Wednesday, August 9, 2017

Teknik SEDAR Dalam Menyantuni Fitrah Anak

Teknik SEDAR Dalam Menyantuni Fitrah Anak
Oleh Rosnah Ahmad/Mak Long

S..Sedar, Sabar, Solat dan Sokongan
E..Emosi dan Empati
D..Doa dan Dalam Diri Ada 2 Ilham
A..Anak itu Amanah
R..Respon dan Refleksi

S-SEDAR, SABAR,  SOLAT & SOKONGAN

SEDAR keadaan diri SEKARANG. Penting untuk kita berada dalam keadaan tenang. Ya, sesuatu ungkapan yang bukan mudah untuk kita realisasikan secara konsisten.

Pertama, fokus kepada emosi kita. Lihat pada cara pernafasan, degupan jantung dan keadaan fizikal kita. Terima apa sahaja perasaan yang kita sedang lalui. Jika emosi negatif seperti penat, stres, marah, sedih atau tidak puas hati, TENANGkan diri dengan DIAM dahulu, tukar posisi ie jika berdiri duduk atau baring. Boleh gunakan terapiair dan alam seperti minum air, mandi, wuduk dan ambil udara luar.

Boleh amalkan teknik pernafasan untuk memenangkan diri.

Solat, zikir, istighfar dan membaca Al-Quran.

SEDAR bahawasanya kita adalah hamba Allah SWT dan kita juga khalifah iaitu pemimpin. Contoh kita  sebagai ibu dan ayah adalah pemimpin kepada anak-anak.

Kita juga diseru meminta pertolongan Allah dengan SABAR dan SOLAT.

Surah Al-Baqarah ayat 153:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

SABAR bukan bermaksud kita tidak melakukan apa-apa tetapi sabar dalam mencari alternatif dan bertindak dan selalu solat memohon pertolongan Allah dalam setiap perkara.

SOKONGAN- Ya! Kita bukan supermom atau superdad yang  mampu melakukan semua perkara. Mintalah sokongan pasangan, keluarga dan komuniti seperti pembahagian tugas di rumah, menyertai kumpulan sokongan ibu bapa dan mengurus kerja-kerja rumah dengan bantuan pasangan atau outsource kepada pembantu/pengurus kediaman.

E-EMOSI DAN EMPATI
Ibu ayah perlu selalu peka pada emosi sendiri dan emosi anak. Jika ibu ayah tertekan atau beremosi negatif  ianya akan menarik lebih banyak masalah. Contoh bila anak bergaduh ibu atau ayah terus marah dan ini menyebabkan emosi anak-anak tertekan dan hubungan ibu ayah dan anak akan terjejas.

First Thing First- Connect before Correct. Ya! perbaiki hubungan terlebih dahulu sekiranya hubungan terjejas sebelum memfokuskan proses penyelesaian masalah dan melakukan komunikasi berkesan.
Anak-anak juga mungkin memberontak sekiranya ibu ayah selalu menetapkan peraturan tetapi gagal membina hubungan yang sihat dengan anak.
Rules Without Relationship Lead To Rebellion
-Josh McDowell
EMOSI yang tenang melahirkan EMPATI.  Ia adalah asas untuk menjadi pendengar yang baik. Usah melabel ie judgemental atau bersangka-sangka. Galakkan anak sentiasa berfikir dan. membuat refleksi. Jika perlu beri nasihat lakukan di akhir sesi

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”- Al- Quran: Surah Al-Hujurat Ayat-12
D-DOA DAN DALAM DIRI ADA 2 ILHAM

Dalam menyantuni fitrah anak doa sangat penting. Mohonlah petunjuk Allah dan selalu lihat ke dalam diri. Usah terlalu melihat ke luar.
Dalam diri kita Allah sudah ilhamkan dua pilihan iaitu jalan taqwa dan jalan fasik. Pilihlah jalan taqwa supaya kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung BUKAN memilih jalan fasik iaitu jalan orang-orang yang rugi.

Surah Ash-Shams, Ayat 7-10

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
.فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

A-ANAK ITU AMANAH

Anak amanah yang perlu disantuni fitrah dan dididik menjadi seorang khalifah.

Konsep khalifah:
1. Soleh- jadikan dirinya baik
2. Musleh- ajak orang lain jadi baik
3. Memelihara dan memakmurkan alam 
Ibu ayah perlu menyantuni fitrah anak dengan menggunakan amalan yang bersesesuaian dengan perkembangan anak (ABP) dan pendekatan yang sesuai dengan fitrah anak pada setiap peringkat umur.

R-RESPON DAN REFLEKSI
Ibu ayah perlu RESPON atau bertindak dalam SEDAR bukan bertindak tanpa sedar atau REACT ON IMPULSE.

Kemudian selalu membuat REFLEKSI diri untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil dan membuat KOREKSI diri.  Dengan ini ibu ayah selalu memperbaiki diri dan tindakan dalam mendidik anak supaya semakin lama semakin MATANG dan HIKMAH.
Semoga usaha kita menyantuni diri dan keluarga dimudahkan Allah SWT dan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung.
“…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”

-Ibnu Khaldun
Sila rujuk artikel saya yang berkaitan:
http://rentis.blogspot.my/2007/05/tip-32-himpunan-doa-untuk-anak.html?m=1
http://rentis.blogspot.my/2017/05/bertindak-dalam-sedar.html?m=1
http://rentis.blogspot.my/search?q=jalan+taqwa&m=1





Sekian. Allahu 'Alam.
#SentuhanBapaBelaianIbu
Ibu Bapa Guru Utama
Rumah Madrasah Pertama

No comments: