Tip Sentuhan Bapa Belaian Ibu:
Masa Berkualiti Bersama Keluarga
Oleh Rosnah Ahmad
Salam Jumaat penuh keberkatan kepada para pembaca yang dirahmati Allah SWT.
Unit kekeluargaan yang sejahtera adalah asas kepada kesejahteraan sesebuah komuniti yang seterusnya membentuk masyarakat dan negara. Seharusnya institusi kekeluargaan diperkasakan bermula dengan niat dan kesediaan ibu bapa mengambil peranan membentuk keluarga sejahtera berlandaskan ajaran Islam.
Apa pun membina rumahtangga berkualiti bagi melahirkan ahli keluarga yang sejahtera semakin mencabar muthakhir ini.
Contohnya ibu bapa berada bersama anak bermain tetapi sibuk melayan telefon. Ini menyebabkan anak merasa tidak diberi perhatian. Ia boleh menimbulkan masalah tingkah laku seperti merengek, mengamuk dan bergaduh kerana ingin menarik perhatian ibu bapa.
Anak-anak memerlukan kasih sayang, perhatian, penghargaan dan bimbingan ibu bapa. Masa berkualiti tanpa gangguan bersama anak-anak perlu di amalkan setiap hari supaya keperluan dan hak anak-anak dari segala segi termasuk fizikal, emosi dan akal dipenuhi.
Anak-anak juga perlu dibiasakan dengan adab dan akhlaq murni yang memerlukan masa, bimbingan dan contoh dari ibu bapa.
Keluarga berkualiti seharusnya melahirkan individu-individu yang tenang sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ar-Ruum ayat 21
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
yang bermaksud:-
“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
Disertakan artikel “ 10 Tip Keluarga Berkualiti Mencapai Ketenangan” dari blog saya-http://rentis.blogspot.my/search?q=10+tip+keluarga+berkualiti.
Mari sama-sama kita muhasabah diri dan berusaha memperbaiki diri demi membina keluarga rahmah. Semoga usaha murni kita dimudahkan dan diberkati Allah SWT.
Sekian. Wallahu’alam.
#SantuniFitrah
#SentuhanBapaBelaianIbu
No comments:
Post a Comment