Thursday, June 6, 2024

Aku dan kamu...baik-baik saja

Pagi yang indah. Pagi yang cerah. Kedengaran kicauan burung di luar jendela. Damai.

Membuka lembaran buku baru karya Tuan Hafizu Faiz berjudul "Tentang Takdir".
.
.
Tak tahu,
Tak nak tahu, 
Tak nak mencari cara untuk tahu:
ialah sebuah ketenangan yang sebenar.
.
.
Allahuakbar..Semudah itu...kata hatiku..

Sebuah ketenangan yang dicari oleh ramai orang namun tak tahu berapa ramai yang memilikinya.

Apa pun aku berazam melalui hari ini yang masih ada. Dengan harapan ianya lebih baik dari semalam. Yakin ianya baik-baik saja.

Semoga kamu juga begitu...

" Bahagia itu terletak pada ketenangan hati. Sesiapa sahaja mampu memilikinya..."

Allahu' Alam
🌹Mak Long
#closetoyourheart


No comments: