Tuesday, October 23, 2018

KANAK2 PERLU PERSEKITARAN SENYAP DAN TENANG UNTUK FOKUS KETIKA 3E.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2093143114051031&id=100000660890221

Terima kasih Khadijah Saraswathy...sangat setuju..."quiet activity",  "self directed play" dan " non structured play " sangat penting utk kanak2.

KANAK2 PERLU PERSEKITARAN SENYAP DAN TENANG UNTUK FOKUS KETIKA 3E.
Oleh Khadijah Saraswathy Abdullah

Kanak2 belajar melalui pancaindera yang kita selalu sebut sebagai deria.

Kanak2 perlu  menggunakan keseluruhan pancainderanya dalam meneroka, menyiasat,dan mencari pengalaman tanpa pencelahan oleh orang dewasa.

Bukan semua jenis sokongan dan bantuan dari orang dewasa menyumbang kepada pembelajaran kanak2.

Walaupun teori Vygotsky menyatakan 'scaffolding'(bantuan orang dewasa)
boleh menyokong pencapaian lebih baik dalam pembelajaran kanak2, kita perlu ingat,
ada sokongan orang dewasa yang membantu dan ada juga yang mungkin  merosakkan SPJ (sumbangan pembelajaran dijangka) atau intended learning outcome kanak2 tersebut.

Ada ketikanya apa yang kita anggap sebagai 'fun learning' tidak memberi kesan dan sumbangan pembelajaran yang  memenuhi potensi perkembangan kanak2 sepenuhnya.

Terlalu banyak 'excitement' ketika membuat aktiviti akan menyebabkan kanak2 ketinggalan   dalam memahami sesuatu perkara secara menyeluruh.
Ia juga mungkin boleh membentuk sikap yang selalu mengharapkan 'excitement' atau 'fun' sahaja dalam diri kanak2.
Ini boleh menyebabkan kemahiran2 'observe', menyiasat, dan merumus menjadi malap dan lenyap dari kanak2.

Kita seharusnya beri peluang kepada kanak2 membuat aktiviti yang memberi kebahagiaan atau 'happy' kepada jiwa kanak2. Itulah sebab saya kata, ada ketika kita orang dewasa perlu kurang bercakap semasa aktiviti kecuali perkataan dan ayat terpilih sahaja.

Pendidik harus bijak memilih fun activity atau quiet activity mengikut kesesuaian bidang  perkembangan kanak2.
Contoh: aktiviti sosioemosi seperti menyanyi menari adalah sesuai dibuat 'fun activity'. Jika aktiviti perkembangan awal matematik atau deria dan pemahaman dunia persekitaran, adalah sesuai dibuat sebagai aktiviti senyap supaya kanak2 dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemikiran.

Dalam gambar ini, pendidik sedang memberi peluang kepada kanak2 untuk mengenali deria pendengaran mereka.

No comments: