Friday, November 27, 2026

Tiga (3) Akhlak Dalam Quran

*Tiga (3) Akhlak Dalam Al-Quran*

Dalam Al-Quran, Allah ajar kita bukan satu, tapi tiga tahap akhlak. Cuba kita semak, kita di tahap mana?

*1. Hasanah - Akhlak Yang Baik*
*حَسَنَة*

Orang buat baik pada kita, kita balas setimpal.
Ini akhlak asas. Baik dibalas baik. Ini pun dah cantik, tapi ini baru permulaan.

*2. Akhlak Yang Mulia (Kareem)*
*كَرِيم*

Orang buat salah pada kita, kita maafkan.
Ini lebih tinggi. Bukan semua orang mampu. Maafkan bukan sebab kita kalah, tapi sebab kita pilih untuk jadi mulia di sisi Allah.

*3. Azhim - Akhlak Yang Agung*
*خُلُقٍ عَظِيمٍ*

*وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ*
_"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung."_
*(Surah Al-Qalam, ayat 4)*

Orang buat salah pada kita, kita balas dengan buat baik pada dia.
Inilah akhlak yang paling agung. Akhlak Rasulullah SAW. Dibalas kejahatan dengan kebaikan. Inilah yang paling berat, tapi paling besar pahalanya.

Itulah bezanya.
Hasanah itu baik, Kareem itu mulia, Azhim itu agung.

Dalam Surah Al-Zalzalah, Allah ingatkan kita tentang Hari Akhirat:

*فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ*
*وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ*

_"Maka sesiapa yang berbuat kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya."_
*(Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8)*

Setiap kebaikan walau sebesar zarah, akan dilihat. Setiap kejahatan walau sebesar zarah, juga akan dihitung.

Sebab itu, jangan pandang kecil pada akhlak kita hari ini. Akhlak kita itulah yang akan menentukan hisab kita nanti.

Dan inilah doa yang selalu Rasulullah SAW ajarkan, untuk kita amalkan setiap hari:

*Doa Hisab Yang Mudah*

*اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا*

*Allahumma hasibni hisaban yasira*

_"Ya Allah, hisablah aku dengan hisab yang mudah."_

Doa yang pendek, tapi besar maknanya. Semoga dengan akhlak yang kita jaga dan doa yang kita amalkan ini, Allah kurniakan kita hisab yang mudah di Akhirat kelak.

Allahuma Aamin.

Allahu'Alam.
🌹Mak Long
*#closetoyourheart*
rentis.blogspot.com

---

*Rujukan Dari:*

*KULIAH DHUHA BULANAN PAWE*
*Tarikh:* 23/11/2026 / Isnin
*Masa:* 9.30 - 10.30 pagi
*Tempat:* Pusat Aktiviti Warga Emas Kuantan
*Penceramah:* Ustaz Syed Jaafar Sadeq Alkaff bin Syed FC Mohssin (Zamalah Yadim Negeri Pahang)
*Tajuk:* Ilmu Dipandu Wahyu, Pemikiran Disuluh Adab

No comments: