Assalamualaikum sahabat syurgaku..salam pengorbanan
Cnp
*❤SAHABAT SURGA KU❤*
*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya,diratib demi Redha-Nya.*
*Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.*
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*
*Ada sahabat yang kasar,tetapi lembut hatinya,*
*Ada sahabat yang nakal,tetapi suka mengambil berat,*
*ada sahabat yang garang,tetapi sebenarnya adalah penyayang.*
*Kusendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,*
*menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela saat berukhuwah*
*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum.*
*Kuteringat satu kata-kata;*
*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.*
*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.."*
*Saidina Umar Al-Khattab*
*Kuingin kalian tahu diri ini menyayangi kalian kerana Allah.*
*Walau sukar mengungkap kata sayang itu bukan keegoan tetapi tulisan tangan dan perbuatan menjelaskan.*
*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*
*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepadaNya.*
*Buang segala sifat tercela di hati.*
*Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.*
*Di Syurga pasti*
*bertemu kembali*
*_InsyaAllah_*
No comments:
Post a Comment