Takut, bimbang dan risau seringkali menjengah kita; makhluk tuhan yang lemah.
Ada kalanyanya kita kecewa, rendah diri dan putus asa menghadapi kehidupan.
Sumber motivasi terunggul dalam kehidupan adalah Allah. Berasa amanlah bersama Dia.
Bagaimana berasa aman bersama Allah?
Al- Anfaal Ayat 12
"Ingatlah ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat," Sesungguhnya aku bersamamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang beriman."
Apabila kita mengaku sebagai orang beriman, kita sepatutnya tidak berasa takut, rendah diri dan putus asa menghadapi kehidupan ini.
Jadikan Allah sumber inspirasi kita.
Allah menjadikan manusia berpotensi tinggi. Di dalam diri kita ada sumber kekuatan yang hebat dan mampu mengatasi segala bentuk halangan.
Kekuatan dari Allah itu membimbing kita supaya mencapai tujuan dan cita-cita.
"Bukalah mata hatimu dan kembalilah ke akar; akar yang ada dalam dirimu sendiri"-Rumi
Sama-samalah kita saling ingat mengingati dan pesan berpesan supaya menjadikan apa sahaja masalah, konflik, halangan dan cabaran untuk kita kembali mendekatkan diri dan beriman kepadaNya.
Betulkan hala tuju, bina cita-cita untuk terus maju ke hadapan. Allah sentiasa menjaga kita. Dia tidak pernah meninggalkan kita.
Kembalilah kepadanya sekarang. Dia menunggu kita dan membimbing kita
.
.
Al-Quran: Surah Al-Hajj Ayat 31
حُنَفَاۤءَ لِلّٰهِ غَيْرَ مُشْرِكِيْنَ بِهٖۗ وَمَنْ يُّشْرِكْ بِاللّٰهِ فَكَاَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاۤءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ اَوْ تَهْوِيْ بِهِ الرِّيْحُ فِيْ مَكَانٍ سَحِيْقٍ
dengan (beribadahlah) ikhlas kepada Allah, tanpa mempersekutukanNya. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka seakan-akan dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atay diterbangkan angin ke tempat yang jauh.
Al-Quran: Al-A'raf 156
۞ وَاكْتُبْ لَنَا فِيْ هٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى الْاٰخِرَةِ اِنَّا هُدْنَآ اِلَيْكَۗ قَالَ عَذَابِيْٓ اُصِيْبُ بِهٖ مَنْ اَشَاۤءُۚ وَرَحْمَتِيْ وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍۗ فَسَاَكْتُبُهَا لِلَّذِيْنَ يَتَّقُوْنَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكٰوةَ وَالَّذِيْنَ هُمْ بِاٰيٰتِنَا يُؤْمِنُوْنَۚ
Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia ini dan di akhirat. Sungguh, kami kembali (bertobat) kepada Engkau. (Allah) berfirman, “Siksa-Ku akan Aku timpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku bagi orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat
Kami.”
.
.
Semoga kita terus istiqamah berusaha memperbaiki diri dan progres pada jalan kebenaran.
"Ketenangan itu lahir dari kejernihan hati. Sesiapa sahaja mampu memilikinya"
Allahu 'Alam
🌹Mak Long
rentis.blogspot.com
#closetoyourheart
No comments:
Post a Comment