Thursday, November 27, 2025

KENAL DIRI- KUNCI PROGRES KEMAJUAN DIRI


Fitrah manusia hendak bahagia dan berjaya menyebabkan kita sering membandingkan diri dengan orang lain terutama di sosial media. Maka akan timbul pelbagai perasaan dan emosi seperti dengki dan iri hati.

Awas! Ianya mungkin membawa kemungkaran jika kita tak kenal diri.

Apabila ada perasaan yang timbul, usah ikutkan rasa. Beri masa sebelum respon.

Terima dulu apa sahaja perasaan yang hadir, nilai apakah perasaan itu dan apa respon yang baik supaya kita memilih jalan taqwa bukan jalan fasik.
.

Surah Ash-Shams, Ayat 7-10

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
.فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya


🖍️Apa beza hasad, ghibtah dan munafasah?

🌸Hasad dengki

Berharap dan berusaha agar sesuatu nikmat yang dianugerahkan Allah kepada seseorang terhapus, luput dan lupus.

Hukum : Haram mengikut sepakat ulama. Firman Allah bermaksud : "Dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki." (Surah Al-Falaq 113 : 5)

Dalam ayat ini, Allah meminta kita berlindung daripada bahana dan bahaya hasad. Jika sesuatu itu perlu kita jauhi, maka lebih-lebih lagi hasad tidak patut berada dalam hati kita

🌻Ghibtah (iri hati)   

Berharap nikmat yang dimiliki oleh orang lain turut dimilikinya tanpa berharap atau bercita-cita nikmat tersebut  luput daripada orang lain.

Hukum : Harus - Jika berkaitan dengan urusan dunia

Mustahab (sunat) - Jika berkaitan dengan ibadah dan ketaatan

🌺Munafasah    

Bersaing untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh orang lain.

Hukum : Harus tetapi tidak perlu keterlaluan sehingga melangkaui batas kemampuan seorang manusia. Munafasah ini juga perlu terhad kepada ruang lingkup perkara-perkara yang dibenarkan agama dengan cara yang juga "patuh syariah".

Sebaik-baiknya bersainglah dengan diri sendiri berdasarkan konsep, "semoga hari ini lebih baik daripada semalam".
.
.
Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Tidak boleh hasad (ghibtah) kecuali kepada dua orang iaitu orang yang Allah anugerahkan kepadanya harta lalu dia infakkan pada jalan kebaikan dan orang yang Allah berikan ilmu (Al-Quran dan Sunnah), ia menunaikan dan mengajarkannya."

Ayuh kenal dan ubah diri ke arah yang lebih baik. Anda berhak bahagia dan berjaya kerana dirimu begitu berharga.

"Start and you will be motivated." 

Usah membangau lagi! 

🌹Mak Long
rentis blogspot com
#closetoyourheart

No comments: