Orang kata: Ala budak-budak memang gitu. Biar jelah. Besar nanti retilah.
Mak Long kata: Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ajari adab dari usia awal melalui kebiasaan dalam kehidupan yang sesuai dengan agama dan budaya kita.
Sekarang budak-budak dikatakan semakin "pandai". Sebaiknya ianya seiring dengan semakin beradab bukan sebaliknya.
Contoh: Dulu budak-budak berjalan depan orang tua tundukkan diri sikit tanda hormat. Sekarang budak-budak bukan saja berjalan tak tunduk malah berlari depan orang tua pun ada.
Anak-anak membentuk adab dari didikan dan kebiasaan. Mereka juga perlukan bimbingan dan teguran yang membina. Ibu ayah, guru dan orang dewasa dalam masyarakat perlu mengembeling usaha dan tenaga untuk sama-sama berperanan dalam penbentukan adab generasi kita.
Masa untuk berubah. Masa untuk kembalikan yang awal dan yang penting. Masa untuk bertindak!.
Adab sopan anak kita cerminan didikan yang mereka terima.
Anak kita. Generasi kita. Pewaris kita.
” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)
Allahu 'Alam.
Rosnah Ahmad/Mak Long
#SentuhanBapaBelaianIbu
#PesanMakLong
#SentuhanBapaBelaianIbu
#PesanMakLong
No comments:
Post a Comment