Saturday, September 2, 2017

Berkorban untuk DIA

Seringkali terjadi konflik
Dalam diri dan dengan orang lain
Hingga terluka dan menjejaskan hubungan
Kerana tidak menerima apa yang berlaku
Kerana hasrat diri yang tidak kesampaian
Kerana dunia yang membelenggu
Yang mengotori jiwa...

Kita yang merancang DIA yang menentukan
Berdamailah dengan takdir
Berdamailah dengan diri
Berdamailah dengan orang lain
Demi menundukkan ego
Demi menghapuskan dosa
Demi menjernihkan hati
Demi memperbaiki hubungan...

Demi masa yang berbaki
Demi CINTA
Berkorbanlah
Untuk DIA...

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#iShine

No comments: