"A family who eats together, stays together."
Dr. James Dobson dalam bukunya "Bringing Up Boys" menceritakan Dr. Blake Bowden dari Cinninnati Children's Hospital Centre menjalankan kaji selidik ke atas 537 remaja untuk belajar kaitan antara aspek kekeluargaan dan gaya hidup dengan kesihatan mental dan masalah tingkah laku.
Kaji selidik itu mendapati bahawa remaja yang makan bersama ibu bapa sekurang-kurangnya lima kali seminggu kurang terjebak dalam masalah tingkah laku, masalah sosial, gejala dadah, menyalahi undang-undang, depresi malah memperoleh pencapaian yang lebih baik di sekolah dan mempunyai pergaulan yang sihat.
Manakala remaja bermasalah makan bersama ibu bapa mereka hanya tiga kali seminggu atau kurang.
.
.
The National Longitudinal Study of Adolescent Health menjalankan kajian ke atas 11,572 remaja untuk menentukan faktor yang dapat mencegah masalah tingkah laku yang berat seperti keganasan, bunuh diri, dadah dan "early sex behaviour and teens pregnancy".
Kajian tersebut mendapati kehadiran ibu bapa paling baik adalah pada 4 masa utama--awal pagi, selepas sekolah, masa makan malam dan masa sebelum tidur .
Rutin dan aktiviti berkualiti antara ibu bapa dan anak pada waktu-waktu ini membawa kepada hasil yang positif.
.
.
Satu lagi kajian melibatkan kanak-kanak yang lebih muda. Dr. Catherine Snow, professor of education di Harvard's Graduate School of Education, mengikuti perkembangan 65 keluarga selama 8 tahun. Dia mendapati masa makan malam adalah lebih bernilai kepada perkembangan kanak-kanak berbanding masa bermain, sekolah dan masa bercerita (playtime, school and story time).
.
.
"A family who prays together, stays together"
Islam itu indah. Banyak sekali syariat Islam yang menggalakkan konsep bersama. Berjemaah.
Mungkin sebelum ini kita merasakan ianya sukar. Mana mungkin kita bersama anak selalu. Kita sudah terlalu sibuk.
Ironinya kehadiran Covid-19 memungkinkan segalanya.
PKP, PKPB dan Ramadhan 1441H membawa kita untuk reflek dan reset.
Saban hari kita duduk rumah. Kita jaga kita. Amalan makan, beraktiviti dan beribadah bersama keluarga itulah yang mendamaikan kita, menyatukan hati-hati kita, menyuburkan kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan. Masa-masa sukar yang kita hadapi bersama.
Banyak masalah diri yang berjaya diatasi, kita menjadi ibu bapa yang lebih proaktif dan menikmati masa bersama anak-anak. Banyak masalah tingkah laku mereka yang kita dapat tangani hanya dengan makan, beraktiviti bersama dan solat berjemaah.
Penyelesaiannya nampak mudahkan.
Cabarannya. Bagaimana untuk istiqamah?
Hari ini PKPP bermula. Ramai yang sudah mula kembali bekerja. Kedai-kedai pun sudah dibenarkan beroperasi seperti biasa. Semasa PKP dan PKPB kedai-kedai di kuantan contohnya tutup pukul 7 malam. Jadi semua sudah ada dirumah untuk makan malam, solat maghrib dan isya' bersama.
PKPP hari ini menguji kita. Menguji amal kita. Menguji sejauh mana kita meneruskan amal yang baik. Ujian dalam dunia sebenar.
Dunia umpama lautan. Kita umpama ikan. Ikan masih segar walau dalam lautan yang masin. Tak jadi ikan masin. Faham ke faham😀.
Semoga kita memulakan langkah dalam norma-norma baru dengan kesedaran yang lebih tinggi. Dengan mengutamakan keluarga. Dengan menyuburkan kasih sayang dan kebaikan. Dengan bersatu.
Keluarga yang baik melahirkan kejiranan yang baik, komuniti yang baik, masyarakat yang baik dan negara yang baik. Bersama kita memacu kejayaan!
Family is precious.
Hargailah sementara ada.
Surah Al-Mulk, Ayat 2:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Allahu 'Alam.
🌹Rosnah Ahmad/Mak Long
rentis.blospot.com
#SentuhanBapaBelaianIbu
Hari Pertama PKPP
10 Jun 2020
18 Syawal 1441H
No comments:
Post a Comment