Monday, December 7, 2015

Karipap Pusing Sardin

Terima kasih kepada sahabat saya Fauzian Sahar yang kongsikan resepi maknya kepada saya masa kami belajar dulu.

Karipap pusing ini sudah menjadi kegemaran keluarga dan kawan- kawan saya. Proses membuatnya juga menjadi aktiviti bersama yang bahagia.

Saya dan keluarga suka inti sardin. Boleh juga buat inti ayam atau daging.

Bahan:

Bahan A:
4 cawan tepung gandum
I biji telur
I sudu kecil garam
Air sejuk

Cara:
Gaul tepung dengan telur dan garam hingga sebati
Masukkan air sejuk, uli hingga lembut

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
Margerin/butter
Campur dan uli hingga sebati (lihat gambar di bawah)

Inti sardin:
I tin sardin mackeral
3 biji kentang dipotong dadu
2 biji bawang besar dimayang
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji lada kecil merah ( tambah jika suka pedas)
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis
1 keping asam keping

Cara:

Tumbuk/kisar lada, bawwng merah dan bawang putih
Tumis hingga masak
Masukkan sardin dan kentang
Masak hingga kentang lembut
Masukkan asam keping dan garam secukup rasa
Masukkan bawang besar yang di mayang
Hancurkan sardin
Angkat dan sejukkan.

Cara mencanai kulit seperti gambar di bawah.

Boleh digoreng terus atau dibekukan. Keluarkan dan goreng terus. Tidak perlu tunggu lembut semula.

Goreng dengan api sederhana hingga garing.

Masak-memasak membawa bahagia.

Selamat mencuba.

No comments: