Saturday, November 7, 2015

Isu Semasa Pendidikan Anak-anak

Kursus Keibubapaan - Isu Semasa Pendidikan Anak-anak
**********************************
Tarikh : 8 Nov 2015

Kisah Siti Hajar & Ismail.
Siti Hajar lari2 ke kiri & ke kanan sebanyak 7 kali di tengah2 padang pasir. Walaupun hopeless,itulah usaha. Dan Allah berikan rezeki. Keluarnya air zam-zam terpancut drpd bawah kaki nabi Ismail. Terbinanya Mekah.

The point is, yakin kepada Allah dan teruskan usaha.

9 lisan negatif
>>>>>>>>>>>>

✔ Menyindir
"bersihnya bilik kamu"
Anak2 tak suka orang yang menyindir.

✔ Mengugut
Contoh "Kalau kamu tak buat homework, muallimah potong markah". Tapi markah tak potong pun. So martabat kita akan jadi rendah di mata anak2.

✔ Mengungkit
Contoh : "Menyesal mak bagi kamu makan aiskrim. Nanti mak jugak yang nak kena kemas".

✔ Membebel
Bila bebel ni, banyak sangat isi taruk dalam tu. Last2 satu apa pun dia tak faham 😂

✔ Membanding
"Kenapa kamu tak boleh jadi macam kakak kamu? Rajin, pelajaran baik.."
Potensi setiap anak itu berbeza. Islam pun tak ajar membandingkan.

Contoh kalau dia dapat 15 markah peperiksaan pertama. Ajar dia bersyukur. Ini reZeki dia pada masa sekarang. Nanti usaha lagi ye.

Exam lepas tu, usaha lagi, dapat 30. Takpe. Ajar dia bersyukur. Ajar dia yakin, kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmatnya.

Jangan takut2kan anak. Tapi boleh bandingkan dengan Rasulullah. Dengan ayat yang proper.

✔ Mencaci, menghina, menganjing, mencarut
Dalam Islam pun tak benarkan kita samakan manusia dengan binatang.

✔ Merendah-rendahkan

✔ Mengumpat
Mengumpat dengan adik beradik kita, duk mengumpat anak2 kita. Jangan lupa, setiap kata2 ibu ni doa. Sama la dengan guru2.

✔ Menuduh & memfitnah
Siasat betul2, sabitkan betul2, hukum dengan hukuman yang baik. Jangan menuduh.

8 lisan positif
>>>>>>>>>>>>

✔ Melembutkan lisan
+Kisah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail
As-Saffat 37:102
Nabi Ibrahim panggil Nabi Ismail "Wahai anak kesayanganku" masa nak bagitau Allah suruh sembelih dia.
IBU BAPA SEBAGAI CONTOH

+Surah Taha 20:42-44
Allah suruh Nabi Musa berjumpa Firaun tapi Allah pesan, cakap dengan lemah lembut. Itu Firaun. Anak kita bukan Firaun.

✔ Menasihati
Mesti positif.

✔ Mengingatkan
3 tahun (7-10tahun) x 5(5 waktu solat) x 365 (hari setahun) = 5475 kali.

Selagi mana kita tak nasihat anak kita 5475 kali, macam mana kita nak pukul kalau dia tak solat?
Kena nasihat sebelum menghukum.

0-6 tahun - layan dia macam raja
7-akil baligh - jadi guru dia
12++ - jadi kawan dia

✔ Bercerita

✔ Memberi perumpamaan

✔ Menggunakan logik

✔ Diam

✔ Doa
Senjata yang sangat kuat bagi orang Islam.

IBU BAPA SEBAGAI CONTOH
========================

Kita ni contoh terbaik untuk anak2 kita. Kalau nak anak kita baik, kita kena baik dulu.

Dulu takde hp. Jadi anak2 paling nakal pun pegi curi rambutan sebelah. Nak buat lebih2, ramai orang kampung memerhati.

Sekarang, kemungkaran tu berlaku di dalam rumah. Dengan hp masing2.

Soalan
~~~~~

1. Nagging - Mendesak
Memang kena desak, nak suruh dia berjaya. Tapi kena tukar. Jangan desak tapi MOTIVASI.
Kena tengok tahap/kemampuan & ilmu/kemahiran. Kena bertepatan.

2. Pavlov's Classical Conditioning
Kita upah anak untuk dia dapat sesuatu.

✔Positive reinforcement - bila kita tambah pleasure. Kecil2 takpe la, nak suruh solat, bg gula2. (SELALU/ BANYAK2)
+guna jadual, bintang2

✔Negative reinforcement - bila kita tarik blk pleasure. Abah bg smartphone, tp markah abg tak improve. So abah amek blk phone. (KADANG2)

✔Punishment - pain, kesakitan (JARANG2) Kena ada syarat.
+tujuan
+berpada2
+time-bound (kena ada limit
Kalau ada pelajar bising, asingkan dia dengan kawan2, berdiri depan dengan syarat TAK boleh lebih daripada 5 minit!

No comments: