Boys -ADD & ADHD
Petikan dari buku "Bringing Up Boys" oleh Dr. James Dobson berkaitan ADD dan ADHD
" On one thought, I personally believe that some of the boys who are suspected to have ADD and ADHD do not have the disorder. Rather their symptoms are caused by the fact they are pulled out of the safety of their homes and put into structured learning situations before they were ready. They are developmentally unprepared for the demands made on them there. If we would these immature boys stay at home for a year or two longer, I think the incidence of fidgety-flighty boys would decrease."
Dobson percaya ada kanak-kanak yang didiagnosed ADD dan ADHD sebenarnya tidak menghidapinya. Simptom yang dihadapi adalah disebabkan anak-anak ini dialihkan dari persekitaran rumah yang selamat kepada persekitaran pembelajaran yang berstruktur sebelum mereka bersedia dari segala aspek perkembangan. Jika anak lelaki yang belum bersedia ini tidak memulakan prasekolah terlalu awal iaitu setahun atau 2 tahun lebih lewat maka keadaan anak lelaki yang disalah erti ini dapat dikurangkan.
Ya, Mak Long setuju juga dengan pendapat Dr Dobson ini.
Anak lelaki dan perempuan berbeza. Ramai anak lelaki dilabel macam-macam termasuk ADD dan ADHD sedangkan mereka belum bersedia dan persekitaran juga kurang mengambil kira fitrah mereka yang lazimnya yang suka bergerak dan lebih lasak berbanding anak perempuan.
Renung-renungkan.
Wallahu A'lam.
🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#SentuhanBapaBelaianIbu
Perkasakan Instituisi Keluarga
Kembalikan Peranan Ibu Bapa
#SentuhanBapaBelaianIbu
Perkasakan Instituisi Keluarga
Kembalikan Peranan Ibu Bapa
No comments:
Post a Comment