Saturday, November 21, 2026

MENULIS DARI HATI

*Menulis Dari Hati*

Ada penulis yang pandai mengajar.

Dia tulis, kita dapat ilmu. Kita jadi tahu benda yang kita tak tahu sebelum ni. Itu pun dah bagus.

Ada penulis yang pandai memberi semangat.

Dia tulis, kita rasa terinspirasi. Rasa nak berubah. Rasa nak jadi lebih baik. Itu lagi bagus.

Tapi ada satu jenis penulis yang paling Mak Long hormat.

Penulis yang bijaksana.

Dia tak sekadar ajar kita. Dia tak sekadar beri semangat saja.

Dia menulis dari hati yang tulus.

Tulus untuk cari kebenaran.
Tulus untuk faham orang lain.
Tulis untuk mendidik diri sendiri.

Allah SWT berfirman:

*ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ*

_"Nun. Demi pena dan apa yang mereka tulis."_
*- Surah Al-Qalam, ayat 1*

Allah sendiri bersumpah dengan pena dan apa yang ditulis. Ini menunjukkan bahawa hasil tulisan itu adalah tanda kepentingan ilmu dan catatan. Ia amanah yang besar di sisi Allah.

Sebab tu Mak Long selalu pesan pada diri Mak Long sendiri.

Bila Mak Long menulis, Mak Long tak nak sekadar orang kata, "Pandainya Mak Long menulis."

Mak Long nak orang baca, lepas tu orang kata, "Tenangnya hati saya lepas baca tulisan Mak Long."

Kalau tulisan kita boleh buat orang kembali kepada Allah, buat orang lebih sayang pada keluarga, buat orang lebih tenang, itulah tulisan yang paling berharga.

Tak perlu ayat susah-susah.
Tak perlu perkataan tinggi-tinggi.

Cukup dengan ayat yang jujur, dari hati, untuk hati.

Sebab penulis yang baik akan mendidik akal.
Penulis yang hebat akan memberi inspirasi.
Tapi penulis yang bijaksana, dia akan membuka hati untuk mencari kebenaran dan untuk memahami.

Dan Mak Long doakan, setiap kali kita menulis, Allah jadikan tulisan kita tu sebagai asbab orang lain jadi lebih dekat dengan kebenaran.

Allahumma Aamiin.

_"Publish or Perish"_

_Membangun Adab Membina Negara_

Allahu'Alam.

🌹 Mak Long
http://rentis.blogspot.com - #closetoyourheart

No comments: