Whatsapp Group Sekolah, Helikopter dan Masa Depan Psikologi Anak Anda
"Cikgu, boleh tolong listkan apa kerja sekolah weekend ni.. anak saya tak ingatlah.. "
Bila terbaca banyak rungutan dan komentar tentang guru yang terpaksa melayan karenah ibu bapa dalam whatsapp kelas, saya terpanggil untuk berkongsi tentang istilah HELICOPTER PARENTING
1. Istilah ini mula diperkenal oleh Dr Ginott (1969), merujuk kepada sikap sesetengah ibubapa yang suka 'hovers over' anak-anak seperti helikopter risikan yang memerhati suasana sekeliing.
2. Ibubapa sebegini lebih cenderung untuk melakukan semua aspek bagi pihak anak. Ia mungkin bermula dengan niat yang baik untuk memastikan yang terbaik untuk anak. Namun akhirnya terlajak sehingga membuat semua benda 'bagi pihak' anak-anak. Dari kerja sekolah, cara berkawan, minat apa, aktiviti kurikulum sampailah kepada perkara remeh temeh.
3. menurut kajian American Psychological Association (APA), kaedah parenting sebegini akan memberi kesan negatif terhadap kemampuan kanak-kanak mengendalikan emosi dan tingkahlaku sendiri.
4. Akibatnya anak tidak belajar untuk mengambil tanggungjawab sendiri. kanak-kanak ini juga didapati lebih cenderung berperilaku bermasalah di dalam kelas, sukar mendapat kawan, mengalami masalah dalam pelajaran dan akhirnya sukar untuk mengurus cabaran hidup apabila dewasa.
5. Ibubapa sebegini selalunya digambarkan sebagai 'hyper-present physically but absent emotionally'. Maksudnya cuba hadir secara fizikal dalam hidup anak untuk memastikan aspek fizikal anak-anak diurus dengan baik, tetapi sebenarnya mengabaikan psikologi anak-anak dengan tidak membenarkan anak-anak belajar untuk berkembanh secara fitrah yang sesuai dengan keadaan dan fasa mereka.
6. Ibubapa perlu beri ruang untuk anak-anak belajar mengurus kehidupan sendiri sepadan dengan usia mereka. Jangan sub-conkan proses ini dengan micromanage segala aspek kehidupan anak menggunakan guru-guru.
7. Biarpun fasa dan zaman berubah, jangan jadikan teknologi sebagai ganti kepada proses alami anak-anak membesar.
Step back, dan muhasabah. Berpada dengan campurtangan, biar cukup rasa.
D Rozanizam Zakaria
Pakar Psikiatri UIAM
#psikologisikecil
https://www.apa.org/news/press/releases/2018/06/helicopter-parenting.aspx
No comments:
Post a Comment