Saturday, April 1, 2017

Mendidik Anak-Persekitaran Kondusif dan Realiti

Orang kata: Persekitaran yang sempurna adalah penting untuk kecemerlangan anak

Saya kata: Persekitaran yang kondusif dan natural dalam komuniti yang memahami perkembangan menyeluruh anak lebih efektif dalam melahirkan insan yang cemerlang.

Ibu bapa, pendidik, komuniti dan sistem berperanan bergabung usaha mendidik setiap anak yang fitrahnya suci.

Anak belajar dalam persekitaran yang menyokong perkembangan mereka secara natural dalam realiti kehidupan sebenar.

Contoh:. Mereka berinteraksi dan bermain bersama kawan-kawan tetapi adakala bergaduh. Ibu bapa dan pendidik harus menjadi pembinbing supaya mereka belajar memahami, bertolak ansur, berkongsi dan berdamai dalam proses berinteraksi, bermain dan bergaduh. Maka lahirlah anak yang bijak mengurus emosi diri dan memahami emosi orang lain dalam persekitaran sosial.

Terima kasih kepada ibu bapa dan anak-anak yang hadir semalam dalam Program bulanan Sentuhan Bapa Belaian Ibu kali ke9- TADIKA & TASKA dan peranan Ibu Bapa

Semoga usaha murni ini dimudahkan dan diberkati Allah SWT.

Wallahu 'Alam.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu
Perkasakan Institusi Keluarga
Kembalikan Peranan Ibu Bapa

No comments: