Monday, February 5, 2024

58 Tahun Yang Indah

Assalamualaikum sahabat yang Mak Long kasihi dan yang dirahmati Allah. Salam kasih sayang buat semua. Semoga hari ini lbh baik dari semalam🌻

Alhamdulillah hari ini genap usia Mak Long 58 tahun. Syukur atas segala nikmat kurniaan Allah.

Terima kasih kepada kedua orang tua dan guru-guru yang mendidik Mak Long. Semoga Allah ganjarkan syurga buat mereka.

Syukur juga ke hadrat Allah atas pertemuan dan persahabatan dengan sahabat semua.

Dalam perjalanan hidup ini kita perlu menerima yang datang dan melepaskan yang pergi. Menjalani takdir kita dengan tenang. Menikmati dan mensyukuri kurniaan Allah. InsyaAllah.

Hidup Mak Long semakin ceria dan bahagia dengan kehadiran sahabat semua.

Syukur juga kerana dikelilingi pepohon nan menghijau, suami, anak-anak, saudara mara, jiran tetanga dan sahabat handai jauh dan dekat.

Juga ikan-ikan peliharaan dan kucing kesayangan Mak Long, Hitam. 

Nikmat tuhan yang manakah yang aku dustakan?

Mak Long mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap sepanjang pergaulan kita.

Semoga Allah menjernihkan hati-hati kita dan menyuburkan kasih sayang. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung dan di bawah naungan Allah.

Kepada sahabat yang sudah pergi mendahului ke alam barzakh,  semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.

Semoga kita semua beroleh keampunannya dan husnul khotimah.

Semoga ukhwah fillah ini tetap mekar hingga berlabuh di Syurga Firdausi.

Amin Ya Rabbal Alamin.

"Bahagia itu terletak pada ketenangan hati. Sesiapa sahaja mampu memilikinya."

Allahu 'Alam.

Lots of Love
🌹Mak Long
#closetoyourheart
25 Rejab 1445H
6 Feb 2024

No comments: