Wednesday, September 6, 2017

Mentor dan Coach Anak

Dr fb Tuan Jamil Wahab
Bagaimana Ibu dan Ayah boleh menjadi Mentor dan Coach kepada anak?

1) Tanya apa yang anak mahu capai - matlamat. (Heart setting)

2) Mereka masih belum ada matlamat? Bantu mereka bentuk matlamat menggunakan kelebihan mereka. Lebih bagus, guna SESIKU mereka. ( nak tahu tentang SESIKU, kena belajar dengan Coach Ejul Lutfi)

3) Sudah ada matlamat? Tanya bagaimana mereka mahu capai dengan usaha mereka sendiri.

4) Tanya juga bantuan yang mereka perlukan daripada Ibu Bapa.

5) Pastikan mereka ingat untuk mohon bantuan Utama daripada Tuhan. DOA.

6) Nyatakan secara bertulis bantuan yang ibu bapa boleh bagi kepada anak selaras dengan permintaan mereka.

7) Usahakan agar proses mencapai matlamat itu ada peringkat-peringkatnya. Ini memudahkan untuk meraikan proses yang telah dilaksanakan.

Semua di atas mesti bertulis.

Contoh:

Anak mahu capai A dalam subjek matematik.

- Berapa markahnya? 100

- Sekarang ni berapa markahnya? 70

- Bila mahu capai 100? Periksa akhir tahun pada bulan 10

- Berapa lama masa yang ada? 6 minggu

- Berapa peringkat yang ada? 3 peringkat, 1 peringkat = 2 minggu.

- Berapa markah untuk setiap peringkat?
1 = 80
2 = 90
3 = 100

- Apa yang mahu dibuat?
Jadual waktu khas belajar matematik, buat latih tubi matematik

- Bantuan apa yang diharapkan?
Ibu dan Ayah tak tonton tv masa waktu study.
Mak buatkan air Smile-Lo penuh kasih sayang.

*jika anak tak tahu nak jawab, permudahkan soalannya.

**jika anak masih tak tahu nak jawab, maka bantulah mereka.

***Yang PENTING, DENGAR dahulu jawapan mereka.
.
.

Semoga penulisan ini memberi idea untuk dikreatifkan lagi oleh Ayahanda dan Bonda yang dihormati lagi disayangi. 😉

Salam Coaching untuk semua.
😍😍😍

No comments: