ANAK ITU
Nukilan: Rosnah Ahmad/Mak Long
Nukilan: Rosnah Ahmad/Mak Long
Lihat anak-anak itu...
Larinya semakin lesu
Riuhnya semakin tidak kedengaran
Kepalanya tunduk
Matanya asyik
Memandang ke bawah...
Larinya semakin lesu
Riuhnya semakin tidak kedengaran
Kepalanya tunduk
Matanya asyik
Memandang ke bawah...
Lihat anak-anak itu...
Tidak lagi bermain di luar
Berkejar-kejaran
Memanjat pokok
Melompat-lompat
Bermain teng-teng
Mengira-ngira batu seremban
Mengejar rama-rama
Menangkap pepatung
Menerbangkan layang-layang...
Tidak lagi bermain di luar
Berkejar-kejaran
Memanjat pokok
Melompat-lompat
Bermain teng-teng
Mengira-ngira batu seremban
Mengejar rama-rama
Menangkap pepatung
Menerbangkan layang-layang...
Lihat anak-anak itu...
Tidak lagi turun ke tanah
Apatah lagi terjun ke sungai
Dan menari-nari dalam hujan
Dunianya kini di dalam
Hanya jari-jemarinya menari-nari
Rengeknya menjadi-jadi
Tidak diberi kehendak hati
Mengamuk tak berhenti
Ibu ayah menurut saja...
Tidak lagi turun ke tanah
Apatah lagi terjun ke sungai
Dan menari-nari dalam hujan
Dunianya kini di dalam
Hanya jari-jemarinya menari-nari
Rengeknya menjadi-jadi
Tidak diberi kehendak hati
Mengamuk tak berhenti
Ibu ayah menurut saja...
Lihat anak-anak itu...
Tidurnya tidak lagi merindui
Bangunnya tidak lagi seceria dulu
Bertemu alam yang sedia menanti
Pagi-pagi lagi diangkat pergi
Ke sekolah katanya
Hingga larut petang
Jiwanya bagaikan menjerit
Dahagakan sentuhan
Laparkan kasih
Rindukan belaian
Alam dan manusia...
Tidurnya tidak lagi merindui
Bangunnya tidak lagi seceria dulu
Bertemu alam yang sedia menanti
Pagi-pagi lagi diangkat pergi
Ke sekolah katanya
Hingga larut petang
Jiwanya bagaikan menjerit
Dahagakan sentuhan
Laparkan kasih
Rindukan belaian
Alam dan manusia...
Lihat anak-anak itu...
Hari-harinya berlalu
Begitu sahaja
Bersama zaman kanak-kanak
Yang seketika cuma...
....kasihan
Hari-harinya berlalu
Begitu sahaja
Bersama zaman kanak-kanak
Yang seketika cuma...
....kasihan
Lihat anak-anak itu...
Itu anak-anak kita
Generasi kita
Amanah buat kita!
Itu anak-anak kita
Generasi kita
Amanah buat kita!
No comments:
Post a Comment