Thursday, January 7, 2010

TIP KEIBUBAPAAN 44: BAIKI HUBUNGAN

Salam,

Teringat saya kepada ungkapan, ”Perkara yang paling sukar di bina adalah perhubungan.”

Ya. Saya sangat setuju. Antara azam 1431H dan 2010 saya adalah membaiki dan membina hubungan yang sihat dengan semua orang.

Cuti sekolah mungkin masa untuk bersama keluarga bagi kebanyakan orang tetapi waktu yang paling sibuk bagi saya dalam kerjaya pengasuhan kerana tarining di sana sini..

Dalam kesibukan saya sempat membina dan memperbaiki hubungan dengan abah, keluarga di kampung dan kawan-kawan kerana sering keluar kawasan.

Walau bagaimanapun sebagai manusia saya tidak terlepas daripada masalah hubungan dengan keluarga terdekat terutama anak-anak yang sering ditinggalkan..

Dan anak-anak ada cara tersendiri untuk menagih perhatian.

Muhamad anak ke dua saya14 tahun ini sedang meniti remaja dan dia ada cara tersendiri menagih perhatian saya.. Maaf tak dapat berkongsi detail kerana menjaga perasaan anak.

Apa pun. Januari adalah masa untuk catching up. Petang semalam saya bersama Muhamad , shopping dan makan-makan. Petang ini juga saya dan Muhammad akan meluangkan masa bersama. Nak beli kasut .

Petang semalam agak kurang lancar perbualan kami. Banyak diam antara perbualan. I can feel that I was too directive. I need to loosen up and Muhammad is not opening up as usual. Well we have a lot of catching up to do.

Bagi saya masalah adalah peluang untuk belajar. Masalah juga menjadikan saya lebih matang dan anak-anak banyak mematangkan diri saya yang sudah pun hampir 44 tahun.

Harap hari ini lebih baik. Besok (sabtu) ini sekiranya tidak hujan saya mengajak suami dan anak-anak ke Gambang Resort City. Masa tetap berlalu. Anak-anak terus membesar dan kita harus terus mencipta kenangan serta membaiki hubungan.

Parenting is about learning, unlearn and relearn. We make mistakes and problems are opportunities.

Kepada semua ibu bapa, moga kita terus istiqamah menyantuni fitrah anak.anak.Amin.

Sekian. Wallahua’alam.

1 comment:

m ali said...

Salam,

Terima kasih atas tips yang menarik. Saya setuju hubungan keluarga harus dijaga terutama yang ada ikatan silaturrohim (perdarahan)adek beradek, ibu dan bapa saudara serta lain-lain. Rasulullah bersabda maksudnya "Tidak masuk syurga mereka yang memutuskan (perhubungan silaturrohim).