Friday, December 28, 2018

Salad Campur Fremented Vegie (Purple Cabbage)

MENU SIHAT MAK LONG
Salad Campur Fremented Vegie (Purple Cabbage)
Bahan-Bahan:
1. Spinach (Bayam organik yg jenis daun kecil). Boleh je nak ganti atau tambah sayur lain seperti timun atau tomato atau ulam-ulam.
2. Bawang besar-1 biji
3. Cili-5 tangkai
4. Fremented cabbage (ni Mak Long buat sendiri dengan kobis ungu dan bawang besar)
5. Minyak zaiton
Cara:
Potong kecil-kecil semua bahan dan gaul rata. Sedia dihidang.
Tak perlu tambah asam atau garam sebab kobis peram tu dah masam dan masin.
Boleh dimakan dengan nasi atau roti atau dibuat sandwich atau flatbread.
*Boleh rujuk
https://youtu.be/97GGCaHq6Zo
untuk khasiat dan cara buat fremented vegies. Kita sesuaikanlah dengan agama, budaya dan apa yang ada dalam persekitaran kita.
Selamat mencuba
Wallahu'alam.
Rosnah Ahmad/MakLong
#EmpoweringYou!
#MakanYangHalalDanBaik.

Thursday, December 27, 2018

IBU AYAH PERLU CEKAL DALAM MENDIDIK DEMI KEBAIKAN ANAK

"Siapa tak sayang anak."

Ya, betul ungkapan itu. Anak adalah kurniaan dan anugerah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri.

Cinta dan kasih sayang ibu ayah terhadap anak akan diuji dalam mendidik. Ada kala ibu bapa perlu CEKAL dalam melakukan sesuatu demi kebaikan anak.

Contoh: Menceraikan susu atau memisahkan tempat tidur anak apabila tiba masa yang disarankan. Ibu ayah perlu cekal dalam proses mendidik perubahan ini dan  tidak mudah beralah dengan TANGISAN atau AMUKAN anak.

Yang lebih penting ibu ayah harus cekal mendidik anak untuk patuh kepada perintah Allah seperti mendidik anak untuk solat bermula usia 7 tahun. Mungkin ada ibu ayah yang kasihan untuk mengejutkan anak pada waktu subuh contohnya tapi ibu ayah perlu cekal melaksanakan amanah ini supaya anak terdidik dari usia 7 tahun, membentuk kebiasaan pada usia 10 tahun dan bersedia untuk solat dengan baik apabila baligh.

Contohilah ibu Nabi Musa yang begitu cekal melepaskan anaknya yang baru berumur 3 bulan waktu itu ke Sungai Nil apabila diperintahkan oleh Allah SWT.

Ibu Nabi Muhammad SAW juga cekal menyerahkan anaknya kepada Halimatus Saadiah iaitu wanita kampung dari suku Bani Saad bin Bakr yang baik, mulia yang berakhlak mulia dan beradab tinggi untuk disusukan dan dipelihara selama 4 tahun.

Ada kalanya bukan mudah untuk cekal dalam mendidik anak tetapi ianya perlu demi kebaikan mereka. Sikap cekal ibu ayah mampu melahirkan anak yang bukan sahaja berkeperibadian tinggi dan cerdas pemikiran tetapi juga melahirkan anak yang kuat fizikal dan berjiwa kental.

Anak adalah juga UJIAN dan AMANAH kepada ibu ayah. Sikap CEKAL dalam mendidik anak merupakan MUJAHADAH yang insyaAllah mendapat ganjaran di dunia dan akhirat.

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Wallahu'alam.

#SentuhanBapaBelaianIbu

*Terbang Bersama Sayap Kebahagiaan*


by iLuvislam

Assalamualaikum dan Salam sejahtera saya titipkan buat semua pembaca sekalian.

Moga-moga Tuhan memberikan kesihatan dan kekuatan untuk kita semua agar kita dapat memberikan maafaat bukan sahaja kepada manusia bahkan seluruh mahluk yang ada di muka bumi ini.

Tajuk penulisan saya pada kali ini ialah “Terbang Bersama Sayap Kebahagiaan”.

Saya ingin tanyakan satu persoalan agar para pembaca sekalian  *boleh berfikir bersama*. Adakah kita hidup dengan sayap kebahagiaan atau adakah kita terbang dalam kehidupan bersayapkan kebahagiaan?

Hari ini kita dapat melihat berapa ramai yang gagal terbang dengan sayap kebahagiaan bahkan mereka terbang dengan sayap kehampaan.

Pertama, kita perlu memahami terlebih dahulu makna kebahagiaan itu kerana kebahagiaan itu mempunyai banyak tafsiran dan makna.

Orang miskin mentafsirkan kekayaan itu sebagai sebuah kekayaan manakala orang kaya mentafsirkan pengaruh itu sebagai kebahagian.

Itulah tafsiran berbeza orang terhadap erti dan makna kebahagiaan. Merasa bahagia sudah pasti menjadi cita-cita semua orang tetapi jika kita bercita-cita untuk bahagia sebenarnya   *kita tidak akan bahagia*.

Seterusnya, kita juga dapat melihat terdapat orang yang memiliki kekayaan tetapi tidak hidup bahagia dan ada orang yang memiliki pengaruh tetapi tidak juga merangkul yang namanya bahagia.

Hal sebegini terjadi kerana kegagalan memahami makna bahagia yang sebenar. Iman Al-Ghazali pula berpandangan, *“Bahagia dan kelazatan yang sejati, ialah apabila dapat mengingati Allah.”*

Kebahagiaan sebenarnya adalah cara kita berfikir iaitu kita perlu fikir sesuatu yang kita perolehi bukan fikir sesuatu yang akan kita perolehi. Berbicara  *soal kebahagiaan* mari kita lihat dalam Surah At Talaq ayat 2-3:

*“Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”*

Ayat di atas memberi penekanan terhadap 2 perkara iaitu Takwa dan Tawakal sebagai syarat dibukakan jalan-jalan dan keperluan dalam kehidupan sehingga kita dapat merasai makna kebahagian.

Kedua, kita perlu untuk memahami cara untuk mencapai yang dinamakan bahagia itu. Bahagia itu dapat dicapai apabila kita Redha yakni bersangka baik dengan Allah.

Contohnya, kita berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh untuk dapat keputusan cemerlang dalam SPM kemudian bertawakal. 

Sekiranya kita punya Redha setelah berusaha dan bertawakal maka segala keputusan atau hasil yang kita perolehi sama ada  _Success or Failure_ kita tetap akan berasa bahagia.

Jika kita berjaya dengan Redha kita akan bersyukur manakala jika kita gagal dengan Redha kita akan sabar.

Dalam keadaan kedua-dua situasi tersebut, kita akan menjadi orang yang bahagia dan hasilnya kita tidak akan pernah putus asa dalam kehidupan kerana  *sayap kebahagiaan telah pun kita miliki* yakni Redha yang membawa kita terbang melintasi langit kehidupan.

Perkara yang paling penting adalah kita lakukan yang terbaik dan abaikan pandangan negatif orang lain serta jadikan kritikan yang diterima sebagai suatu  _Check and Balance_ dalam kehidupan untuk kita belajar dari kesilapan.

Akhir penulisan, semoga anda dapat merasa bahagia membaca penulisan kerdil saya ini. Usah berputus asa kerana jalan kebahagiaan itu wujud cuma perlukan sedikit pengorbanan.

Berusahalah mencapai sesuatu untuk berjaya barulah kita bisa hidup bahagia. Marilah menuju kebahagiaan yang hakiki.

LIMA (5) KESILAPAN DALAM MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA


Assalamu'alaikum. Salam keindahan dan kedamaian di pagi Jumaat yang penuh keberkatan.

Setiap dari kita mengimpikan kebahagiaan diri dan apabila berumahtangga kita mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.

Dikongsikan lima kesilapan yang berlaku dalam usaha membentuk keluarga bahagia.

1. Berpusatkan selain daripada Allah.

Meletakkan pasangan sebagai pusat apabila berumahtangga dan kemudian anak sebagai pusat apabila lahirnya anak-anak. Kehidupan seharian berputar berpusatkan keperluan dan kehendak pasangan serta anak-anak sehingga tiada masa atau tidak peruntukan masa untuk mencari ilmu dan menambah amal.

Fitrah cinta dan kasih sayang terhadap anak tidak diimbangi dengan baik dalam kehidupan berkeluarga. Kejayaan dan kebahagiaan didefinisikan mengikut kehendak "dunia" bukan mengikut ajaran Islam. Oleh itu, ibu bapa bekerja keras menyedia dan melakukan segalanya untuk anak demi meraih pengiktirafan  masyarakat yang silap iaitu sebagai ibu atau bapa yang baik dan sedia berkorban apa sahaja sehingga "terkorban".

Implikasinya, maka lahirlah anak-anak yang lemah, kurang berperanan dan pentingkan diri ibarat perumpamaan "hamba melahirkan tuan".

Sewajarnya kita meletakkan Allah sebagai pusat dalam membentuk keluarga bahagia. Setiap ahli keluarga perlu sentiasa sokong menyokong dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT serta dapat mengembangkan potensi diri menjadi pemimpin yang kuat, berwibawa serta berperanan dalam keluarga dan masyarakat.

2. Meletakkan anak-anak sebagai asas dalam keluarga.

Perhubungan suami isteri yang kukuh  merupakan asas kepada pembentukan keluarga yang utuh.

Perhubungan suami isteri seharusnya semakin lama semakin erat bukannya semakin lama semakin renggang dek kerana terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab membesarkan anak-anak.

Rutin anak-anak perlu disusun dengan mengambil kira ruang dan masa untuk diri dan pasangan. Usahlah merasa bersalah meninggalkan anak-anak apabila meluangkan masa bersama pasangan. Hubungan, kasih sayang dan kebahagiaan suami isteri perlukan pelaburan usaha, masa dan wang ringgit untuk menggapainya.

3. Kurang skil keibubapaan mengikut tahap umur anak.

Anak yang lahir akan membesar dan berkembang dengan baik dalam keluarga yang memahami dan menyantuni fitrah anak mengikut tahap. Secara umumnya ia boleh dikategorikan kepada 4 peringkat:-

1. Peringkat awal usia (lahir hingga 8 tahun)
2. Peringkat pertengahan (8 hingga 12 tahun)
3. Peringkat remaja (12 hingga 18 tahun)
4. Peringkat dewasa (18 hingga 39 tahun)

Pendidikan pada setaip peringkat usia memberi kesan kepada peringkat seterusnya. Ilmu dan kemahiran keibubapaan serta bahan rujukan di rumah perlu ada supaya kita lebih bersedia mendidik anak pada setiap peringkat.

4. Tidak membina hubungan yang baik dengan anak sejak kecil.

Membina hubungan dengan anak sejak kecil melahirkan kasih sayang dan rasa hormat anak terhadap ibu bapa. Anak juga akan merasa selamat dan seronok berada di rumah dan  menjadikan ibu bapa sebagai orang yang dirujuk dalam keluarga.

Membina hubungan perlukan masa, perhatian dan pedagogi yang sesuai. Contoh anak kecil membina hubungan dengan bermain, bercerita dan berbual. Anak remaja membina hubungan dengan "berkawan". Ibu bapa yang mendekati anak-anak sejak kecil mudah berkawan dengan anak apabila remaja.

5. Tidak mengurus konflik dan berkomunikasi dengan baik.

Konflik seharusnya menjadi peluang untuk memperbaiki diri dan keluarga. Tidak mengurus konflik yang berlaku dengan mendiamkan diri, menafikan, menyalahkan dan mengelak menyebabkan lama kelamaan konflik menjadi semakin parah dan sukar dibendung. Ini adalah antara punca kegagalan dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Komunikasi juga penting dalam interaksi dan ada tahap-tahapnya. Apabila anak sudah boleh berfikir dengan baik dalam sekitar umur 4 tahun ke atas, ibu bapa perlu ada skil komunikasi berkesan bagi menggalakkan anak berfikir, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan sendiri. Ini adalah proses memperkasakan diri anak supaya membentuk kawalan kendiri yang baik dan progres mengikut kekuatan masing-masing.

Membentuk keluarga bahagia adalah amanah dan asas kepada kejiranan,  komuniti dan masyarakat yang cemerlang.

Kebahagiaan yang dicapai adalah anugerah daripada Allah SWT.  Berdoalah supaya kita dikurniakan pasangan dan anak-anak seperti Surah Al-Furqan, Ayat 74:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Sekian. Wallahu'alam.

#SentuhanBapaBelaianIbu

🍄Rujukan:

Pedoman Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam (Tarbiyatul Aulad)-Dr Abdullah Nashih Ulwan

ARAHAN KEPADA ANAK LELAKI PERLU SATU PERSATU DAN JELAS


Di suatu pagi ketika saya sedang sibuk di dapur, kelihatan hari yang tadinya mendung mula cerah.

Saya menghampiri anak lelaki (16 tahun) yang sedang menonton TV dan berkata, 'Izzuddin boleh tolong mak jemur kain, hari dah mula panas ni."

'Izzudin bangkit dan terus menjemur baju. Selesai menjemur saya minta tolong lagi.

" Tolong buang sampah ni pulak ya Din" pinta saya sambil menunjukkan sampah kitar semula yang hendak dibuang.

" Terima kasih Din" saya berikan penghargaan pada usaha 'Izzuddin.

Kenapa saya menghampiri anak dan memberi arahan dengan jelas satu persatu,  tidak memberi arahan dari jauh dan sekaligus iaitu dua arahan pada masa yang sama?

Ini adalah kerana saya mengambil kira perbezaan otak lelaki dan otak perempuan.

Perempuan mempunyai binaan otak yang " mutitasking" berbanding lelaki yang lebih fokus pada satu aktiviti pada satu masa.

Anak lelaki memang akan memberi tumpuan atau fokus pada perkara atau tugasan yang sedang dilakukannya. Contoh apabila sedang menonton TV fokus dan pendengarannya hanya pada TV. Jadi jika kita memberi arahan dari jauh sukar untuk dia mendengar dan memahami arahan.

Ibu bapa eloklah memberi arahan satu persatu kepada anak lelaki. Bila selesai satu tugasan baru beri arahan tugasan yang satu lagi. Arahan yang banyak sekaligus menyebabkan anak lelaki mudah "lupa" dan sukar melakukan semuanya.

Arahan bertulis untuk anak lelaki pula perlu secara terperinci dengan meletakkan tugasan dalam bentuk nombor bukan dalam bentuk ayat yang bersambung. Contoh:

'Izzudin tolong mak:-

1. Jemur kain.
2. Buang sampah kitar semula yang telah dibungkus di dapur.

Terima kasih.

( Pada anak lelaki yang dah besar sekarang,  saya guna whatsapp sahaja untuk memberi arahan bertulis😃).

Anak perempuan dan anak lelaki perlu diberi tanggungjawab dan diasuh mengurus diri. Cuma caranya perlu dibezakan kerana cara binaan otak anak perempuan dan anak lelaki untuk berfikir, memproses maklumat dan bertindak berbeza.

Raikan perbezaan dan santuni fitrah anak dengan bijak.

Wallahu'alam.

#SentuhanBapaBelaianIbu

🌱Rujukan :-
1. Suami Hensem Isteri Ohsem- Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
2. Rahsia Perbezaan Otak Lelaki dan Otak Perempuan- As'adi Muhammad

Wednesday, December 26, 2018

"EVERYDAY ENGLISH WORKSHOP bersama Mak Long*


Adakah anda seorang ibu bapa/guru di TASKA/TADIKA dan anda mahukan persekitaran yang  menggalakkan pembelajaran & pengajaran Bahasa Inggeris untuk anak/murid anda?

🌱Anda perlu hadir bengkel ini. Bengkel interaktif dua hala ini merangkumi:-

🍄Memahami fitrah bagaimana kanak-kanak memperolehi Bahasa Inggeris.

🍄 Memperkasakan ibu bapa/guru untuk bercakap menggunakan sebutan dan ayat yang betul dalam Bahasa Inggeris.

🍄 Bagaimana menggalakkan dan  mendapatkan respon anak dalam Bahasa Inggeris.

🍄Bercerita dan menyanyi bersama anak dalam Bahasa Inggeris

🍄Menggunakan skrip yang mudah / "simple phrases"  dalam komunikasi harian bersama anak.

Contoh skrip yang bakal dipelajari:-

🍁Assembling time
Line up
Hands on shoulder
Hands down

🍁Arriving time
Please take off your shoes
Please arrange your  shoes on the shoe rack

🍁Simple commands
Hand in your book
Keep it down
Louder please

And many moreeeeee...

PM Mak Long untuk "Inhouse Training" atau " Personal Coaching"

" Everyday English Makes English Easy & Effective"

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringYou!
#SentuhanBapaBelaianIbu
📞/Whatsapp: 0139308873

BENGKEL RPA BERMAKNA DI TASKA bersama Mak Long

Adakah anda seorang pengusaha/penyelia/pendidik di TASKA dan anda menghadapi masalah merancang pelaksanaan aktiviti (RPA)?

🌱Anda perlu hadir bengkel ini. Bengkel interaktif dua hala ini merangkumi:-

🍄Memahami Prosedur Operasi Standard (SOP) merancang dan menulis RPA mengikut kehendak JKM dan Kurikulum Permata Negara.

🍄 Merancang aktiviti menggunakan pedagogi yang sesuai dengan kanak-kanak awal usia seperti Belajar Melalui Bermain dan 3E ( Explore, Experiment & Experience) serta amalan yang bersesuaian dengan perkembangan(ABP).

🍄 Bagaimana menggunakan bahan ALAM dan bahan KONKRIT untuk proses pengajaran&pembelajaran yang lebih berMAKNA dalam kehidupan kanak-kanak.

🍄Penekanan kepada PROSES dan PROGRES serta pengajaran dengan pemudahcara (PdPC) dalam menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

🍄Merancang aktiviti yang menerapkan PENGLIBATAN IBU BAPA dan bagaimana menulis mengisi buku LOG HARIAN (ruangan aktiviti) dan membuat REFLEKSI & PENAMBAHBAIKAN.

🍄Merancang aktiviti mingguan dan harian yang menyeluruh dan bersepadu di TASKA untuk semua peringkat umur  bayi hingga 4 tahun)

🍒 Percuma 10 minggu web mingguan dan beberapa contoh RPA.

PM Mak Long untuk "Inhouse Training" atau " Personal Coaching"

" Guru yang efektif Adalah Guru Yang Merancang &  Mengamalkan Ilmu Yang Diajar Serta Sentiasa Membuat Refleksi& Penambaikan."

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringYou!
#SentuhanBapaBelaianIbu
📞/Whatsapp: 0139308873

Bengkel TEKNIK SEDAR & KOMUNIKASI BERKESAN

Bengkel Teknik SEDAR dan KOMUNIKASI BERKESAN bersama Mak Long.

🌿Kenapa anda perlu hadir?

🍁Memperkasakan ibu bapa dan guru dalam menunaikan AMANAH dan IBADAH kepada Allah SWT apabila menyantuni FITRAH anak.

🍁Menggunakan Teknik SEDAR dalam mendidik anak.

🍁Menggunakan Teknik KOMUNIKASI BERKESAN dalam mendorong dan memperkasakan anak MENYELESAIKAN MASALAH dan menangani MASALAH TINGKAH LAKU

🍁Memperbaiki dan mengukuhkan hubungan ibu bapa/guru dan anak dalam interaksi harian dan mengatasi masalah bersama.

🍁Mewujudkan persekitaran rumah dan TASKA/TADIKA/PUSAT JAGAAN/SEKOLAH yang aman dan tenang bagi melahirkan anak yang cemerlang.

PM Mak Long untuk 'Inhouse Training' atau "Coaching".

"Ibu bapa/ Guru Yang Tenang Melahirkan Anak-anak Yang Cemerlang."

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringYou!
#SentuhanBapaBelaianIbu
Watsapp/Tel: 0139308873.

"COACHING" Lebih Berkesan Dalam Menangani Masalah

Ibu bapa sering mengambil masalah anak dan memberi penyelesaian masalah pada mereka. Masalah tingkah laku anak pula ditangani dengan menghukum tanpa terlebih dahulu memahami.

Membimbing (coaching) anak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri adalah lebih efektif. Ia mendorong anak untuk memahami, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah serta membina kawalan kendiri dalam menangani masalah tingkah laku.

Wallahu'alam.

🌾Mak Long
#SentuhanBapaBelaianIbu

Saturday, December 22, 2018

PROGRES GURU YANG HEBAT

Guru yang EFEKTIF adalah guru yang mengAMALkan ilmu yg diajar & selalu membuat REFLEKSI & PENAMBAHBAIKAN. Itulah PROGRES guru yang pada HEBAT

#EmpoweringTeachers
#EverydayEnglish

Thursday, December 20, 2018

Husnul Khotimah

You are enough!
Be kind to yourself
Do not compare yourself to others
You have Greatness within you
Make your own PROGRESS
Allah calls to the right PATH not to the destination
Keep moving on the PATH of excellence
Striving for the good END
Thriving with Husnul Khotimah.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringYou!

Tuesday, December 18, 2018

USAH MENGANGGAP USAHA IBU BAPA PENENTU KEJAYAAN ANAK

Berhati-hatilah apa bila kita dikurniakan anak yang mendengar kata dan anak yang cemerlang dalam akademik contohnya kerana mudah saja kita menganggap bahawa itu adalah hasil usaha kita. Hakikatnya semua itu adalah kurniaan Allah seperti firmanNya dalam surah Al-Qasas ayat 56 :-

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."

Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab mendidik anak-anak. Ianya adalah AMANAH dan IBADAH kita kepada Allah SWT.

Sentiasalah bersyukur jika kita dikurniakan anak yg soleh dan pada masa yang sama usah melabel atau buruk sangka pada anak-anak orang lain yang kita anggap kurang berjaya.

Petunjuk itu bukan ada pada saya atau pada anda. Hanya Allah Maha Pemberi Petunjuk.

Definisi kejayaan juga harus kita hayati.  Allah memanggil kita menuju kejayaan pada jalan kebenaran bukan memanggil kita menuju destinasi. Orang yang berjaya berusaha untuk progres pada jalan kecemerlangan.

Apa pun setiap anak adalah amanah dan tanggungjawab kita bersama.

Wallahu'alam.

#SentuhanBapaBelaianIbu
@Kampung Durian Sebatang, Raub,Pahang

Sunday, December 16, 2018

Masa Untuk Bertindak

Usah tangisi yg sudah.Pelajari apa yg tersirat.Syukuri masa yg berbaki. Masa utk berubah
Masa utk bertindak!
#EmpoweringYou

Sayangi Dirimu

Sayangi dirimu wahai sahabat
Syukuri kurniaan dirimu yang dijadikanNya sebaik-baik kejadian
Kebahagiaan dirimu tidak tertakluk pada apa yang kau miliki dan  orang lain di sekelilingmu
Bahagia itu ada dalam dadamu
Damaikan jiwamu indahkan pekertimu
Dan jadilah orang yang bermanfaat kepada orang lain
Kerna dirimu berharga!

#EmpoweringYou
🌹Rosnah Ahmad/Mak Long

Sunday, December 2, 2018

RECLAIM


Cold!
My heart has become cold
Like the cold winter's night
The coldness within me makes me wonder
Makes me ponder
What has happened to me?
Am I becoming bitter or better?

Oh my dear self,
Do not let life breaks you
You are such a beautiful soul
Full of compassion
May life makes you better
Despite what happened
And how you have been treated
That makes your heart freeze
Numbing you emotions..

Winter,
Will never last and will pass
Melting away the ice and the river flows
Nourished and flourished
The beautiful spring day
That brings joy and hope...

Smile,
Yes, it will bring back your smile
The radiant smile
Like the blossoming flowers in the spring
The smile that is truely yours
That resonates from within
From a warm and loving heart
That is healed and healing
Reclaimed and safely HOME.

🌾Rosnah Ahmad
#LoveUrself
#EmpoweringYou