, Mak Long menggunakan almari yang ada rak bertingkat dan susun barang mengikut jenis.

Peti ais pun sama. Kalau disusun tanpa sistem dan selalu diubah-ubah susah anak nak cari barang. Ada yang ambil masa lama merenung depan peti ais. Kalau maknya yang suruh ambil barang dalam peti ais kemungkinan menyinga juga. Huhu.

Memahami perbezaan anak lelaki dan anak perempuan membantu ibu bapa menyusun atur peralatan dan perabut rumah supaya lebih sistematik dan sesuai dengan fitrah. Dengan ini anak lebih mudah dilatih kemahiran urus diri sejak kecil. Mereka juga lebih cepat berdikari. Ibu bapa bertindak sebagai permudah cara sahaja. Jika tidak mungkin ada ibu bapa yang menyiapkan segalanya saban hari untuk mengelakkan senario yang sama berulang. Anak pula akan selesa sampai ke besar. 

Susun atur dalam rumah yang kondusif membantu pengurusan rumah tangga dengan lebih sistematik. 

PKP ada rahmatnya. Ia memberi peluang kita duduk di rumah bersama keluarga. Ibu bapa boleh menilai semula susun atur dalam rumah dan membuat pengubahsuaian yang mana perlu. Libatkan anak-anak. Mereka memang suka menolong.

Jika kita semakin tenang melaksanakan tugas hakiki di rumah maknanya kita sudah memaknai dan menjiwai prosesnya yang juga merupakan ibadah.

Jom audit, reset fitrah diri dan tunaikan amanah kita. Kita jaga kita.

"Kembalikan Peranan Ibu Bapa, Perkasakan Institusi Keluarga"

Allahu 'Alam.:

1. "Why Men Don't Listen And Woman Can't Read Map" -Alan and Barbara Pease

2. " Suami Hensem, Isteri Ohsem"- Ahmad Shafiai Uda Jaafar
(Pak Utih)

Sekian. Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long

# SentuhanBapaBelaianIbu

#DudukRumah

Hari ke 24


Wednesday, April 8, 2020

KAEDAH ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI TASKA WAJAR DICONTOHI DAN DIPRAKTIK DI RUMAH

Assalamualaikum ummi abi, ibu ayah dan mak abah semua. Salam keindahan dan kedamaian. Semoga sihat sejahtera hendaknya seisi keluarga.

Hari ini sudah masuk hari ke 22 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimana semua duduk di rumah tu. Harap segalanya baik dan semakin hari semakin tenang.

Pernah tak terfikir bagaimana pengasuh boleh menjaga kanak-kanak dalam bilangan yang ramai saban hari di TASKA berbanding kita di rumah yang kadang-kadang pening menjaga dua tiga orang anak sahaja. Mak Long pun sama dulu masa anak-anak kecil sehinggalah Mak Long menceburi bidang pengasuhan bermula dengan bekerja sebagai pengasuh. Banyak perkara yang Mak Long pelajari dari situ dan mempraktikan di rumah sepanjang proses membesarkan tiga orang anak-anak Mak Long.

Apa itu TASKA? Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) menyediakan perkhidmatan asuhan gantian atau "alternative child care" kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bagi memberi kemudahan kepada ibu bapa, khususnya wanita bekerja. Ianya tertakluk kepada Akta Taman Aauhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) yang  mengadakan memperuntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

TASKA bukan hanya menekankan aspek penjagaan. Ianya menawarkan khidmat asuhan dan didikan awal kanak-kanak berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara (KPN) yang wajib digunapakai di semua TASKA berdaftar. 

Skop KPN meliputi dua komponen utama, iaitu Komponen asas Pengasuhan Bayi dan Kanak-kanak, dan bidang pembelajaran PERMATA untuk perkembangan kanak-kanak.

Jadi nak tahu bagaimana operasi TASKA dikendalikan setiap hari. 

📌Pertama- Persekitaran yang kondusif.

TASKA menyediakan persekitaran dalam dan luar dengan peralatan dan perabut yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Aspek keselamatan diutamakan. Ruang makan, rehat dan tidur serta sudut-sudut seperti sudut main peranan, sudut prabaca dan sudut blok diadakan untuk menggalakkan perkembangan bayi dan kanak-kanak.

TASKA wajib menyediakan ruang dan sudut serta peralatan dan perabut mengikut keperluan bilangan dan umur kanak-kanak yang diambil. Bilangan kanak-kanak yang boleh diambil adalah tertakluk kepada keluasan lantai 3.5m persegi untuk setiap kanak-kanak. Nisbah pengasuh:kanak-kanak adalah 1:3 untuk bayi bawah umur 1 tahun, 1:5 untuk kanak-kanak 1-3 tahun dan 1:10 untuk kanak-kanak 3-4 tahun. 

📌Kedua- Perancangan tahunan, jadual mingguan dan jadual harian sebagai panduan. 

Perancangan tahunan disediakan  di TASKA untuk memudahkan pengasuh merancang aktiviti atau program sepanjang tahun mengikut tema dan peristiwa sepanjang tahun.

Jadual mingguan TASKA mengandungi rutin dan pembelajaran yang dirancang sepanjang minggu. Ianya mengandungi elemen rutin, aktiviti PERMATA, transisi dan permainan bebas.

Jadual harian pula memudahkan pengasuh memahami dan melaksanakan proses pembelajaran kanak-kanak sepanjang hari.

Biasanya operasi TASKA bermula seawal pukul 7 pagi. Pengasuh menyambut ketibaan kanak-kanak dan melakukan pemeriksaan fizikal dilakukan untuk memastikan tahap kesihatan kanak-kanak dan merekodkan dalam buku log harian setiap kanak-kanak. 

Kemudian masa untuk mandi, berus gigi, bersiap untuk sarapan dan aktiviti "circle time" dalam kumpulan. 

Dalam pukul 9.00 pagi kanak-kanak menjalani aktiviti luar seperti "nature walk", main air, main pasir atau main bebas selama 1 jam dan masuk semula ke dalam untuk minum pagi. Bayi diberi susu dan waktu untuk tidur.

Kanak-kanak lain pula mengikuti aktiviti PERMATA yang dirancang seminggu sebelum oleh pengasuh mengikut pelaksanaan aktiviti pembelajaran PERMATA berdasarkan:-

Modul 1: Umur lahir hingga 6 bulan
Modul 2: Umur  6 bulan hingga 12 bulan
Modul 3: Umur 1 tahun hingga 2 tahun
Modul 4: Umur 2 hingga 3 tahun
Modul 5: Umur 3 hingga 4 tahun
Modul 6: Modul pengayaan untuk 4+ tahun

Aktiviti dirancang setiap minggu secara seimbang dan menyeluruh meliputi enam perkembangan iaitu:-

1. Perkembangan fizikal
2. Perkembangan sahsiah sosioemosi dan kerohanian
3, Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
4. Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik
5. Perkembangan deria dan pemahaman dunia bersekitaran 
6. Perkembangan kreativiti dan estetika.

Contoh web aktiviti mingguan bayi berumur 9 bulan
http://rentis.blogspot.com/2019/02/aktiviti-bayi-di-taska.html

Makan tengahari pada pukul 11.30 pagi diikuti dengan gosok gigi dan mandi/bersihkan diri sebelum waktu tidur. Kanak-kanak rehat dan tidur dari 12.30 tengahari hingga sekitar pukul 3.00 petang.

Bagaimana kanak-kanak semua boleh  tidur serentak? Sebab mereka aktif dari pagi dan sudah penat. Kalau lambat sikit ada yang tertidur di merata tempat.

Waktu kanak-kanak tidur pengasuh bergilir-gilir rehat, makan dan solat.  Kemudian mengisi buku log harian yang mencatatkan aktiviti, perkembangan, tingkah laku kanak-kanak dan jika ada pesanan untuk ibu bapa. Mereka juga menyediakan bahan untuk aktiviti keesokkan harinya dan merancang aktiviti untuk minggu berikutnya.

Waktu ini bayi di bilik berasingan biasanya sudah bangun, disalin lampin dan diberi makan tengahari  Kemudian bayi juga mengikuti aktiviti yang dirancang dan aktiviti bebas sebelum tidur waktu petang.

Kanak-kanak bangun, mandi dan bersiap untuk minum petang dalam pukul 4.30 petang dan kemudian main bebas  di sudut-sudut pembelajaran.

5.30 petang biasanya kanak-kanak main di luar sambil menunggu ibu ayah menjemput mereka pulang.

Pengasuh hanya boleh pulang selepas semua kanak-kanak pulang biasanya paling awal 6.30 petang.

📌Ketiga- Kanak-kanak dilatih kemahiran urus diri.

Latihan mengurus diri diberikan supaya kanak-kanak boleh berdikari dan mengurus diri tanpa bantuan  Seawal usia 6 bulan bayi sudah dilatih mengurus diri mengikut tahap kebolehan dengan bimbingan dan bantuan. Pengasuh bertindak sebagai pemudahcara.

Melalui aktiviti rutin, kanak-kanak dilatih mengurus diri seperti makan, mandi, gosok gigi, buang air di tandas, memakai pakaian, menyediakan alat permainan, mengemas permainan dan sebagainya. Biasanya kanak-kanak 3 dan 4 tahun sudah mahir melakukan semuanya sendiri tanpa bantuan.

Adab dan doa juga diterapkan dalam rutin seperti adab dan doa sebelum dan selepas makan, masuk dan keluar tandas, sebelum tidur dan selepas bangun tidur dan sebagainya. Anak kecil mudah sekali mengamalkan adab dan menghafal doa melalui kaedah ini.

📌Keempat- Proses lebih penting dari hasilnya. 

Tiada tekanan kepada pengasuh untuk memaksa kanak-kanak mendapatkan hasil yang ditentukan atau membanding-bandingkan antara satu kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian dan hasil kerja mereka diterima seadanya. Mereka digalakkan berkembang dan progres mengikut kemampuan masing-masing. 

📌Kelima: TASKA menyediakan menu dan pemakanan seimbang.

Kanak-kanak diberikan makanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik selaras dengan Index BMI bagi umurnya.

Tiga set menu mingguan yang diulang setiap 3 minggu untuk bàyi enam bulan ke atas hingga 2 tahun dan kanak-kanak 2 hingga 4 tahun disediakan supaya kanak-kanak dapat pelbagai makanan seimbang dan tidak mudah jemu.

Aktiviti PERMATA bagi pemakanan juga dititikberatkan. Pengasuh merancang dan melaksanakan aktiviti bagi menggalakkan kanak-kanak memahami khasiat dan kebaikan makan pemakanan sihat dan mengamalkan kebersihan.

Contoh rancangan pelaksanaan aktiviti pemakanan.
http://rentis.blogspot.com/2018/11/rpa-di-taska-makan-ikan-baik-untuk-saya.html?m=1

📌Keenam- Memahami dan mengurus tingkah laku kanak-kanak. 

Amalan asuhan dan interaksi yang menyokong keperluan fizikal, emosi dan akal kanak-kanak di TASKA menggalakkan mereka membina rasa selamat, yakin diri, rasa diterima, disayangi dan dihargai. Ianya juga mengurangkan masalah tingkah laku dikalangan kanak-kanak.

Jika berlaku masalah tingkah laku ianya diurus oleh pengasuh yang diberi latihan berkaitan tingkah laku, jenis-jenis tingkah laku, bagaimana kanak-kanak mempelajarinya, faktor yang menyebabkan perubahan tingkah laku dan cara mengatasinya.

📌Ketujuh- Pemerhatian dan penaksiran.

Pemerhatian berterusan semasa kanak-kanak bermain, terlibat dalam aktiviti dan rutin seharian dilakukan oleh pengasuh untuk mendapatkan maklumat mengenai tingkah laku dan menilai tahap perkembangan bayi dan kanak-kanak pada setiap domain.

Pengesan awal juga dilakukan bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Pengasuh didedahkan dengan jenis keperluan khas, tanda awal, pakar rujuk, intervensi awal dan peranan serta tanggungjawab pengasuh.

Pelaporan rekod pertumbuhan dan kemajuan perkembangan dan perbincangan dengan ibu bapa diadakan dari masa ke semasa.

Sudah agak panjang lebar Mak Long menceritakan serba ringkas perjalanan operasi dan peranan serta tanggungjawab pengasuh.

Kerjaya sebagai pengasuh bukan mudah. Ianya memerlukan minat dan komitmen yang tinggi. Upahnya pula mungkin tidak setimpal. Rata-rata pengasuh TASKA masih dibayar gaji minimum.

PKP membawa rahmat yang banyak. Antaranya memberi kerehatan kepada pengasuh yang jarang-jarang dapat cuti yang lama. Berehatlah wahai pengasuh. Kumpulkan kekuatan untuk kembali bekerja selepas PKP.  Khidmatmu sangat diperlukan. Mana mungkin kami ibu bapa dapat keluar bekerja dengan tenang tanpa sokongan dan baktimu. Jasamu dikenang.

Pengasuh perlu bersedia untuk menghadapi sesi penyesuaian semula setelah lama anak-anak bercuti. Ramai juga yang akan menangis kerana tak mahu ditinggalkan.

PKP juga mengembalikan tugas dan tanggungjawab menjaga dan mendidik sepenuhnya kepada ibu bapa. Inilah peluang untuk ibu bapa menunaikan amanah yang Allah berikan kepada setiap ibu bapa sebaik mungkin.

Kaedah yang sistemetik yang digunapakai di TASKA wajar dicontohi dan dipraktikan dirumah supaya wujud kesinambungan asuhan dan didikan TASKA dan rumah demi kesejahteraan anak-anak. Ianya mungkin perlu disesuaikan dengan suasana di rumah dan keperluan setiap keluarga. Semoga ianya membantu melancarkan tugas dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak setiap hari.

Semoga Allah memudahkan segala urusan mengasuh dan mendidik anak-anak semasa PKP ini.  Kita jaga kita.

"Rumah Madrasah Pertama. Ibu Bapa Guru Utama."
"Kembalikan Peranan Ibu Bapa. Perkasakan Institusi Keluarga."

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#SentuhanBapaBelaianIbu
#DudukRumah
Hari ke 22

Monday, April 6, 2020

REFLEKSI DAN TRANSFORMASI DIRI IBU BAPA PENTING DALAM MENDIDIK ANAK.



Hari ini masuk hari ke 21 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Perintah duduk di rumah menyaksikan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak yang selama ini digalas bersama pengasuh dan guru kini terletak sepenuhnya di bahu ibu bapa. Perubahan yang berlaku perlu diterima dan kita juga perlu menyesuaikan diri dengan keadaan yang agak sukar dan tidak menentu ini. Setiap orang ada cabarannya tersendiri dalam situasi sekarang. Ada yang perlu bekerja dari rumah. Ada juga yang hilang mata pencarian. 

Siapa pun kita dan apa jua cabaran yang dihadapi, PKP mengingatkan kita bahawa anak adalah amanah dan ujian. Bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab menjaga, mendidik dan menghadapi karenah anak-anak di rumah sepanjang hari ini juga mencerminkan diri kita.

Bersabar itu bukan bermakna hanya menunggu keadaan pulih seperti biasa tetapi bagaimana sikap kita dalam menjalaninya. Bagaimana kita menangani masalah tingkah laku anak-anak saban hari. Adakah kita mengambil sikap mendidik atau hanya bertindak mengikut emosi. 

Contoh: Ibu sedang penat dengan kerja-kerja rumah dan tertekan dengan tugasan kerja dari rumah. Anak-anak pula bergaduh, jadi ibu memarahi dan meminta anak yang lebih besar beralah dengan yang lebih kecil tanpa usul periksa. Ibu itu tidak sedar tindakan seperti ini boleh menyebabkan anak merasa ibu pilih kasih dengan melebihkan si adik dan ianya boleh menyebabkan anak itu memberontak. Yang lebih parah lagi apabila ini berlaku ibu melabel anak itu degil dan susah dibentuk. Situasi yang berharga yang seharusnya diambil sebagai masa yang sesuai untuk mendidik anak dengan menegur secara hikmah dan membuat refleksi  bersama anak sudah menjadi situasi yang memberi kesan negatif kepada emosi ibu dan anak.

Dalam banyak keadaan apabila berlaku masalah tingkah laku, ibu bapa mahukan anak berubah tanpa menyedari bahawa ianya terlebih dahulu memerlukan proses refleksi dan tranformasi diri ibu bapa itu sendiri. Jika kita asyik bersikap menyalahkan anak dan bertindak dengan cara yang sama mana mungkin kita mengharapkan hasil yang berlainan. 

Seringkali juga kita menyalahkan faktor luaran seperti sekolah dan guru tanpa langsung melihat dari  perspektif peranan kita sebagai ibu bapa.

Kita tidak mampu untuk jadi sempurna dan sifat kesempurnaan bukan ada pada kita tetapi kita mampu menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Ayuh kita muhasabah diri, mengaku kelemahan diri, berusaha mencari ilmu dan kemahiran untuk terus progres pada jalan-jalan kebenaran dalam menyantuni anak-anak. Ianya adalah proses penyucian jiwa dengan berjihad melawan hawa nafsu dan berubah ke arah kebaikan, insyaaAllah.

Walau bagaimanapun ianya bukan sesuatu yang mudah. Kita akan terus melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak. Yang penting kita selalu melihat ke dalam diri terlebih dahulu, selalu memohon ampun atas kesilapan diri dan berdoa memohon petunjuk daripada Allah. Kita hanya berusaha dan hasilnya Allah yang menentukan.  

Rahmat besar PKP adalah masa bersama keluarga. Manfaatkanlah  masa berharga yang ada untuk mendekati, mengeratkan hubungan dan mendidik anak-anak di rumah. Ayuh kita perkasakan peranan sebagai ibu bapa dan mengapai kesejahteraan, kebahagiaan serta kedamaian di rumah kita. Kita jaga kita.

Tidak lupa kepada anak-anak barisan harapan yang sedang berjuang. Semoga Allah memudahkan segala urusan semua. 

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." 
(QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Dikongsikan artikel berkaitan dari blog Mak Long  untuk rujukan.

http://rentis.blogspot.com/2007/05/tip-32-himpunan-doa-untuk-anak.html?m=1
http://rentis.blogspot.com/2017/08/teknik-sedar-dalam-menyantuni-fitrah.html?m=1

"Rumah Madrasah Pertama. Ibu Bapa Guru Utama"

Allahu 'Alam.

🌾Rosnah Ahmad/ Mak Long
#SentuhabBapaBelaianIbu
#DudukDiRumah
Hari ke 21

Saturday, April 4, 2020

PIZZA SARDIN TANPA YIS ALA MAK LONG NAH

Salam semua. Masak apa hari ini? Meriah jugak masak memasak masa PKP ni. Mak Long pun terjebak jugak dengan mencuba pelbagai resepi. Hari ini rasa terpanggil nak share resepi pizza ala Mak Long.

Pizza ni ramai budak-budak suka. Boleh buat bersama anak-anak. Boleh juga buat pizza bersaiz kecil dengan topping mengikut kegemaran masing-masing.

Mak Long buat doh tanpa yis dengan menggunakan baking powder mengikut resepi youtube ni.
Maklong buat dua adunan untuk saiz pizza besar dulang 13×13 inci.

https://youtu.be/tAt3oo1i-lE

Untuk sosnya Mak Long guna sardin. Boleh masak sardin ikut kegemaran masing-masing. Mak Long ikut resepi ringkas turun temurun keluarga Mak Long yang menggunakan lada kecil.

RESEPI SAMBAL SARDIN

Bahan-bahan (kisar)

1. Bawang merah 3 ulas
2. Bawang putih 2 ulas
3. Lada kecil 7 biji (ikut suka nak pedas setara mana)

Bahan-bahan lain

1. Bawang besar 3 biji (dimayang)
Ikan sardin mackeral bersos dalam tin (sardin pun boleh)
2. Asam gelugor 1 keping
3. Garam secukup rasa

CARA MASAK SAMBAL SARDIN

1.Tumis bahan kisar hingga naik minyak
2. Masukkan sardin, garam dan asam gelugur
3. Kacau hingga hampir kering dan masukkan bawang yang dimayang. Masak sekejap hingga bawang layu. Tutup api dan sejukkan.

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPPING

1. Cendawan butang 10 biji (dihiris nipis)
2. Nenas setengah biji (dipotong kecil)
(Boleh gunakan bahan lain ikut suka atau memadai dengan sardin sahaja)
3. Keju yang disagat anggaran 200 gram untuk saiz dulang pembakar 13x13 inci.

CARA SEDIAKAN PIZZA

1. Canai doh diatas dulang pembakar.
2. Sapukan nipis kuah sambal sardin beserta bawang di atas doh yang sebagai sosnya.
3. Taburkan separuh keju sagat.
4. Pecah-pecahkan ikan mackeral menjadi ketulan kecil tetapi tidak terlampau halus supaya ada rasa teksturnya. Taburkan atas doh.
5. Letakkan pula nenas dan cendawan butang. Jangan terlalu padat.
6. Taburkan lebihan keju dan sedia dibakar pada suhu 200 Celcius. Masanya ikut saiz pizza yang dibuat.

Masak memasak membawa bahagia. "Stay safe. Stay healthy everyone"
Selamat mencuba😀. 

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#DudukDiRumah
Hari ke 17


Thursday, April 2, 2020

MANFAATKAN TEMPOH PKP UNTUK LEBIH PEKA DAN SEDAR KEPERLUAN DIRI DAN KELUARGA

Salam ibu ayah, ummi abi, mak abah semua. Semoga baik-baik selalu dan sabar menyantuni diri dan keluarga di rumah.

Banyak sekali tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap hari di rumah terutama apabila balik dari kerja. Ibu-ibu biasanya cekap "multitasking" beberapa kerja rumah serentak dan menyiapkan kerja dengan cepat. Ramai yang merasa senang hati jika dapat melakukan semua kerja kerana berjaya menjadi "supermom".

Mak Long pernah membaca bahawa "multitasking" boleh menyebabkan kita stress, kurang peka dan sedar tindakan kita. Dalam banyak keadaan kita hanya tertumpu kepada menyempurnakan tugasan tetapi kurang menghayati proses yang dilalui. Contoh ibu balik kerja terus sahaja bergegas ke dapur untuk memasak dan pada yang sama memasukkan baju dalam mesin basuh dan melayan keperluan dan karenah anak-anak kecil.

Masa dikejar saban hari sehingga kadangkala kita sudah jadi umpama robot atau kita menjadi cepat menyinga. Huhu. 

Sesuatu yang Mak Long dapati menarik berlaku dalam tempoh PKP ini. Memasak menjadi semakin popular. Banyak perkongsian di laman sosial yang menggambarkan memasak dilakukan dengan suasana yang lebih santai dan terserlah kebahagiaan si tukang masak. Hasil masakan juga tampak lebih kreatif dan ada sentuhan peribadi  masing-masing. Yang lebih memberangsangkan , tergambar amalan asuhan yang baik, interaksi dan komunikasi dua hala ibu-ibu dengan anak-anak dalam proses memasak yang berlaku.

Memasak bukan lagi tugasan yang membosankan dan memenatkan tetapi sudah menjadi hobi dan aktiviti yang membawa kedamaian dan keceriaan kepada ibu, ayah dan anak-anak.

Memperuntukan masa untuk melakukan kerja dengan lebih tenang dan fokus pada satu-satu tugasan menjadikan kita yang lebih sedar apa yang berlaku dalam proses yang dilalui. Contoh anak yang ingin turut serta membantu di dapur tidak dianggap mengacau atau melambatkan kerja tetapi dialu-alukan sebagai peluang untuk memupuk semangat kerjasama, tolong menolong dan sikap bertanggungjawab.

Perhatian yang diberi pada anak-anak membuat mereka merasa lebih diterima, dihargai dan disayangi. Ibu ayah juga dapat mengenali dan membina hubungan yang baik dengan anak. Ini memudahkan ibu ayah untuk berkomunikasi  dan mendidik anak secara efektif.

Tempoh PKP boleh kita jadikan antara hikmahnya sebagai masa untuk "thomaninah" menyantuni fitrah diri kita yang dilupakan supaya kembali tenang dan lebih bersedia untuk menunaikan amanah menyantuni keluarga dengan lebih berkesan dan bermakna. 

Ibu ayah yang tenang insyaAllah melahirkan anak-anak yang tenang. 

Dikongsikan beberapa artikel dari blog Mak Long yang berkaitan. Semoga bermanfaat.

http://rentis.blogspot.com/2017/08/teknik-sedar-dalam-menyantuni-fitrah.html?m=1

http://rentis.blogspot.com/2016/10/perbaiki-hubungan-dengan-anak-terlebih.html?m=1

http://rentis.blogspot.com/2018/11/bimbing-anak-berfikir-dalam-menangani_28.html?m=1

http://rentis.blogspot.com/2018/11/komunikasi-berkesan-membantu-anak.html?m=1

Ayuh kita cipta momen-momen indah di rumah.

Allahu 'Alam

Mak Long
#SentuhanBapaBelaianIbu
rentis.blogspot.com
#StayAtHome
Day 16


Salam ibu ayah semua,

Salam ibu ayah, ummi abi, mak abah semua. Semoga baik-baik dan sabar menyantuni diri dan keluarga di rumah.

Jika sebelum ini bagi yg bekerja setiap hari banyak sekali tanggungjawab yang perlu dilunaskan