Monday, October 16, 2017

Masa Berkualiti Bersama Anak

Masa Berkualiti Bersama Anak
Rosnah Ahmad/Mak Long

Sempena cuti sekolah seminggu ini ramai ibu bapa yang berusaha meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dalam aktiviti keluarga.

Apa pun aktiviti masa berkualiti memerlukan ibu bapa bersama anak dalam melakukan sesuatu supaya anak merasai kebersamaan dan rasa lebih dihargai. Contoh jika anak mandi sungai ibu bapa mandilah bersama bukan sekadar menunggu anak-anak mandi sahaja.

Aktiviti masa berkualiti juga bukan tertumpu hanya waktu cuti sekolah dan percutian. Setiap hari anak perlukan masa berkualiti bersama keluarga di rumah seperti memasak, berkebun dan berbual. Yang penting ibu bapa perlu SEDAR dan fokus semasa bersama anak-anak.

Masa adalah kasih sayang. Ya, anak-anak juga menilai masa yang ibu bapa peruntukan untuk mereka secara kualiti sebagai kasih sayang.

Kasih sayang dan ibu bapa sebagai contoh yg baik atau " role model" adalah asas untuk melahirkan anak yang cemerlang.

Selamat mendekati dan menyantuni anak secara fitrah.

Wallahu'alam.

No comments: