"Bury your past or your past will bury you".
Suatu ketika dahulu saya sangat terkesan dengan ungkapan itu.
Akan tetapi, masa lalu tak mampu dikuburkan. Malah semakin ingin dilupakan semakin ia menjengah malah selalu saja memaksa saya untuk menjenguknya kembali.
Masa lalu yang penuh kenangan menemukan pelbagai rasa. Suka dan duka. Cinta dan rindu. Pahit dan manis.
.
.
Masa tetap berjalan. Pejam celik, Januari 2024 sudah dipertengahan. Setiap awal tahun baru kita berazam untuk melangkah lebih jauh. Ada impian dan cita-cita yang ingin dicapai.
Namun, masa lalu selalu membelenggu, mengikat dan menahan kita untuk melangkah lebih jauh.
Apabila sesuatu yang sangat menyakitkan berlaku, kita sedaya upaya cuba menyembunyikannya. Tapi ada perkara yang akan mencetus atau "triggered" kesakitan itu. Ia akan datang. Lagi dan lagi. Luka itu semakin lama semakin parah atau menjadi trauma.
Apa itu trauma?
"Trauma is not what happens to you but what happens inside you. Trauma, until we work it through, keeps us stuck in the past, robbing us the present moment's riches, limiting who we can be."- Dr Gabor Mate "The Myth Of Normal".
Trauma adalah luka dalam diri yang berlaku akibat dari peristiwa yang sukar dan menyakitkan dalam diri; bukan peristiwa yang berlaku tetapi kesan luka dalaman itulah trauma yang boleh saja "triggered" pada bila-bila masa.
Samada kita sedar atau tidak, trauma atau luka dalaman akan menentukan tingkah laku, membentuk habit sosial dan cara kita berfikir.
Ia juga menentukan samada kita mampu berfikir secara rational dalam banyak keadaan dalam kehidupan dan boleh menjejaskan perhubungan.
Apapun, masa lalu jika kita sedar akan membawa kita mengenali diri. Tanpanya mana mungkin kita mengorak langkah berbekal pengalaman yang menjadikan kita lebih matang.
Kita perlu terima dan akui kenangan lalu bersama setiap rasa yang ada. Beri masa untuk kita proses dan memaknainya dengan curhat kepada Tuhan dan pada orang yang ada kemahiran mendengar.
Disebalik rasa ada kita yang fitrah. Proses bermujahadah untuk kembali.
Contoh, kita banyak rasa bersalah berulang-ulang yang menghantui. Kita mungkin ada trauma masa lalu yang menjadikan kita begitu. Mungkin masa kecil kita sering dipersalahkan. Rasa bersalah inilah yang mempengaruhi cara berfikir, bertindak dan memberi kesan kepada hubungan dan kemajuan diri kita.
Apabila kita terima rasa bersalah itu, akui kita ada luka dan beri masa untuk menjalani proses sembuh, kita belajar untuk memaafkan diri sendiri, memaafkan orang lain dan berdamai dengan takdir yang berlaku.
Kita mungkin belum sembuh sepenuhnya tapi kita mampu tumbuh untuk mencorak hari ini dengan kesedaran yang lebih tinggi.
Apabila terjadi lagi sesuatu yang "triggered" kita mampu untuk tidak "react" tetapi mengambil jarak dan ruang untuk respon dengan rational. Lama kelamaan kita akan berubah menjadi lebih matang.
.
.
Trauma yang dimaknai proses sembuhnya dengan sabar menjadikan kita redha dengan ketentuanNya dan bersyukur dengan masa lalu yang menjadikan kita hari ini.
Ya, kita manusia yang tidak sempurna tapi kita mampu sembuh dan tumbuh dengan berserah kepadaNya yang Maha Memberi Petunjuk, Mencukupi dan Melindungi. Allahuakbar.
Hari ini juga akan menjadi lembaran semalam.
Hari ini yang sedang kita jalani. Pilihlah untuk mewarnai dan mencoraknya agar hari ini lebih baik dari semalam.
Allahu 'Alam
🌹Mak Long
4 Rejab 1445 H
#closetoyourheart
No comments:
Post a Comment