Kanak-kanak menunjukkan kemahiran kejuruteraan seawal mereka mula menyusun
dua blok. Kanak-kanak kecil berminat untuk mengembangkan skil kejuruteraan dan
mencipta dengan membuat binaan menggunakan blok atau hanya dengan
mengabungkan botol kitar semula contohnya.
Bila mereka mencecah umur 9 atau 10 tahun, kanak-kanak boleh melakukan skil
yang lebih rumit . Sebagai contoh anak saya Izzuddin (10 tahun) sangat suka
membuat pendawaian elektrik yang mudah dan bertukang. Dia sangat fokus dan boleh
menghabiskan masa berjam-jam mencipta dan mencuba skil kejuruteraan yang
menyeronokkan.
Kejuruteraan melangkau pembelajaran matematik dan sains. Ia membawa
kepada kefahaman bagaimana dunia ini berfungsi—bagaimana bangunan berdiri
tegak, bagaimana kereta bergerak dan bagaimana manusia mencipta dan menggunakan
teknologi.
Melalui aktiviti melakukan sendiri (hands on), kanak-kanak membina
keyakinan dan kebolehan untuk melakukan sendiri pelbagai kemahiran seperti membaiki basikal, membuat kotak
mainan, membina rumah kucing dan sebagainya.
Kita tidak memerlukan banyak wang untuk menyediakan peralatan yang diperlukan
kanak-kanak untuk memupuk minat kejuruteraan mereka. Bahan-bahan terpakai,
bahan dari alam seperti kayu, bahan pendawaian yang mudah, bateri dan mentol
dari lampu suluh lama boleh saja digunakan.
Kanak-kanak adalah jurutera kecil yang sentiasa sibuk mencipta dimana
sahaja terutama di rumah. Bagi saya dan suami rumah kami adalah makmal bagi memupuk kemahiran kejuruteraan anak-anak. Kami ibu bapa bertindak
sebagai pemudahcara yang menyediakan persekitaran dan peralatan serta
memastikan keselamatan anak-anak setiap masa.
Di kongsikan satu artikel menarik berkaitan isu ini.
Revealing
the Work of Young Engineers in Early Childhood Education oleh Beth Van Meeteren & Betty Zan,
University of Northern Iowa
University of Northern Iowa
Sekian. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment