Monday, May 25, 2026

Kebaikan Yamg Melimpah Dari-Nya

Assalamualaikum. 

Mohon izin ml bermonolog sikit di sini... Nak senyapkan sikit fikiran ni ... 

Bismillah... 

Hari ni hari Arafah. Allahuakbar . 

Hari yg mustajab doa.. 

Pada usia yg sudah melepasi emas ini melihat ke belakang menjadi sesuatu yg rutin... 

Banyak sekali penyesalan.. 

Di celah2 penyesalan itu ada rasa syukur yg sukar diungkap.. takdir diri yang dijalani. Merasai adanya Tuhan yang seringkali dilupakan. Tuhan yang ada di kala diri ini alpa.. Tuhan yang Melindungi, Mengasihani, Merahmati... 

Doa... 

Ya doa itu harapan.. 

Opps... Payah nak di rungkai.. 

Apa pun alhamdulillah.. ml jumpa tulisan seorang yg  ml kenal.. sahabat seperjuangan yg jauh lbh muda yang sedang berada di tanah suci. 

Membaca tulisannya tadi umpama membaca apa yg ml mahu ungkapkan.. 

https://www.facebook.com/share/18ghmfE8yg/

Ni ml petik sikit dr artikel tu

Hari ini ustazah membawakan satu doa ringkas daripada Surah al-Qasas ayat 24. Doa Nabi Musa AS ketika baginda melarikan diri dari Mesir dalam ketakutan diburu Firaun. Baginda tiba di Madyan dalam keadaan letih, keseorangan dan tidak punya apa-apa. Setelah membantu dua wanita memberi minum ternakan mereka, baginda pergi ke tempat teduh lalu berdoa:

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Ustazah menjelaskan, Nabi Musa AS membaca doa ini dalam keadaan baginda tidak mempunyai tempat tinggal, pekerjaan, keluarga atau jaminan keselamatan. Jika mahu, baginda boleh sahaja meminta satu-persatu apa yang tiada padanya.

Tetapi baginda tidak meminta secara spesifik.

Baginda hanya menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Allah dan mengakui bahawa dirinya sangat memerlukan khayr, segala bentuk kebaikan daripada Allah.

Dan itulah yang menyentuh hati saya.

Kerana dalam hidup ini, kadang-kadang kita terlalu sibuk menyusun apa yang kita rasa terbaik untuk diri kita. Sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan daripada apa yang kita sendiri sangka kita mahukan.
.
.


"Ya Allah kami sangat berhajat kepada segala kebaikan yang Engkau turunkan kepada kami."

Hari Arafah...doaku untuk aku dan kamu.

Ya Allah..Terimalah Qurban kami hanya kerana-Mu dan tetapkan kami pada jalan taqwa..

Selamat Hari Raya Qurban 1447H. 

Maaf atas segala kekhilafan.


🌹ML
9 Zulhijjah 1447H

No comments: