Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang
Integratif
Prof. Madya Dr. Mastura Badzis
Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib Presiden HELWA)
Pendahuluan
Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap
individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik
dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai.
Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang
mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam
kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses
yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak
yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang
diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan
sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan
datang (Department of Education and Science, 1990).
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari
persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi
kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang
buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu
dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan
pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi
pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan
jiwanya. Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras
pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlaq, maka sudah pastilah
nilai penghayatannya kontang dan proses aplikasinya tidak dapat diterjemah dalam bentuk nilai
peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi
tahap perkembangan inteleknya tetapi ‘pencapaian tinggi’ yang hakikatnya dalam ruang
lingkup yang sempit yang hanya didasarkan kepada ketinggian pencapaian akademik
sedangkan dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya. Maka jika inilah
yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, ini bererti pendidikan gagal menjana
anjakan paradigma dalam sel setiap individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang.
Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun
manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan
nilai-nilai akhlaq murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk
diaplikasikan dalam kehidupan
Kepentingan Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal dan Cabaran
Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini telah
1 / 9
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam
Written by Zul
Saturday, 11 July 2009 15:02
meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik
Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan
pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan
terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakan aset penting bagi
pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris
yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang
akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam
sebagai agama sejagat.
Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio dunia , dapatan
kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan
kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan halatuju negara. Kajian yang
dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang
dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi
samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan
masyarakat di negara tersebut.
Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom,
dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad ia mampu bangun menjadi tunggak
ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa
pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan
atau paluan gendang lagu membakar semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian
akademik mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan
kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat
Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari
aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina
daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari
peringkat awal perkembangan.
Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan
psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan
paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur
yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi
kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak
berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna
perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun.
Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80—85%
perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang
kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang
terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian
kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada
keseluruhan perkembangannya yang akan datang.
Satu persoalan yang ingin saya kemukakan disini, adakah apa yang kita rancangkan hari ini
pastinya nanti dapat melahirkan generasi rabbani pewaris anbiya’ dan ulama’? Ada bukti yang
2 / 9
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam
Written by Zul
Saturday, 11 July 2009 15:02
menunjukkan, masih timbul persoalan dan keraguan di sudut hati para penyelidik yang
membuat kajian , pemerhatian, peka dan prihatin kepada perkembangan kanak-kanak Islam
hari ini. Sebahagiannya masih mencetuskan, kenapa tahap pemikiran kanak-kanak Islam
secara umumnya tidak 'advance'? Kenapa ketrampilan, pemikiran, kewibaan, daya intelek
kanak-kanak Islam selalu dikatakan agak ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan
kanak-kanak di negara-negara barat umpamanya?. Mengapakah anak-anak ini meskipun
disemai dengan benih-benih keimanan masih terjebak dengan gejala social yang memalukan di
kala besarnya? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan kurikulum pendidikan Islam atau
mungkin kekeliruan berlaku dari segi aplikasi? Adakah mungkin kerana ini yang kita katakan
kita memerlukan satu tajdid dan perubahan? Mungkinkah pendidikan kanak-kanak di peringkat
awal berasaskan binaan kurikulum integratif boleh menjadi salah satu cara
penyelesaiannya?Justru itu suatu yang amat wajar untuk kita meneliti kembali kurikulum
pendidikan anak-anak di peringkat awal usia ini jika generasi yang mahu kita lahirkan adalah
generasi serba boleh, berketrampilan, berwawasan , tinggi daya keintelektualan dan utuh
imannya.
Definisi Kurikulum untuk Kanak-kanak
Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-peraturan
Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program pendidikan yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Kurikulum pendidikan bila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah sesuatu
yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti, peralatan,
perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan juga proses penilaian.
Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanak-kanak di peringkat awal
perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu yang dikaitkan dengan pengalaman
pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya
samada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah
usia 5 tahun dari National Children Beaureu , United Kingdom berpandangan bahwa kurikulum
untuk kanak-kanak di peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak
adalah merangkumi perkara-perkara berikut:
- Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-kanak
- Segala aktiviti, sikap dan tingkahlaku samada yang dirancang atau tidak , samada
digalakkan atau ditegah
- Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun dan juga rutin
harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu sendiri
- Peranan yang dimainkan oleh orang dewasa untuk menyusun atur, mengarah,
mempengaruhi dan turut serta bersama melakukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak
- Penglibatan ibubapa dalam perkara-perkara yang disebutkan (NCB, 1989, p.11)
Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat
3 / 9
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam
Written by Zul
Saturday, 11 July 2009 15:02
membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab
kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong,
merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan
ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau
mempelajarinya (Department for Education and Science, 1990).
Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di peringkat
awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang dididedahkan kepada
kanak-kanak samada ianya dirancang ataupun tidak ,secara langsung atau tidak langsung yang
ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang proses mereka membesar. Kurikulum dan
pengalaman ini sebenarnya tercetus dari sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan oleh guru,
orang dewasa, keluarga dan masyarakat sekitar
Dalam ertikata lain kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi
segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh orang dewasa, segala
aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri, termasuklah juga bahasa/ teknik
berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa dan kanak2 menggunakannya dikalangan
rakan sebaya atau orang lain malah segala apa yang mereka boleh lihat dan dengar dari
persekitaran mereka. Terkadang-kadang kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang
tersembunyi, yang tidak dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai
contohnya masa atau perhatian yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-kanak
terhadap sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan sesuatu perkara itu
lebih berfaedah dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu.
Contoh yang paling dekat bila seseorang kanak-kanak kecil meminta ayah membasuhkan
tangannya selepas makan tetapi si ayah sibuk membaca suratkhabar, maka si anak mungkin
akan memahami bahawa membaca suratkhabar itu lebih penting dari membasuh tangan. Jadi
tidak hairanlah kalau si kecil selepas dari peristiwa itu tidak membasuh tangan selepas makan
sebaliknya terus ingin membaca buku, mungkin kerana ia merasakan yang membaca buku
lebih penting dari membasuh tangan berdasarkan sikap yang ditonjolkan oleh si ayah walaupun
pada hakikatnya bukanlah si ayah bermaksud begitu, namun inilah yang dikatakan kurikulum
yang tersembunyi. Inilah konsep utama yang perlu difahami
Binaan Kurikulum Integratif
Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. Integratif di sini boleh memberi maksud
kesepaduan iaitu menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke
arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada
Tuhan. Kurikulum integratif juga boleh memberi maksud kesepaduan pelbagai kemahiran
dalam satu-satu pengajaran atau mungkin juga kesepaduan kepelbagaian cabang-cabang ilmu
dalam sesuatu subjek yang di ajar.
Dalam kertas kerja ini saya ingin memfokuskan huraian mengenai binaan kurikulum yang
integratif kepada tiga aspek. Pertama, integratif dari segi kesepaduan maklumat yang
disampaikan kepada kanak-kanak. Dalam ertikata lain ilmu pengetahuan dan pengalaman
pembelajaran yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak di peringkat awal usianya perlulah
4 / 9
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam
Written by Zul
Saturday, 11 July 2009 15:02
suatu yang komprehensif dan bersepadu bukannya terpecah-pecah mengikut subjek kerana ini
akan menjadikan kanak-kanak menjadi keliru dan seolah-olah ada ‘batasan’ dalam mendalami
sesuatu ilmu atau pengetahuan yang didedahkan kepada mereka. Jika sesuatu pengalaman
pembelajaran yang didedahkan kepada kanak-kanak adalah berasaskan ‘subjek’ maka sudah
pastinya perasaan dan naluri ingin tahu mereka terbatas dengan pemfokusan kapada subjek
dan mereka akan menjadi ‘rigid’ sebaliknya jika pendedahan pengalaman pembelajaran adalah
berasaskan kepada penggarapan aspek perkembangan dan bersesuaian dengan tahap dan
kebolehan kanak-kanak, nescaya kanak-kanak akan lebih kreatif, memiliki daya kemahiran
berfikir yang tinggi serta memperolehi kemahiran meyelesaikan masalah yang dapat
membentuk semangat jati diri dan keyakinan yang tinggi. Pendidik kanak-kanak sepatutnya
menggarap potensi kanak-kanak berasaskan apa yang ia tahu kerana ini menjadikan
kanak-kanak lebih berminat untuk mendalami sesuatu perkara. “ Berbicaralah dengan manusia
mengikut kadar kemampuan akalnya” Begitulah pesanan rasul s.a.w. kepada umatnya.
Dapatan dari kajian ilmiah mendapati kanak-kanak di prasekolah terutamanaya tadika aliran
agama adalah diajar berasaskan subjek dan bukannya berasaskan penggarapan aspek
perkembangan. Mungkin ini adalah satu tajdid atau pembaharuan yang perlu dilakukan.
Kedua, integratif dari segi kesepaduan aspek-aspek perkembangan dan potensi yang digarap
di peringkat awal. Sememangnya pengalaman pembelajaran seseorang kanak-kanak di
peringkat awal usia mampu memberikan kesan yang positif atau negatif kepada
perkembangannya di masa hadapan samada dari segi kognitif, emosi, sosial dan aspek-aspek
perkembangan yang lain bergantung kepada cara bagaimana kanak-kanak mendapat
pendedahan. Kalau dari awal perkembangan kerohanian dan sosio-emosi mereka
dititikberatkan, hasilnya akan lahirlah anak-anak yang berwibawa, taqwa, cekal hati, tinggi nilai
harga diri, berketrampilan dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan. Tetapi sebaliknya
jika pendedahan awal yang mereka dapat hanya menumpu kepada perkembangan akademik
atau satu aspek perkembangan semata-mata, maka akan pincanglah aspek perkembangan
yang lain malah boleh memberi kesan negatif pula kepada perkembangan personaliti
seseorang kanak-kanak. Setiap aspek perkembangan kanak-kanak perlu digarap dengan
sempurna tanpa melebihkan satu dari yang lain kerana sekiranya ini berlaku, sel-sel neuron
dalam otak yang tidak dirangsang dengan pendedahan kepada pengalaman pembelajaran
yang menjurus kepada sesuatu aspek, ia akan mati begitu sahaja. Andai ia digarap dari segi
intelek tetapi emosinya tidak terdidik, maka perkembangan sosialnya juga tidak mantap dan
sudah pastinya ia tidak mampu menjadi pemimpin ummah yang baik pada masa yang akan
datang.Alangkah ruginya kita umat Islam mengabaikan nikmat kurniaan Allah begitu saja
sedangkan neuron itulah jika digarap dengan sempurna mungkin menjadi pemangkin kepada
sesuatu perubahan kepada umat manusia. Setiap kanak-kanak adalah individu yang unik yang
perlu dipenuhi hak dan keperluan mereka agar dengan itu potensi mereka dapat digarap
sebaik mungkin kerana mereka adalah aset utama sesebuah negara.
Ketiga, integratif di sini bererti kita menyepadukan antara pendekatan barat dan Islam dalam
mendidik anak-anak. Kita ambil apa yang baik dari barat apa yang boleh dilihat dengan mata
kasar tentang amalan-amalan dan pendekatan-pendekatan mereka mendidik kanak-kanak dan
kita sepadukan dengan pendekatan Islam yang kaya dengan teori dan khazanah ilmu yang
berbagai. Sesuatu program pendidikan awal kanak-kanak ini perlu dibentuk berdasarkan
5 / 9
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam
Written by Zul
Saturday, 11 July 2009 15:02
pandangan dan pendekatan integratif dan bersepadu gabungan Islam , Barat dan Timur .
Di barat misalnya modul program pengasuhan kanak-kanak dipelopori dengan pelbagai bentuk
kurikulum seperti ‘Montessori’, ‘Reggio Emilio’, ‘Early Learning Goals’, ‘High Scope’ dan
sebagainya. Manakala di Timur di Jepun misalnya, penekanan kurikulum kepada aspek
hygiene, kesihatan dan pemakanan sihat manakala di New Zealand sebagai contoh, ‘ Te
Wariki’ menekankan kepada pendidikan yang berkonsepkan kebudayaan dan menghormati
tatacara kehidupan masyarakat Maori.
Dalam sejarah Islam, begitu ramai ilmuan dan cendiakawan yang memberi sumbangan kepada
ilmu pengasuhan perkembangan, dan pendidikan kanak-kanak. Ibnu Miskawaih misalnya
begitu menekankan pentingnya pendidikan akhlaq dan pembentukan sahsiah yang mulis
manakala Imam Al-Ghazali yang banyak menyumbang kepada perkembangan sosio-emosi
kanak-kanak, begitu menekankan aspek belajar melalui bermain sebagai asas pengasuhan.
Ibnu Sina juga tidak terkecuali menyumbang dalam bidang ini apabila beliau membincangkan
kepentingan hygiene dan penjagaan kesihatan kerana dua faktor ini adalah asas kepada
pembentukan fizikal yang sihat. Kemampuan kanak-kanak mendapatkan pengalaman adalah
berbeza dari satu individu dengan individu yang lain telah diketengahkan oleh seorang lagi
ilmuan hebat islam iaitu Ibn Khaldun. Manakala Ibn Jamaah pula mengupas tanggungjawab
pendidik dari segi memahami tingkahlaku kanak-kanak dan menanganinya melalui kaedah
pengukuhan.
Falsafah pendiddikan awal kanak-kanak yang berteraskan kepada pendekatan integratif
tersebut jika diteliti secara mendalam adalah didasarkan kepada konsep-konsep berikut yang
disepadukan antara dua pandangan:
1. Pembinaan akhlaq dan pembentukan sahsiah.
2. Bermain adalah tugas utama kanak-kanak.
3. Kanak-kanak adalah individu yang unik dan berbeza antara satu sama lain.
4. Rangsangan neurologi dan deria melalui penglibatan yang aktif dalam setiap aktiviti.
5. Memberi kebebasan dan ruang kepada kanak-kanak bagi mengenal pasti apa yang mereka
mahu dan mampu lakukan.
6. Memenuhi keseimbangan keperluan rohani, fisiologi, psikologi dan pembesaran fizikal
kanak-kanak.
7. Persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat.
8. Keperihatinan terhadap persekitaran dan penyediaan pemakanan yang sihat dan bersih.
9. Menghormati kepelbagaian dan hak-hak yang sama rata.
Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak mereka kearah
pembinaan syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta berhemah dalam menghadapi
arus globalisasi yang semakin mencabar. Semua ibu bapa pastinya ingin melahirkan generasi
yang berfikiran mantap , kritis dan kreatif dalam setiap aspek kehidupan.
Namun, satu penemuan yang ingin saya ketengahkan di sini setelah menyingkap fakta dari
lipatan sejarah silam. Mungkin selama ini ramai yang beranggapan teori-teori dan ilmu-ilmu
6 / 9
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam
Written by Zul
Saturday, 11 July 2009 15:02
berkaitan perkembangan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan dan pendekatan moden
mendidik anak khasnya di peringkat awal usia dipelopori oleh barat dan tidak releven dengan
Islam. Seringkali matapelajaran psikologi atau subjek perkembangan kanak-kanak yang di ajar
di institusi sekolah dan pengajian tinggi dirujuk kepada penemuan yang diketengahkan oleh
barat. Hakikatnya pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya
dipelopori oleh para ilmuan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Kita sering
menyebut tentang Jean Piaget dan teori Perkembangan kognitif tetapi kita melupakan Ibnu Sina
(370-428 Hijria = 980-1036 AD) yang membicarakan hal yang sama berkurun-kurun lamanya
sebelum Piaget. Dewasa ini kita sibuk membicarakan tentang Emotional Intelligent yang
dipelopori oleh Howard Gadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun (733-808 Hijria = 1332-1406
Masehi)telah berabad lamanya mengupas isu tersebut di dalam kitabnya almuqaddimah. Kita
mula menyuarakan tentang kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu di
kalangan kanak-kanak tanpa merujuk penulisan Al-Ghazali dan hujah-hujahnya tentang hal
tersebut dalam membicarakan isu-isu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.
Di sana- sini pendidik kanak-kanak begitu sibuk memperkatakan mengenai kepentingan
bermain melalui belajar sebagai satu pendekatan kurikulum yang paling bersesuaian dengan
kanak-kanak kerana ia merujuk kepada ciri-ciri semulajadi kanak-kanak yang sememangnya
suka bermain. Nama Froebel, Susan Isaacs, Mc Millan dan pelbagai lagi teori mengenai
permainan dari perspektif barat disebut-sebut dan dijulang. Kiranya ia sudahpun dipelopori oleh
begitu ramai tokoh cendikiawan Islam seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ikhwan Safa dan
sebagainya. Malah banyak hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam
kehidupan kanak-kanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama
perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Namun, hadis-hadis sebegini seperti tidak
diberikan perhatian dan jarang dikupas. Lalu apabila umat Islam berbicara mengenai
perkembangan kanak-kanak sudah pastinya penulisan sarjana barat menjadi rujukan tanpa
menyedari atau mungkin alpa, telah ada usaha sebegini dibukukan dan dihurai oleh ulamak
terdahulu sebagai contohnya Ibn Qayyim Al-Jauziah dalam kitabnya “tuhfatul maudud fi ahkam
almaulud”
Umat Islam yang mempelajari ilmu psikologi pendidikan pada hari ini sudah pastinya arif
tentang teori-teori yang dikemukakan oleh Behaviourist, Social Learning Theory dan
sebagainya. Antara idea utama yang dikemukakan oleh teori ini ialah kanak-kanak relajar
melalui pemerhatian dan mudah meniru apa saja perlakuan. Untuk mengekalkan tingkahlaku
baik yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak, maka perlulah mereka selalu diberi
pengukuhan. Alangkah bijaknya tokoh ilmuan Islam
Imam Al-Ghazali yang terlebih awal
mengupas begitu detail persoalan sebegini dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin dan
mengemukakan lima aspek utama dalam pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal
perkembangan:Qudwah (Role model), Mulahazah wa mutaba’ah (Observation and imitation),i’tiyad (kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al iqab (Reward and punishment) dan nasihat
(advice) sebagai penyelesaian
Imam Al Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu menjadi role
model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibubapa
sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak. Bersesuaian dengan
sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa sahaja yang ada di
7 / 9
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam
Written by Zul
Saturday, 11 July 2009 15:02
hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh Imam Al Ghazali, kanak-kanak belajar melaui
pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan atau I’tiyad dan sukarlah untuk
dibentuk. Dalam menangani masalah ini ibubapa atau pendidik di beri pilihan antara memberi
pengukuhan dan ganjaran baik atau hukuman. Jalan yang paling terbaik ialah dengan memberi
nasihat yang pendekatannya adalah “mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal.” Seperti yang
tertera dalam kitab karangannya “ ayyuha al-walad”.
Ini adalah antara contoh mengaplikasi teknik mendidik anak-anak di peringkat awal umur
berasaskan kurikulum integratif menampakkan kesepaduan antara pandangan sarjana barat
dan ilmuan Islam dalam menilai dan menyelesaikan masalah menanangani sesuatu perkara
yang berlaku dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Pendekatan integratif juga memberi
pengertian kesinambungan antara teori dan praktik, pembuktian antara kepercayaan dan
amalan juga kesepaduan antara amanah yang dijulang dengan perlaksanaan yang perlu
dibuktikan.
Hakikatnya, dalam Islam telah nyata dan terserlah segala teorinya namun dari segi aplikasi,
selalunya sarjana barat akan cuba melaksanakan dengan mencubanya melalui kajian-kajian
ilmiah dan melakukan eksperimen yang lebih mendalam lalu setelah yakin dengan kesannya
yang efektif lalu mereka mendabik dada mengatakan inilah teori baru dan yang untungnya
kerana mereka mengamalkannya.! Realitinya, inilah punca kemunduran umat Islam dalam
dunia globalisasi. Tidak ada yang kurang dan tidak ada cacat celanya agama Islam, tetapi sikap
umatnya yang perlu diubah. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
sehingga mereka sendiri mengubahnya...” Sungguh benarlah firman Allah!
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan dari kertaskerja ini, saya ingin membawa perhatian para hadirin budiman.
Perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl ( لطفل١ ) yang berasal
dari perkataan tafula ( طفل ( yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan
sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu
perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat
semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi
kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat
perlu diberikan perhatian.
Dalam memperkatakan mengenai kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering melihat atau
memang sedar masyarakat barat kebiasaannya menggunakan pendektan berhemah dalam
membentuk perilaku dan mendisiplinkan anak-anak. Ia seperti sudah menjadi budaya mereka,
membelai, memeluk dan mencium anak-anak. Walhal begitu banyak hadis dan saranan ulama’
yang menyebut tentang peri pentingnya mendidik anak dengan kesabaran dan kelembutan.
Namun realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini, menghukum anak yang melakukan
kesalahan selalunya dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik.
I mam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah
permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita
fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan
8 / 9
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam
Written by Zul
Saturday, 11 July 2009 15:02
pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan
peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang
pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran
dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya
kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila
yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja
yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang
ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan.
Ini lah juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-anak.
Kembali dan rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendidkiawan Islam dalam
membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat awal usia yang
berlandaskan pendekatan integratif seperti yang disarankan perlu dilaksanakan. Di dalam
kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya:
“…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang
yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara
kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu
hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment