Ada ibu atau bapa yang terlalu menjaga hati anak kerana takut hilang kasih atau mahu anak memihak padanya.
Contoh, bila mak marah anak yang melakukan kesilapan, ayah membela supaya anak menganggap ayah lebih baik. Sepatutnya ayah menjelaskan kepada anak kenapa mak marah dan menasihatinya.
Berebut kasih anak adalah memudaratkan! Anak mudah mengambil kesempatan untuk mendapatkan sesuatu dan memunipulasikan keadaan untuk mengelak atau membela diri.
Perkara ini juga mungkin berlaku kepada ibu bapa yang dalam proses bercerai atau sudah bercerai. Masing-masing berusaha merebut kasih anak dengan pelbagai cara seperti memberi hadiah, menunaikan apa sahaja permintaan, tidak bertegas dan menegur hingga tidak sedar ianya merosakkan anak.
Ibu bapa seharusnya bersatu, berbincang dan sepakat dalam mendidik dan menjaga kesejahteraan anak dalam apa jua keadaan.
Anak-anak perlukan bimbingan ibu bapa dan kasih sayang tanpa syarat sejak kecil. Mereka akan kasih dan membina hubungan yang utuh dengan kedua ibu bapa.
"Muafakat membawa berkat"
Allahu 'Alam.
🌾Mak Long
#IbuBapaTenangAnakCemerlang
rentis.blogspot.com
t.me/RentisMakLong
No comments:
Post a Comment