Friday, September 19, 2025

MELENTUR REBUNG

MELENTUR REBUNG

Anak-anak fitrahnya masih suci, masih senang dibentuk. 

Mak Long nak share sikit pengalaman semalam bersama anak-anak PAKK Casuarina. 

Petang semalam kami buat aktiviti buat gelang manik yang ada bear. Mak Long beli manik bear besar untuk menarik perhatian anak-anak. Mereka menang suka kraf, jadi kena kreatif pelbagaikan bahan supaya tidak jemu. 

Nakal anak itu fitrah. Dalam pada seronok ramai-ramai duduk buat gelang, ada seoarng anak lelaki 9 tahun patahkan kelopak bunga. Salah seorang anak lain nampak dan mengadu. Dia dengan kuatnya menafikan. 

Mak Long tanya anak-anak, "nak tahu tak kenapa orang menipu atau tidak mengaku?"

Semua diam. 

Sebab biasanya apabila mereka bercakap benar mereka akan dimarahi dan dihukum. Jadi mereka tak mengaku atau menipu tuduh orang lain buat sebab nak selamatkan diri. Inilah reaksi badan kita untuk melindungi diri kita.

Mak Long tegaskan di PAKK ni kita tak marah dan hukum. Cuma akan tegur dan nasihat jika perlu.

Lepas tu semua diam dan teruskan aktiviti. 

Tiba-tiba anak yang patahkan kelopak tadi terpijak satu bunga dan patah. 

Dia cakap., "wan, kita yang patahkan, kita mengaku." 

Haha . " Innocent budak ni". Gelak dalam hati. 

Mak Long berikan kepastian bahawa tak apa kalau terpijak dan puji dia kerana  berani mengaku  Yang penting apa nak buat bila dah patah. Kutip dan buang dalam tong sampah. Dia akur.

Satu lagi kisah selepas itu dengan anak lelaki umur 4 tahun pula.

Dia ni tak boleh fokus nak buat gelang. Mula lari main kemudian datang balik macam berminat tapi tak nak buat 

Mak long galak dia buat dengan menunjuk cara dan berjanji akan hadiahkan key chain rama-rama yang Mak Long buat apabila dia berjaya menyiapkan satu gelang

Mula payah juga. Bimbing dia untuk dua tiga manik. Kemudian nampak dia  tekun. Sampai tiga perempat siap dia berhenti. Susah dan letih katanya 

Mak long ingatkan, "kalau tak siap tak dapat hadiah" . Dia kata, "tak apalah kita pun tak suka hadiah tu". 

Mak Long jawab " rasanya awak kata tak suka hadiah sebab tak nak siapkan gelang. Betul ke?". Dia angguk dengan jelas sekali tanda mengaku 

Haha. Comel 

Mak Long puji "baguslah kalau boleh ngaku tu marilah wan siapkan yang sikit lagi". Dia senyum. Lepas siap Mak Long ikat dan pakaikan. 

"A brief special moment together that time stops." 

Banyak yang Mak Long belajar di PAKK ni. Real place, real children.

Alhamdulillah  Kami sudah berpindah ke bangunan baru. 

Segalanya baru dan selesa. 

Petang itu kami tinggalkan kenangan bersama lagi dengan hubungan yang semakin mendalam. 

Syukur sangat ada tempat untuk menyantuni anak2 yang menghidupkan jiwa. 

"Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya".

Allahu 'Alam. 

🌺ML
#JusticeForZara




No comments: