Thursday, February 18, 2016

Adakah Aku Seorang Ibu Yang Baik?

Adakah Aku Seorang Ibu Yang Baik?
Rosnah Ahmad

Adakah aku seorang ibu yang baik ???
Persoalan itu sering bertamu
Sering mengganggu
Seiring masa yang berlalu...

Adakah aku seorang ibu yang baik?
Entahlah...
Sukar sekali mengukur
Namun...
Yang aku pasti
Aku mahu belajar
Mahu berubah
Bertekad menjadi ibu yang baik
Untuk anak-anakku...

Adakah aku seorang ibu yang baik?
Mungkin itu satu peringatan
Untuk aku sedar
Anak adalah amanah Illahi
Umpama kain putih
Yang perlu diwarnai...

Adakah aku seorang ibu yang baik?
Aku tahu...
Aku bukan seorang ibu yang sempurna
Tapi aku boleh menjadi seorang ibu yang baik
Yang terbaik yang aku tahu
Yang terbaik yang aku mampu
Yang faham erti fitrah
Yang menyayangi
Yang menerima anak-anakku seadanya...

Adakah aku seorang ibu yang baik?
Sesuatu yang aku pelajari
Kenyataan hidup yang hakiki
Menjadi ibu bukan satu
persaingan
Atau pertandingan
Tiada yang menang
Atau kalah
Setiap anak adalah rahmat
Setiap anak adalah istimewa
Begitu juga setiap ibu...
Umpama kuntuman bunga
Mekar dengan keunikkan tersendiri
Berseri menjadikan dunia ini...
Indah.

#SentuhanBapaBelaianIbu

No comments: