Wednesday, January 31, 2024

BACALAH SAYANGKU

Big Bad Wolf sekarang berada di Megamall Kuantan dari 25 Jan hingga 4 Feb 2024. Mak Long dah pergi dua kali😀 

Banyak betul buku-buku dari dalam dan luar negara dengan harga yang murah. Syurga buku buat yang gemar membaca.

Ada yang bertanya Mak Long buku apa yang sesuai untuk anak.

Yang utama dan pertama adalah memupuk sikap suka kepada buku dan minat membaca dahulu.

Kedua, amalkan "shared reading" iaitu bacaan bersama dengan ibu ayah dan adik beradik.

Atuk dan nenek pun boleh libatkan diri dengan aktiviti membaca. Atuk dan nenek biasanya ada lebih masa bersabar dengan karenah cucu.

Ketiga, ibu ayah mesti rajin membaca kerana kajian mendapati anak meniru 80% perbuatan ibu bapa berbanding kurang 20% membuat apa yang disuruh.

Keempat, sediakan buku ikut tahap dan kebolehan. Buku yang ada nilai, moral dan pengetahuan mengikut tahap umur.

Buku untuk bayi bersaiz kecil, berkulit tebal dan menarik. Buku bergambar dengan sedikit tulisan. Buku yang dibuat dari kain dan boleh dibasuh juga bagus. Buku dengan warna-warna "contrast" seperti hitam, putih dan merah membantu tumpuan kerana penglihatan bayi belum matang sepenuhnya.

Anak-anak tatih sukakan buku lebih besar, ada cerita dan buku yang interaktif seperti ada "pop-up" dan bunyi. Mereka suka kisah binatang, flora dan fauna. Mereka juga suka buku gambar sebenar contoh kisah keluarga. 

Buku untuk anak 3/4 tahun ada lebih banyak perkataan, cerita dan moral.

Anak lelaki biasanya sukakan buku berkaitan kenderaan, sukan dan penerokaan. Anak perempuan sukakan buku yang ada elemen kecantikan, rumah dan anak patung.

Komik-komik juga menarik minat anak yang sudah boleh membaca.

Raikan fitrah. Boleh minta anak pilih sendiri buku kegemaran mereka. Dari situ kita juga boleh tahu kecenderungan anak.

Dedahkan mereka kepada pelbagai jenis buku. 

"Let them explore."

Buku yang baik ada nilai dan konsep. Contoh konsep besar hingga kecil yang Mak Long beli di BBW. RM3 sahaja. (lihat gambar di bawah)

Buku yang bercerita tentang emosi sangat baik. Bukan mudah untuk mengajar anak tentang emosi. Dengan bercerita anak boleh mengaitkan dirinya melalui cerita. 

Buku-buku dari luar negara berdasarkan budaya dan agama yang pelbagai. Ibu ayah semak dahulu jika anak yang memilih.

Galakkan anak-anak  membaca. Adakan mini perpustakaan atau sudut bacaan di rumah.

Buku-buku mahal juga kalau selalu hendak dibeli. Manfaatkan perpustakaan yang ada dalam komuniti. Daftar anak sebagai ahli dan galakkan mereka meminjam, membaca, menjaga dan memulangkan buku.

Anak yang minat membaca buku akan mudah belajar membaca bila sudah bersedia biasanya disekitar umur 4 tahun.

Jadikan aktiviti membaca masa bersama yang tenang dan merapatkan hubungan.

Teringat momen-momen membaca bersama anak-anak Mak Long semasa kecil.

Terima kasih Allah atas masa yang diberikan walaupun seketika. Kenangan itu tetap mekar dan sungguh berharga.

اِÙ‚ْرَØ£ْ بِاسْÙ…ِ رَبِّÙƒَ الَّØ°ِÙŠْ Ø®َÙ„َÙ‚َۚ 
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan
 (QS: Al-Alaq-1)

"Bacalah sayangku. Semoga kau menjadi anak yang beriman dan beramal soleh."

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

🌹Mak Long
#closetoyourheart






No comments: