De fb Hazirah Esahal
Pernah suatu ketika dulu ketika masih sekolah rendah, saya selalu diejek dengan anak jiran ketika bermain. Kami bukan daripada keluarga yang senang. Ayah bekerja sebagai buruh keretapi mak pula suri rumah sambil berniaga kecil-kecilan di rumah.
Pernah dulu saya diejek oleh anak jiran dengan kata-kata yang sangat kasar dan menghina.
“Kau buat apa kat sini? Jangan datang sini. Pergi sana. Dahla pakai baju koyak.”
“Biarlah.” Saya menjawab.
Waktu itu baru saya perasan saya sedang memakai baju yang koyak. Terasa hinanya waktu itu. Saya buat biasa. Tidak menangis. Tapi segera pulang ke rumah. Mengadu pada emak sambil menangis.
.
Emak saya selalu berpesan, jangan fokus kepada kata-kata orang. Ini perkara luar kawalan kita. Fokus, kepada perkara yang membangunkan diri kita,kelebihan dan kepandaian kita.
“Kakak kena belajar rajin-rajin. Jangan malas. Berani ceburkan diri dalam apa jua pertandingan."
"Jadi pandai. Lama-lama orang akan berhenti mengejek. Biar orang pandang kita hina. Tapi Allah kan ada."
.
Kata-kata mak inilah yang saya pegang. Saya buktikan di sekolah.
Belajar rajin-rajin.
Pilih kawan-kawan yang positif dan pandai.
Akhirnya, setiap tahun saya adalah pelajar top 3 di sekolah. Selalu terpilih mewakili sekolah dalam pelbagai acara debat, olahraga, nyanyian,tilawah al-quran.
Boleh dikatakan semua acara saya masuk. Saya tidak pedulikan apa yang orang kata. Buat sahaja dengan terbaik.
Sampai sekarang kalau terserempak dengan cikgu sekolah rendah cikgu masih ingat lagi saya. Alhamdulillah.
.
Apabila saya dewasa, barulah saya mengerti skrip yang emak saya gunakan adalah skrip membentuk mentality juara. Dengan mentality juara, kita akan membulatkan hati dan tekad untuk melakukan sesuatu sehingga berjaya. Walaupun dalam hati ada rasa geram,marah. Tapi kita cepat ‘move on’. Cepat-cepat terima,sedar dan ambil tindakan.
.
Katakan pada waktu itu, mak saya menggunakan skrip seperti mentality mangsa.
Contoh: “ Dahlah,kita memang orang susah. Jangan berkawan dengan mereka lagi. Main je kat rumah."
Atau.
“ Kan mak dah pesan. Kita tak layak main dengan anak-anak jiran.Mereka semua orang kaya. Kita orang miskin. Tiada siapa nak berkawan dengan orang macam kita.”
.
Apa akan jadi dengan corak pemikiran saya pada waktu tu?
-Saya akan terus percaya yang saya orang susah.
-Tidak layak berkawan dengan siapa-siapa.
-Orang tidak boleh terima saya.
-Saya ibarat melukut di tepi gantang. Ada pun seperti tiada. Kalau tiada lagi bagus.
-‘Self esteem’ jadi rendah. Malu nak berhadapan dengan orang.
Macam-macam lagi kepercayaan yang negatif akan terbentuk.
.
Menjadi sang juara atau terus meratapi nasib dan menyalahkan keadaan adalah satu pilihan. Kita nak pilih yang mana?
Menjadi Juara atau mangsa?
.
Alhamdulillah,kini saya sudah berkeluarga. Sebagai ibu, saya juga kena pastikan emosi saya setiasa terkawal dan positif. Skrip yang digunakan mestilah dapat mempengaruhi dan membentuk minda anak-anak saya supaya berminda juara.
.
Baru-baru ini saya hadiri sebuah kem ‘bootcamp ladyboss’ dan saya bertanya kepada Puan Suhaili apakah langkah pertama untuk kita menjadi wanita yang berpengaruh dan karismatik?
Beliau jawab : “Ianya perlu bermula di rumah. Apabila Puan berjaya pengaruh suami dan anak-anak. InshaAllah mudah untuk pengaruh orang lain.”
.
Ada 4 strategi Beliau kongsi dalam buku mini Ladyboss yang boleh kita lakukan di rumah.
1. Tukar corak pemikiran ibu. Menerima untuk anak-anak buat silap dan beri ruang untuk belajar dan perbaiki kesilapan. Contoh ayat bila anak tertumpah air. “Its ok. Selepas ini bawa cawan berhati-hati dan duduk untuk minum”
2. Tanamkan kepercayaan kepada anak-anak bahawa kita mempunyai pilihan untuk ubah cara fikir kita atau tingkah laku kita. Cuba berbincang dengan anak. Ayat biasa yang kami gunakan bila situasi anak susah nak buat sesuatu perkara.
“Kalau umar fikir umar tak boleh buat. Memang tak boleh buat” Kalau umar fikir umar boleh. InshaAllah memang boleh”. Sambil itu, beri tunjuk ajar bagaimana untuk melakukannya.
3. Memuji usaha dan hasil yang dilakukan anak-anak
4. Latih anak mencabar diri sendiri
Kejayaan ketika dewasa sangat berkait rapat dengan pengalaman-pengalaman sewaktu zaman kecil.
Yang penting sentiasa upgrade!
.
#sentiasaupgradeilmu
#ibuadalahpendidikdirumah
#wanitaikongemilang
No comments:
Post a Comment