*Developmentally Appropriate Practice (DAP)* dicetuskan oleh NAEYC (National Association for the Education of Young Children) pada tahun 1998.
DAP menekankan perancangan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak.
Oleh itu, NAEYC menetapkan 12 Prinsip Asas 'Developmentally Appropriate Practice' sebagai panduan kepada pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
*12 Prinsip Asas DAP*
1.Seluruh aspek perkembangan kanak-kanak adalah penting. Saling berkait antara satu sama lain dan saling mempengaruhi.
2.Perkembangan kanak-kanak adalah mengikut turutan yang tertentu.
3.Setiap kanak-kanak mengikut tahapan dan kadar perkembangan yang berbeza.
4. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh kematangan biologi dan pengalaman.
5. Pengalaman awal sangat memberi kesan kepada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
6. Proses perkembangan menuju ke arah yang lebih kompleks, terorganisasi dan terinternalisasi.
7. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik apabila mereka memiliki hubungan yang terjamin dan rapat.
8. Perkembangan dan pembelajaran dipengaruhi oleh konteks budaya dan sosial yang pelbagai.
9. Kanak-kanak belajar dengan pelbagai cara
10.Bermain sebagai alat bagi kanak-kanak untuk membantu perkembangan kawalan diri (self-regulation), bahasa, pengetahuan dan kemahiran sosial.
11. Perkembangan anak akan lebih meningkat, jika anak diberikan kesempatan untuk melatih keterampilan yang baru dan meningkatkan keterampilan yang sudah dimiliknya sekarang.
12. Pengalaman kanak-kanak membentuk motivasi dan pendekatan pembelajaran mereka
No comments:
Post a Comment