Sunday, August 22, 2021

HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN--USAHA SEDIKIT UNTUK CEMERLANG

“If you want different results, do not do the same the same thing”-Albert Einstein

Ya, kunci kepada kejayaan dan kebahagiaan adalah melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Jika kita rasa tidak selesa atau tidak tenang, itu bermakna ada sesuatu yang tidak harmoni atau sealiran dengan fitrah diri. Apa yang kita lakukan apabila ini berlaku membezakan kita.

Contoh kita selalu hilang sabar dan marah-marah pada anak. Jika dibiarkan dan tidak menanganinya, ianya akan memberi kesan buruk kepada diri dan orang-orang disekelililng kita. Hubungan kekeluargaan antara pasangan, anak-anak akan terjejas dan semakin hari semakin renggang. Kita terbawa-bawa masalah di tempat kerja yang akan menjejaskan prestasi dan hubungan dengan rakan tempat kerja. 

Masalah menjadi peluang untuk kita berubah menjadi lebih baik jika kita kenal diri, mengaku bahawa kita ada masalah dan berusaha mencari solusi untuk mengembalikan kesejahteraan diri.

Pilihan ditangan kita samada mahu fokus kepada masalah atau mencari solusi.

“What you focus on grows”

Kesedaran kendiri perlu diiringi dengan mendalami ilmu dan kemahiran berkaitan. Mencari solusi memerlukan pengorbanan, kesungguhan dan usaha yang berterusan. Ilmu dan kemahiran sukar dikuasai jika tidak berguru. Ianya memerlukan pelaburan masa, tenaga dan wang ringgit.

Contoh kita menghadiri bengkel “Anger Management” untuk mengatasi masalah marah-marah yang sedang dihadapi. Kemudian kita berubah dari amalan biasa kepada amalan baru yang dipelajari. Kesannya tentu berbeza dan kita membuat refleksi dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Usaha sedikit akan menjadikan kita lebih cemerlang. Proses transformasi diri itu membawa kepada progres diri. 

Proses diri kita sebagai ibu atau bapa akan membawa kepada progres anak, InsyaAllah.

“We are leaders. Leaders work on themselves. True leaders produce more leaders not followers.”

Ayuh kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang memperbaiki amal.


Surah Al-Mulk, Ayat 2:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
.
.

“Ibu bapa tenang, anak cemerlang”-Mak Long

Allahu ‘Alam

🌾Mak Long
rentis.blogspot.com
#CloseToYourHeart

No comments: