Copy paste
Tips Ketika Menghadapi Masalah
1. Pertama sekali, terus paksa diri untuk ambil air wuduk dan solat. Boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 45. Allah s.w.t sendiri bagi tips terbaik, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat.
2. Bila ada masalah, tika air mata mengalir. Saat itu satu saja yang boleh selesaikan masalah kita. Sedarilah bukan duit, bukan orang, bukan apa-apa melainkan Allah.
3. Selalu masalah datang dari pelbagai arah. Bertalu-talu. Kita tidak perlu fikir solusi, strategi atau pening nak buat apa. Jawapannya ketika timbul masalah adalah banyakkan Istighfar. Istighfar dulu. Solusi Allah akan bagi.
Minta ampun pada Allah. Kurangkan dosa kita. Diantara penyebab hidup kita selalu ada masalah, ini kerana kita kurang rahmat Allah dalam hidup atas akibat dosa kita.
4. Tarik perhatian Allah. Jemput rahmat Allah melalui mulakan menjaga amalan wajib. Solat 5 waktu saja tidak cukup, kalau boleh solat awal 5 waktu. Tambahkan dengan amalan-amalan sunat terutama Tahajud.
Lihat saja surah Al Isra dan Muzammil, betapa Allah tidak sebut solat sunat nafilah atau sebagai 'tambahan' selepas solat fardhu melainkan bangun malam.
Tunjukkan pada Allah, yang kita benar-benar mahu masalah kita selesai.
5. Banyak hutang, masalah rumahtangga, belum ada jodoh, belum ada rezeki anak, belum ada kerja dan bisnes down. Bangun Tahajud. Luahkanlah perasaan kita pada Allah ketika semua orang sedang tidur.
6. Jangan hanya baca doa yang kita hafal. Ajak berbicara dengan Allah dalam doa. Allah suka dengar hambaNya mengadu padaNya. Dia suka. "Ya Allah, saya ada itu dan ini.."
Ceritakan masalah kita dari awal. Seperti bercerita dengan kawan rapat. Luahkan semuanya.
7. Allah uji tanda sayang. Bila masalah datang, dan terlalu banyak sampai kita tak mampu nak buat apa-apa. Sebutlah, "Innalillahi wa innalillahi rojiun".
Kita tak boleh buat apa-apa. Jawapannya adalah Redha. Ya redha dulu dengan apa yang dah berlaku. Redha kita dalam situasi tersebut. Kita bukan tuan apatah lagi Tuhan. Redha.
8. Nabi Sulaiman alaihi salam juga pernah alami situasi sejatuh-jatuhnya. Boleh rujuk kisahnya surah Sod ayat 33 hingga 36. Biasanya kita sering dengar orang sebut,
"Ya Allah, tolonglah bantu aku bayar hutang kali ni saja. Aku cuma nak hutang aku lunas."
"Ya Allah, aku ada masalah besar. Lepaskan aku dari masalah ini ya Allah."
SubhanaAllah, Nabi Sulaiman a.s ketika down, dia tak minta hanya selesaikan masalah dia saja. Kerajaan dia hilang. Justeru, Nabi Sulaiman a.s meminta pada Allah,
"Qala rabbi ighfir li wahab li mulkan la yanbaghi liahadin min ba'aadi innaka anta alwahhab."
" Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya."
Maksudnya, ketika ada masalah. Jangan bersedih, istighfar dan mintalah yang besar-besar dari Allah.
Contoh, "Ya Allah selesaikanlah masalah hutangku dan bagi aku kemampuan ya Allah untuk selesaikan masalah hutang orang lain."
"Ya Allah aku redha dengan apa yang dah hilang, gantikanlah aku yang baru, yang jauh lebih baik dan ubahkanlah hidupku ya Allah."
9. Sentiasa zikir "La haula quwwata billah". Biasakan baca selawat. Ini kerana selawat akan meleraikan segala masalah. Amalkan selawat Syifa dan Tafrijiyyah.
10. Jumpalah orang yang soleh. Minta nasihat dari mereka. Orang yang baik ada cahaya dalam percakapannya. InshaAllah akan buat hati kita tenang bila dekat dengan orang yang dekat dengan Tuhan.
11. Minta maaflah. Rendahkan ego kita untuk minta maaf jika ada buat salah pada manusia terutama pada emak ayah. Salam dan ciumlah tangan dan dahi mereka, minta doakan kita.
12. Bersedekahlah. Ya sedekah. Semakin banyak masalah, semakin perlu banyak kita bersedekah. Allah akan menggantikan hingga 10 kali lipat. Sekaligus menjaga kita dari bala musibah.
13. Hidup ini untuk menyelesaikan masalah. Life is to solve problem. Itulah kata-kata mutiara barat, tapi kita ubah sikit, "Hidup ini untuk menyelesaikan ujian." Kita gantikan perkataan masalah kepada perkataan 'ujian'.
Masalah itu adalah ujian, tapi ujian bukan masalah. Ini kerana kita tahu segala ujian datang dari Allah.
14. Iringi masalah kita dengan taat pada Allah dulu. Mula jaga Quran. Baca dan fahami. Sekaligus praktikkan dalam hidup kita. Kuncinya adalah, "Semakin banyak masalah, semakin taat pada Allah."
15. Tenangkan hati dulu dengan ingat pada Allah. Selepas itu baru usaha dan ikhtiar. Imbas semula kesusahan kita yang lepas, kita sangka kita tak dapat lepas ujian itu tapi ternyata hari ini kita masih hidup.
Allah selamatkan kita. Yakinlah, kali ini juga Allah pasti selamatkan kita. Bersyukur bila ada masalah, Allah masih sayang kita dan mahu mengangkat darjat kita.
Semoga membantu. Silakan share.
Kredit: Surya Sufie
No comments:
Post a Comment