Tuesday, December 18, 2018

USAH MENGANGGAP USAHA IBU BAPA PENENTU KEJAYAAN ANAK

Berhati-hatilah apa bila kita dikurniakan anak yang mendengar kata dan anak yang cemerlang dalam akademik contohnya kerana mudah saja kita menganggap bahawa itu adalah hasil usaha kita. Hakikatnya semua itu adalah kurniaan Allah seperti firmanNya dalam surah Al-Qasas ayat 56 :-

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."

Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab mendidik anak-anak. Ianya adalah AMANAH dan IBADAH kita kepada Allah SWT.

Sentiasalah bersyukur jika kita dikurniakan anak yg soleh dan pada masa yang sama usah melabel atau buruk sangka pada anak-anak orang lain yang kita anggap kurang berjaya.

Petunjuk itu bukan ada pada saya atau pada anda. Hanya Allah Maha Pemberi Petunjuk.

Definisi kejayaan juga harus kita hayati.  Allah memanggil kita menuju kejayaan pada jalan kebenaran bukan memanggil kita menuju destinasi. Orang yang berjaya berusaha untuk progres pada jalan kecemerlangan.

Apa pun setiap anak adalah amanah dan tanggungjawab kita bersama.

Wallahu'alam.

#SentuhanBapaBelaianIbu
@Kampung Durian Sebatang, Raub,Pahang

No comments: