Friday, November 7, 2014

DOA BUAT SAHABAT

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah...

Minggu ini saya menerima khabar 3 orang sahabat yang kehilangan suami tercinta. Tazkirah buat diri agar lebih menghargai dan manfaatkan masa bersama orang-orang yang dekat dengan diri.

Doa semoga Allah ampunkan dosa dan tempatkan ke tiga-tiga arwah suami tiga orang sahabat rapat saya di syurga.

Terimalah puisi saya untuk sahabat tercinta...Bersabarlah wahai sahabat...

Doa buat sahabat..
Rosnah Ahmad

Sahabat,
Saat kau kehilangan
Diriku amat terasa kesedihanmu
Patah sudah dahan tempat bergantung
Pergi sudah suami tercinta
Bertemu Pencipta...

Sahabat,
Tika ini ku faham mahumu
Sukar bagimu untuk menerima
Walau kau tahu ini takdirNya
Mahu saja kau pergi bersama
Setiap tidurmu menginginkan
Hadirnya dia dalam mimpimu
Jagamu memgimbas kenangan bersama
Di setiap detik
Masih saja kau impikan dia di sisi...

Sahabat,
Relakan dia pergi
Bersama redhamu
Juga redhaNya
Aku tahu kau tabah
Mampu menerima yang tersurat
Mampu mengalas tanggunjawab
Bersama cahayamata yang ditinggalkan...

Sahabat,
Jangan sendiri melayari duka
Sahabat yang ada sentiasa mendoakan
Sentiasa membantu dan menyokong
Begitu utuh ukhwah yang ada
Kesedihanmu kesedihan kami jua...

Sahabat,
Yakinlah kau mampu menerima
Tabah meneruskan kehidupan
Kelak kau akan tersenyum jua
Redha menerima ketentuan Ilahi
Tenang melayari kehidupan
Menyambung perjuangan
Bersama dia dihati
Cinta yang suci keranaNya

Sahabat,
Bersabarlah
Perpisahan ini hanya sementara
Di dunia yang fana
Doaku buatmu sahabat
Akan kau temui cinta hatimu kembali
Buat selamanya
Di syurga yang abadi...

Hugs For A Dear Friend...
Rosnah Ahmad

My dear friend,
You have my hugs
Whenever you need one
I hold you tight in my arms
Till you feel warm and secure...

My dear friend,
Cry as you like
It is alright
It is okay
Let your tears wash down your sorrow...

My dear friend,
I soothe you like a baby
I stay with you till you sleep
I wisper love and hope
I recite the Quran
I pray that Allah ease you pain
Give you strength
And perserverence...

My dear friend,
Sleep...
Dream as you wish
Sleep on it
Have faith
Time will heal
Allah is The Most Gracious
The Most Merciful
Don't be sad
Allah is always with you...

My dear friend,
When the going gets tough
The tough one like you my dear will get going
I have faith in you
A true friend
May Allah grant you and your family Jannah
And you will be united
With your true love
Forever...

No comments: