Thursday, November 9, 2023

BAHAGIA, BERJAYA DAN BERKAT DENGAN IBRAH SURAH AL-KAHFI

Cerita semalam sangat bermakna buat Mak Long. Alhamdulilah dapat menelefon dan berbual dengan sahabat seperjuangan Dr Nur Hanisah. Antara yang kami bualkan adalah cabaran dalam berdakwah masa kini dan bagaimana mengembeleng tenaga dan memacu kekuatan bersama. 

Alhamdulillah ianya sangat membantu mengembalikan semangat Mak Long untuk terus menyumbang  pada jalan Allah insyaAllah.

Hari Jumaat hari ini mengingatkan tentang Surah Al Kahfi. Buku yang dihadiahkan oleh Dr Nur Hanisah
"The Power Of Success From Al-Kahfi" disingkap kembali.

Surah Al-Kahfi membawa mesej yang cukup besar dalam memperbetulkan sistem panduan pemikiran manusia. Apabila pemikiran seseorang berlandaskan syari'at Allah SWT, segala tindakan dan gerak laku akan mencerminkan imej dirinya yang sebenar"- Sayyid Qutb.

Surah Al- Kahfi adalah surah Makiyyah yang mengandungi 110 ayat.

Terdapat empat kisah utama dalam surah ini:-

1. Kisah Pemuda Ashab Al-Kahfi

Ibrah keberanian pemuda Al-Kahfi menyelamatkan diri mereka daripada disuruh kembali murtad oleh seorang raja yang zalim (Al- Kahfi ayat 9-26)


2. Kisah Pemilik Dua Kebun

Allah membuat perumpamaan dua orang lelaki yang diberi nikmat oleh Allah SWT. 

Lelaki 1 yang angkuh mengatakan dia lebih banyak harta dan berpengaruh, terpedaya dengan kekayaan sehingga terlupa kepada Pemberi nikmat. Dia tidak peduli teguran dan peringatan dari rakannya  sehingga Allah binasakan kebunnya.


3. Kisah Nabi Musa AS Berguru Dengan Nabi Khidhir AS

Ibrah tentang kesabaran serta adab dengan guru dalam mencari dan menuntut ilmu melalui kisah Nabi Musa berusaha mencari Nabi Khidhir untuk menuntut ilmu hingga ke pertemuan dua laut dan syarat yang dikenakan oleh Nabi Khidhir ke atas Nabi Musa untuk tidak bertanya.


4. Raja Zulqarnian Yang Beriman Dan Adil

Ibrah dari Kisah Raja Zulqarnian yang juga sangat berilmu dan mempunyai teknologi sehingga berjaya mengililingi dunia dari timur ke barat untuk menyebarkan hidayah serta mengisi dunia dengan keadilan dan kebaikan.
.
.
Menurut Amru Khalid (2011), Al-Quran tidak mengungkap kisah terpisah-pisah, tanpa perkaitan antara satu sama lain. 

Empat kisah utama dalam surah ai-Kahfi memberi gambaran jelas tentang fitnah dalam kehidupan iaitu:-

-fitnah agama
-fitnah kekayaan
-fitnah ilmu
-fitnah kekuasaan
.
.

"Menyingkap Ibrah Surah Al-Kahfi menjadi ENERGY DAHSYAT untuk menangkis fitnah kehidupan akhir zaman. Menghayati, menghafaz, membaca Surah Al- Kahfi mampu menjadi senjata iman dan amal yang soleh untuk berhadapan dengan fitnah yang membelenggu kehidupan duniawi yang asyik dengan materialistik dan cintakan dunia. Semoga redha Allah menjadi misi terpenting insan beriman berusaha menjemput bahagia, berjaya dan berkat dunia akhirat" - Dr Nur Hanisah Dato' Afandi.


(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.”
Al-Kahfi ayat 10

Marilah sama- sama kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, mendalami untuk berubah kearah yang lebih baik serta menuju kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki.

Allahu 'Alam.

🌹Mak Long
rentis.blogspot.com
#closetoyourheart

No comments: